CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cemburu Tengok Majlis Sanding Kawan-kawan, Suami Ajak Buat ‘Majlis Mahal’

2-7-2022 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4957| Komen: 34

Description: Terkilan, kecewa, sedih dan marah apabila majlis hari akad nikah tidak berjalan rapi seperti dirancang.Seperti Nurin Syazwina, 26, dan pasangan yang kecewa dengan hasil majlis nikahnya yang berlangsun ...
Terkilan, kecewa, sedih dan marah apabila majlis hari akad nikah tidak berjalan rapi seperti dirancang.

Seperti Nurin Syazwina, 26, dan pasangan yang kecewa dengan hasil majlis nikahnya yang berlangsung pada 23 Mac 2019.



Foto: mStar

Susulan peristiwa itu, dia yang senang disapa Reen sanggup berhabisan wang untuk mengadakan majlis persandingan sekali lagi pada 3 Jun lalu yang mana acara ia menelan belanja lebih RM20,000.

"Saya punya majlis nikah pada awal 2019. Saya buat dekat rumah kakak di Taman Bukit Dahlia, Johor. Waktu tu Covid-19 pun belum ada lagi.


"Masa kahwin tu kami sama-sama masih muda dan suami pun baru habis belajar dan dapat kerja. Kami terpaksa buat majlis pernikahan kecil-kecilan saja dengan menjemput tetamu seramai 200 orang. Semua sekali menelan kos perbelanjaan lebih kurang RM5,000 saja.

"Masa tu saya akui belum terdedah betul lagi dengan MUA (make-up artist) terkenal yang ada dekat kawasan Johor Bahru. Jadi saya pilih mak andam ikut kemampuan. Saya tak puas hati dengan hasil mekap dia buat. Saya dah request nak solekan 'look natural' tapi dapat lain. Mekap saya nampak 'heavy' jadi hitam dekat mata dan bulu mata sampai ke bawah," ujar Reen ketika dihubungi mStar.


Foto: mStar

Bukan itu sahaja, menurut Reen, pelamin di hari bahagianya juga kelihatan begitu 'kosong' kerana didekorasi dengan hiasan bunga yang sedikit di bahagian tepi.

Malah jelas wanita yang menetap di Pasir Gudang ini, foto-foto yang diambil oleh jurugambar upahan untuk dijadikan sebagai kenangan juga tidak memuaskan.

Pedih hati katanya apabila melihat semula gambar waktu nikah sehingga perlu melakukan banyak suntingan.



Namun, setelah lebih empat tahun berkahwin, suaminya, Amirul Asyraf, 26, mula menyuarakan rasa cemburu melihat majlis persandingan rakan-rakan mereka dilakukan penuh gah.

"Awalnya memang tak nak buat majlis dah selepas tengok hasil gambar waktu nikah sebab serik mereka tak ikut dan buat apa yang kita minta. Rasa down kalau buat balik takut hasil yang sama juga kami dapat nanti membazir pula. Lagipun tahun 2019 saya sambung belajar jadi duit perbelanjaan cukup-cukup makan saja.

"Tiba-tiba suami mula bersuara tentang hasrat hati nak buat sebab dia cemburu tengok kawan-kawan dia kahwin ada majlis bersanding. Majlis mereka cantik, pelamin pun nampak menarik sedangkan kami nikah biasa saja. Jadi kami pun rancang buat majlis sanding untuk recreate semula majlis pernikahan kami," kata Reen.

Kata Reen yang sudah memiliki seorang cahaya mata, dia memilih busana pengantin berwarna putih sama seperti pernikahan terdahulu sebagai tema.

Berikutan majlis yang berjaya dilangsungkan, pasangan ini mengakui berpuas hati akhirnya dapat mencipta memori baharu dalam momen manis perkahwinan.

"Kami sewa dewan harga RM4,000, upah photographer dan videographer RM2,000 dan solekan termasuk kanta lekap RM590. Jumlah perbelanjaan termasuk pelamin dan kek lebih dari masa kami kahwin dulu.



"Saya banyak ambil pakej dengan kawan-kawan yang baru buat bisnes bridal. Tempahan katering pula saya ambil dengan sepupu. Seronok sangat majlis kali ni saya dapat support keluarga dan kawan-kawan punya perniagaan.

"Syukur sangat sebab majlis berjalan lancar dan kami cukup berpuas hati dengan hasil gambar dan perjalanan majlis. Tak sia-sia kami nekad juga nak buat majlis bersanding ni," ujarnya yang tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di TikTok.



Melihat video tular itu, ramai netizen memuji gambar baharu majlisnya itu yang menelan kos belanja hampir RM20,000 apabila dibandingkan dengan gambar lama yang hasilnya cukup mengecewakan.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 2-7-2022 06:31 PM
Aku rasa ok da pelamin lama tu dgn kos die..xdela buruk..ko edit blk gmbr tu pn blh cantik..pelamin br tu bunga2 tu pn mcm enhanced colour je..mekap tu xnk cerita..xla teruk mcm opera cina..ni semua sbnrnya jeles tgk kwn2 punya je..duit ko..lantak ko la labu
Quote che-cikL 2-7-2022 06:52 PM
Suka hatilah dah duit sendiri, sendiri pressured diri sendiri dgn dunia sosial.

Cuma kalau iols org terdekatnya, iols akan nasihat baiklah RM20k tu buat deposit beli rumah.
Quote VespaSilbe 2-7-2022 07:06 PM
Gigih naw dakdak la ni
Jauhla aku dari penyakit tak pernah cukup macam ni
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 07:08 PM
dah basi...

Quote SonicSiLandak 2-7-2022 07:08 PM
che-cikL replied at 2-7-2022 06:52 PM
Suka hatilah dah duit sendiri, sendiri pressured diri sendiri dgn dunia sosial.

Cuma kalau iols or ...

rumah PKNS ke??


Quote che-cikL 2-7-2022 07:12 PM
SonicSiLandak replied at 2-7-2022 07:08 PM
rumah PKNS ke??

Entahlah uols, rumah mana2 lah. Dah diorang duk Johor, maybe ada rumah yg equivalent to PKNS.

Quote bulanbulat 2-7-2022 08:00 PM
Mengadalah hang
Quote Cokoro 2-7-2022 08:39 PM
Buat pelamin, mekap cecantik, ambil gmbr je. Dah kata gmbr dulu hodoh kan. Tp yelah duit uols suka hati uols lah
Quote kedekek 2-7-2022 09:27 PM
Bodo yach kohkoh
Quote Gomea 2-7-2022 10:34 PM
Pakai duit epf lah tu
Quote Perawankota 3-7-2022 01:36 AM
Skang bukan dh ada studio yg boleh amik gambar atas pelamin bagai ke? Kenapa lah nk membazir
Quote fair_iza 3-7-2022 03:46 PM
Perawankota replied at 3-7-2022 01:36 AM
Skang bukan dh ada studio yg boleh amik gambar atas pelamin bagai ke? Kenapa lah nk membazir

Indeed. Photoshoot balik je. Pasangan muda byk terpengaruh dgn medsoc ni. Ke sekarang dh jd jutawan hasil jualan produk oem?
Quote gideoncross 3-7-2022 05:00 PM
Dh dpt khwin awl pun bising, dsar BBNU smua nak komplen.
Quote CardiGans85 3-7-2022 09:39 PM
Produk apa Dorang nak endorse jap lagi
Quote kotakominami 4-7-2022 12:25 AM
Ni fonder bedak mane pulok?
Quote Buritan 4-7-2022 11:45 AM
whimsicalmusic replied at 2-7-2022 06:31 PM
Aku rasa ok da pelamin lama tu dgn kos die..xdela buruk..ko edit blk gmbr tu pn blh cantik..pelamin  ...

Membazirkann.. baiklaa duit tuu aku labur ke..plg koman masuk asb.. zmn skrg kos anak pun bkn kaleng kaleng  ..
Quote Buritan 4-7-2022 11:47 AM
Perawankota replied at 3-7-2022 01:36 AM
Skang bukan dh ada studio yg boleh amik gambar atas pelamin bagai ke? Kenapa lah nk membazir

Kann.. kalo akulaa batak sgt nak kawin srmpurna sewa jah baju mekap cggih pas tuu shoot tmpt cantik.. baru abis brp sen jah
Quote ally9970 4-7-2022 04:22 PM
Lagi 2-3 tahun, dia cemburu pulak bila tengok kawan2 kawin 2....hahahahaha...
Quote ciksom 5-7-2022 06:16 PM
Sepupu aku kawin masa pkp tak dapt nak buat majlis hanya akad nikah.duit majlis tu laki dia belikan sofa besar, tv besar , peti sejuk besar dan gelang Mas besar. Rezeki kawin.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.179261 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top