CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Akan Keluarkan Lebih Banyak Bukti Mak Wan 'Tak Berlakon' - Bekas PA

30-6-2022 09:59 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8913| Komen: 61|Original author: LilRose

Description: "Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis."
"Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis."


Kredit foto: TikTok/My Artis

Bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah, Amell menyangkal dakwaan bahawa video pendedahannya berhubung sikap pelakon itu dirakam oleh dirinya sendiri.

Tegasnya, tidak mungkin dia meminta Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud berlakon sedemikian.

Dia sebaliknya menjelaskan bahawa semua video berkenaan dirakam pihak lain secara curi-curi yang kemudian diserahkan kepadanya.


"Selama ini saya simpan kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai pelakon," katanya kepada mStar.


Kredit foto: TikTok

Dia yang berkata kepada portal hiburan itu menepis kenyataan pelakon itu yang menafikan tuduhan melakukan perkara syirik.

Tegasnya sekali lagi, rakaman itu bukan rakaman lama ketika berlatih untuk drama Pelaris seperti didakwa Mak Wan.

Mak Wan sebelum ini mendakwa video berkenaan dirakam sendiri oleh wanita itu dan bukannya dibuat secara curi-curi.

"Rasanya lebih baik saya ambil pendekatan untuk berdiam diri terlebih dahulu dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan.

"Orang ramai boleh menilai sendiri menerusi video-video yang saya kongsikan sebelum ini. Saya hanya doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak," katanya.


Kredit video: TikTok

Terdahulu, Amell yang dituduh mengambil barang kemas Mak Wan membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah Mak Wan terhadap dirinya.

Malah, dia menambah dua laporan lain yang mendakwa namanya digunakan Mak Wan untuk meminjam duit daripada orang lain serta membuat laporan palsu.

Ekoran itu, pelakon terbabit juga tampil membuat laporan bagi menafikan dakwaan berkenaan dan menuduh Amell mengalami masalah mental.

Apa lagi yang Mak Wan buat agaknya ya? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-6-2022 10:07 AM
Makin lama wajah mak wan ni dah macam wajah Mona Fandey kan cuolls?
Quote nurul_akmar 30-6-2022 11:40 AM
x profesional betul org mcm ni ye.. aku pon naik seram kalau ko ada PA. bila dah x kerja sama, PA ko bukak sume citer2 pasal ko. baik buruk ko semua tersebar. so, aku rasa sgt2 x profesional.
Quote gambatae 30-6-2022 12:05 PM
Bahaya kawan dgn org mcm ni, gaduh jer abis semua dibukak citer.
Quote KelisaSilver 30-6-2022 12:09 PM
PA dia ni nak apa sebenarnya.... adoi... semua nak canang kat medso dah kenapa? mmg nak jatuh kan MW tu habis2?. Kalau la pun MW tu jahat itu ini bagai2 mcm2 aneh2.... report polis sudah la. tak payah la nak bg tahu 1 dunia. update tiap2 hari.... gila la.
Quote mizruncing 30-6-2022 12:10 PM
uishhhh klu aku jd makwan aku stop berlako dah. mls nak keruhkan keadaan walaupon klu btol kau bersalah
Quote Burong_Hantuk 30-6-2022 12:20 PM
boring!!!!!!!!!!
Quote zaraaqilah 30-6-2022 12:25 PM
KelisaSilver replied at 30-6-2022 12:09 PM
PA dia ni nak apa sebenarnya.... adoi... semua nak canang kat medso dah kenapa? mmg nak jatuh kan MW ...

buat apa repot polis...repot tok kadi sudahhh..Polis pon malas nak layan....
Quote KelisaSilver 30-6-2022 12:27 PM
zaraaqilah replied at 30-6-2022 12:25 PM
buat apa repot polis...repot tok kadi sudahhh..Polis pon malas nak layan....

report tok kadi pun boleh.... . Polis byk kerja lain.
Quote makita 30-6-2022 12:57 PM
Tak payah la keluarkan byk bukti...sbb gosip porummer cari lg menarik
Quote makciktijah 30-6-2022 01:04 PM
makwan ni berlakon jd org gaji atau mak2 kat kampung je kan? tak pernah pulak perasan jd datin ke puan seri ke?

adoi level org gaji pun siap ada PA nak bergaduh mencanang itu ini merata. makcik agak pelik kalau makwan bersihir-sihir gitu namun tetap dpt watak org gaji je.

PA dia rasa makwan ni level seniwati negara ke sampaikan semua orang akan peduli sangat?
Quote akuHavocczz 30-6-2022 01:15 PM
Kisah pulak aku kan mak wan tu guna mak esah ke apa

Tapi.. yang PA ni gigihnya
Quote pembacagosip 30-6-2022 03:20 PM
KelisaSilver replied at 30-6-2022 12:09 PM
PA dia ni nak apa sebenarnya.... adoi... semua nak canang kat medso dah kenapa? mmg nak jatuh kan MW ...

koser kan. mak wan je pun netizen pun x nak amik pusing sgt. PA nak GLAM ke?
Quote suterabiru123 30-6-2022 03:38 PM
jangan nnti org mula sokong lama lama org melungai..silap2 mak wan salah jd tak salah sbb netizen simpati.. sudah2 la tu mell oiii meluat nengok hang ni
Quote seri_mawr 30-6-2022 03:49 PM
kalaupun MW berbomoh bagai...yang PA pi canang satu malaya tu knp..?
buruk perangai la PA dia ni....

masa ko mkn gaji dgn dia ada tak ko larang dia dr buat benda2 tu...? masa ko dapat video org rakam bg ko tu..ada tak ko nasihatkan org tua tu jgn buat benda2 syirik..? klu masa tu ko resign and ko bongkarkan sbb x nak bersubahat ke tahan la jugak...ni bila dah jadi x-PA abis cerita org tu ko dedahkan..

MW pun guna mandrem grade C ke pun..? x de lak aku tgk dia berlakon filem jadi watak utama...kurang2 lawan watak hantu kak limah....
Quote navyna 30-6-2022 03:51 PM
Kalau baca komen2 org2 yg kenal, pernah sama sekolah, pernah sekampung & pernah terkena dgn bekas PA ni…seram ye dgn perangai dia. Bukan sorang dua, tapi ramai gak pernah ada pengalaman buruk dgn dia.  
Quote KelisaSilver 30-6-2022 04:15 PM
pembacagosip replied at 30-6-2022 03:20 PM
koser kan. mak wan je pun netizen pun x nak amik pusing sgt. PA nak GLAM ke?

ye la tu. dgn adanya issue mcm ni. org tahu la.. oooo dia ni la PA MW... gituhhh!
Quote twins 30-6-2022 05:47 PM
maciamm maciamm..... kalau tengah elok tu segalanya elok... bila dah tak bekerjasama lagi segala benda buruk keluar... entah betul entah tidak... I reserve my comment kat sini sbb benda2 macam ni amat bahaya kalau kita turut sama beri komen... kalau tak betul tak bersebab kita sama memfitnah...
Quote Note8687 30-6-2022 05:55 PM
Ex PA mw, toklip, fify boleh buat group wasap kot. Sama2 tak reti nak simpan rahsia bila dah gaduh.

Quote LoveSungmin 30-6-2022 06:16 PM
dah kenapa bekas PA ni tetiba nak buka mulut pula?

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.060080 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top