CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Whitney Houston Pun Pernah Crack' - Damian Pertahan Nyanyian Ning Baizura 'Terpeleot'

30-7-2022 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4832| Komen: 59

Description: “Ning sudah membuktikan kehebatan dirinya bukan daripada satu persembahan tetapi keseluruhan kerjaya nyanyiannya.”Itu kata rakan selebriti, Damian Mikhail mempertahankan penyanyi Ning Baizura susula ...
“Ning sudah membuktikan kehebatan dirinya bukan daripada satu persembahan tetapi keseluruhan kerjaya nyanyiannya.”

Itu kata rakan selebriti, Damian Mikhail mempertahankan penyanyi Ning Baizura susulan video tular dalam media sosial membabitkan persembahannya menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu yang dikecam sumbang, baru-baru ini.


IG Damian/Ning

Ujar Damian yang juga merupakan seorang komposer dan penerbit lagu, ramai vokalis hebat dunia juga pernah berdepan situasi sama apabila nyanyian ‘terpeleot’ ketika persembahan secara langsung atau ‘live’.

“Faktor-faktor nyanyian kita ‘terpeleot’ adalah kerana keadaan udara yang banyak asap, tekak terlalu kering dan tak cukup tenaga.


“Mungkin juga berlaku disebabkan keletihan vokal dan keadaan tak cukup tidur, lagi berusia kita, otot-otot vokal menjadi kurang fleksibel termasuk kerana masalah kesihatan seperti demam, selesema dan penyakit tekak seperti laringitis.

“Vokalis bertaraf hebat satu dunia pun pernah lalui saat ini. Whitney Houston, Stevie Wonder, Chaka Khan. Semua pernah ‘crack’ masa buat persembahan,” katanya.



Terdahulu, Ning atau nama sebenarnya, Ning Baizura Sheikh Hamzah bagaimanapun tidak berkecil hati dengan kecaman yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi hanya disebabkan satu video disunting netizen dan kemudian ditularkan.

“Terima kasih kerana menularkan persembahan saya. Sekarang, saya dah ada 333,000 pengikut Instagram.

“I love being viral,” kata Ning yang telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam industri muzik dan lakonan termasuklah Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular.



Ning, 47, memaklumkan kepada sebuah portal bahawa persembahan selama empat hari berturut-turut dengan menyampaikan 20 buah lagu, malah nilai sentimental lagu berkenaan turut menjadi faktor menjadikan dirinya begitu beremosi di atas pentas nyanyian. 


Sumber:  KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 30-7-2022 10:44 PM
Ye ke Ning tak berkecik hati
Quote chep 30-7-2022 10:49 PM
Edited by chep at 30-7-2022 10:51 PM

Tak berkecil hati cuma MEROYAN jer... Huhu
Quote Mulotkoyak 31-7-2022 10:58 AM
Pernah sedap ke NB nyanyi?  Slalu org kate die saprano. Tp bkn saprano slama ni. Tp jerit xsmp. Dlu kini dan selamanya. MasoK GV kak tahun ni.
Quote fadz84 31-7-2022 11:02 AM
chep replied at 30-7-2022 10:49 PM
Tak berkecil hati cuma MEROYAN jer... Huhu


Koyak sgt NB ngn bdk tiktok tu.. hehehe...
Quote winky1 31-7-2022 11:04 AM
Come for lessons?
Quote winky1 31-7-2022 11:13 AM
This Sunday morning datuk SS duk pikir camne kalau ada netizen tanya pendapat ....
Quote annehuda 31-7-2022 11:14 AM
whitney houston dulu taik dadah la bang. ngape tak bandingkan ngan celine dion tu.  
Quote Rogue98 31-7-2022 11:18 AM
Wowww....that's really2 bad...As a professional dgn berpuluh tahun experience perkara tu tak patut berlaku pun. Mungkin tgh off day lah tu. It's ok Ning we still love u...
Quote Samerosie 31-7-2022 11:25 AM
annehuda replied at 31-7-2022 11:14 AM
whitney houston dulu taik dadah la bang. ngape tak bandingkan ngan celine dion tu.

Ikut size badan kut.  Si celine bulimic anorexic pulak.
Quote mamastoney 31-7-2022 11:26 AM
Edited by mamastoney at 31-7-2022 11:30 AM

Yg menjadi isu ialah sbb NB tu indenial, xleh kena tegur padehal yg mula2 menegur tu budak tiktok je kot, spttnya sheols whoareyuskan je or balas je dgn selamba yg ada hari dia ok ada hari dia ke laut. Ni tak....dia terus2 bongkak, ego, melenting kononnya suara dia masih hebat. Padehal realitinya byk video dia nyanyi sumbang mambang cumanya yg performance malam pakai baju bulu angsa tu la yg terpaling hauk. Dah mmg nyanyian ko buruk, teruk, sumbang, sora pecah mcm nk terberak....ko expect org puji ko nyanyi sedap? Kwn2 ko boleh la dorg tipu ko ckp ko nyanyi sedap sbb nk ambik hati ko, tp org lain, esp yg bukan peminat ko...dah semestinya dorg ckp yg jujur. Bodoh punya NB!
Quote redz85 31-7-2022 11:40 AM
Mulotkoyak replied at 31-7-2022 10:58 AM
Pernah sedap ke NB nyanyi?  Slalu org kate die saprano. Tp bkn saprano slama ni. Tp jerit xsmp. Dlu  ...

dulu suara dia bagus, hingga singapore mediacorp ada contract dengan dia untuk mewakili singapore.

lagu in another life popular juga dulu.. aku suka lagu dugaan ku, curiga, selagi ada

stay safe ning,
Quote ezacbee 31-7-2022 11:47 AM
Dah memang hauk nyanyi kenalah ngaku.

Kalau awal2 mengaku, orang luar xkan lebih kutukan tu.

Ni ego melangit, memang kena bahan laa..

Malangnya sesapa yg beli tiket tu. Harga bukan murah. Sekali tengok itik serati menyanyi.
Quote fadz84 31-7-2022 11:49 AM
annehuda replied at 31-7-2022 11:14 AM
whitney houston dulu taik dadah la bang. ngape tak bandingkan ngan celine dion tu.

Tu la pasal.. bandingkanlah dgn org yg sihat.. hehe..
Quote katak hijau 31-7-2022 12:00 PM
Dia ni mana pernah sedap nyanyi live. Dlm ajl tu byk buktinya
Quote Whitney72 31-7-2022 12:09 PM
Whitney Houston sblm taik dadah mmg trbaik lar..sbb tu lar dia digelar The Voice..

Ambil lar contoh Mariah Carey yg sihat bugar tp crack like hell nyanyi masa live TV America tahun baru 2019...abis kna kutuk truk
Quote Levespa 31-7-2022 12:23 PM
mamastoney replied at 31-7-2022 03:26 AM
Yg menjadi isu ialah sbb NB tu indenial, xleh kena tegur padehal yg mula2 menegur tu budak tiktok je ...

exactly..tu la isu dia.. tak boleh ditegur.. siap bagi alasan sebak..pastu meroyan cabar orang suh nyanyi 30 tahun baru layak tegur dia.. terang2 kot memang teruk benor nyanyian dia malam tu..  ngaku je la mmg suara off hari tu.. orang pun faham
Quote kiah_mai_pulak 31-7-2022 12:50 PM
dari awal pun dh terpeleott. ayoooooo terukk sgtt tu, ingtkan part yg awan yg terpilu je terpeleot
Quote dua_chzy 31-7-2022 12:58 PM
annehuda replied at 31-7-2022 03:14 AM
whitney houston dulu taik dadah la bang. ngape tak bandingkan ngan celine dion tu.

Eh aiol pun terfikir benda sama masa tengok tajuk tered.
Quote asamfish 31-7-2022 01:22 PM
huhhhh...beking NB eh....mentang2 dia dalam 'kelas tinggi' punya retis......kalau dah sumbang tu, sumbang je lah...ngaku je la 'ye saya sumbang nyanyi malam tu'.....puiiiii.......#NabilaRazalitersenyumsinis

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.266825 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top