CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hun Haqeem Nak Menyanyi Pula, Pernah Tolak Tawaran Audi Mok Sebab Malu

29-6-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1010| Komen: 1

Description: Siapa sangka, selain berlakon, Hun Haqeem juga mempunyai bakal sebagai seorang penyanyi dan sentiasa menyimpan hasrat untuk melancarkan lagu sendiri.
Siapa sangka, selain berlakon, Hun Haqeem juga mempunyai bakal sebagai seorang penyanyi dan sentiasa menyimpan hasrat untuk melancarkan lagu sendiri.

Pernah dilamar untuk merakamkan lagu, Hun, 24, impian itu terpaksa dilupakan kerana sifat pemalu dalam dirinya untuk tampil sebagai penyanyi cukup menebal.

Bagaimanapun, dia tidak mahu impian tersebut terkubur begitu sahaja malah sudah pun menyiapkan demo lagunya sendiri.

Foto: IG

“Saya sentiasa ada niat dan perancangan untuk mulakan kerjaya nyanyian, tetapi masih ada rasa malu-malu kucing. Sejak kecil saya dibesarkan dalam kalangan keluarga yang sukakan muzik.


“Ada komposer pernah lamar saya seperti Audi Mok dan saya juga ada cipta lagu sendiri. Mungkin tahun depan akan lancarkan single pertama.

“Untuk lagu pertama ini mungkin saya anggap sebagai hobi sahaja. Kalau ia dapat sambutan hangat mungkin saya akan lebih serius sebagai penyanyi,” katanya kepada mStar.



Seperti mana memulakan kerjaya seni dahulu, Hun akui gementar menerima reaksi peminat selepas dia melancarkan lagu itu nanti.

Sedia menerima kecaman, Hun dalam masa sama akan berusaha memperbaiki teknik nyanyian dengan mengikuti kelas vokal sebelum lagu itu dilancarkan.



“Tidak kisah dengan kecaman. Saya buat apa yang saya suka. Lagu itu sekadar berkongsi dengan peminat dan saya tak pernah letakkan diri sebagai seorang penyanyi berkredibiliti.

“Kalau orang suka saya amatlah bersyukur, tetapi jika tidak saya akan cuba perbaiki. Kalau nak jadi penyanyi kenalah usaha keras sikit seperti mengikuti kelas vokal,” ujarnya.



Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjayanya, Hun tampil dalam drama Hantu Raya Pergi Perang menerusi aplikasi Sooka.

Dia juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan dan pernah bekerjasama dengan Kamal Adli menghasilkan drama Sihir.



“Saya diberi peluang untuk menjadi pengarah bersama dalam drama Sihir sekitar November tahun lalu. Ia terjadi tanpa dirancang.

“Saya sangat bertuah kerana dapat rasa pengalaman itu dalam usia muda,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 29-6-2022 07:30 PM
Iolsss mmg tasty dgn dia ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.052868 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top