CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Noki, Mk K-Clique Pun Rela Tayang Badan

5-7-2022 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1977| Komen: 16

Description: Selepas penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki menayangkan badan dalam sebuah drama sehingga meraih perhatian ramai, MK yang kini turut aktif berlakon mengaku tiada masalah untuk menjayakan baba ...
Selepas penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki menayangkan badan dalam sebuah drama sehingga meraih perhatian ramai, MK yang kini turut aktif berlakon mengaku tiada masalah untuk menjayakan babak sedemikian.


Bagaimanapun MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, setiap babak yang dilakonkan perlu mempunyai limit dan tidak menimbulkan apa-apa spekulasi atau andaian tidak baik oleh netizen.

Foto: IG

"Jika babak yang dilakonkan memerlukan adegan (tayang badan) sebegitu, saya tiada masalah. Tapi setiap babak yang dijayakan perlu ada limit.

"Bagi saya setiap watak yang diberikan juga perlu bersesuaian dan tidak menimbulkan apa-apa spekulasi untuk provok netizen membuat sesuatu andaian. Jika ada perkara itu kita cuba elakkan," katanya.




Dalam pada itu, MK turut berkongsi rasa teruja apabila berpeluang bergandingan dengan aktres Nora Danish dalam filem romantis, 7 Minggu Sebelum Kahwin yang bakal menemui penonton di Astro First pada 7 Julai ini.

"Berpeluang berlakon dengan Nora saya akui sangat malu sebab kita semua tahu yang Nora Danish adalah satu nama besar dalam dunia lakonan.




"Saya juga akui gementar jika lakonan saya tidak disampaikan dengan baik. Tapi apapun saya bersyukur apabila Nora dan pelakon-pelakon lain banyak membantu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar," katanya.

Selain MK dan Nora, filem 7 Minggu Sebelum Kahwin turut dibintangi Alya Iman, Sham Visa, Ropie dan Yassin Yahya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 5-7-2022 05:05 PM
Mcm tgk badan kuda aje..tk selera aku..klu si noki tu lecak lh juga nonok ni
Quote anilanil 5-7-2022 05:19 PM
Alahai...kesian pulak ai dgn peminat novel i love you stupid. Camni yer ghupe abg pedas dlm tv? Tlg pakai facemask la berlakon. Rengsa nengok gigi.
Quote dudaberhias 5-7-2022 05:38 PM
eee tak selera pun k kalau dia tunjuk body pun... kelindan lori mana pulak ni?... badan pulak macam ikan kering sabah... cikki2 yang komen dan taste tu pun ya ampunnn... kaka nak pitenah tu semua andartu sebabnya dah takde peluang jadi terpaksa la hambik kelindan lori, indon majapahit atau myanmar sekalipun asalkan berpeluang untuk berlaki....
Quote makadek 5-7-2022 06:31 PM
dejure replied at 5-7-2022 05:05 PM
Mcm tgk badan kuda aje..tk selera aku..klu si noki tu lecak lh juga nonok ni

Bongok nya la ko asal aku tgk semua pn tak rasa nk lecak ke apa ke  biasa jer  
Quote nakkomenjugak 5-7-2022 08:04 PM
depress si hairi amin baca komen acik2 porom ni
Quote buapakperut 5-7-2022 08:10 PM
Mcam mana nk sebut nama dia ni
Mcam el phyrosh pun iols tak reti sebut. Tergeliat rahang
Quote LembingDayanti 5-7-2022 08:15 PM
muntah rempit
Quote Perawankota 6-7-2022 01:29 AM
Please la please.. Please jangan tayang
Quote Rogue98 6-7-2022 02:26 AM
Dia ni kalau tgk berlakon mmg pada aku sexy...hehe...
Quote aijinmisaki 6-7-2022 03:17 AM
Ada yang kata gigi dia macam mentos
Quote hayrin86 6-7-2022 09:00 AM
Perlu ke tayang badan MK?
Quote slyfynx 6-7-2022 10:10 AM
Nk tayang body yang ini kah?
Quote SherryZass 6-7-2022 10:14 AM
geram pulak aku nengok gaya dia ni berantai-rantai, rantai mutiara labuci pulak tu
Quote selipar_hijau 6-7-2022 10:51 AM
Noki badan cantekk takpe la nk tayang pun
Quote TerataiMelur02 6-7-2022 10:55 AM
Porumer tengok dia ni ummah lemari ke idok?
Quote mawarkhayalan99 6-7-2022 11:22 AM
sekeping je pun xyah la gigih nak tayang

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.075318 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top