CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tegar Septian Dedah Sudah Cerai, Salah Satu Sebab Adalah Masalah Kewangan

28-6-2022 04:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1657| Komen: 8|Original author: Tatod

Description: Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, Tegar Septian mendedahkan sudah berpisah dengan isterinya, Sarah Sheilka.
Sumber IG


Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, Tegar Septian mendedahkan sudah berpisah dengan isterinya, Sarah Sheilka. 

Penyanyi berusia 22 tahun itu bagaimanapun tidak berkongsi punca sebenar perceraian mereka. Tegar menerusi IG Story bagaimanapun hanya memberitahu dia berdepan terlalu banyak masalah dan sukar untuk dijelaskannya satu persatu.


"Saya ingin buat penjelasan, memang benar saya dan Sarah tidak lagi bersama. Kami sudah bercerai dan saya ingin teruskan karier saya. 

"Memang banyak masalah dan terlalu panjang kalau saya ceritakan. Saya sudah terlalu penat dan saya janji perkara seperti ini tidak akan berulang kembali," katanya.

Memilih untuk memulakan hidup baharu, bekas peserta Big Stage 2022 itu turut mengakui tertekan dengan keadaan hidupnya yang sukar untuk mencari punca pendapatan menyebabkan dia badannya susut kerana memikirkan perkara itu.


"Dan kamu semua harus tahu, saya selalu ada di rumah. Jujur, saya orang yang tak tahan di rumah. Saya sampai kurus kerana terlalu banyak perlu difikirkan. Wang juga sudah nak cari, saya jadi tertekan," katanya.


Terdahulu, Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dilkurniakan seorang cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 28-6-2022 05:13 PM
dah macam-macam peluang ko dapat nyehhhh....macam-macam hal personal ko takleh handle sampai effect kerja, sampai dapat masuk ke sini buat comeback, hujung-hujung ke dalam peti ais semula...mungkin perlu duduk under management yang betul or kau sendiri kena start jadi mature, bukan takat nonek je mature, kena belajar urus financial & kerjaya dik.. (walaupun kau tak baca forum kan....)
Quote Tembikaigoreng 28-6-2022 05:40 PM
Kesian dia
Quote srisofe 28-6-2022 08:01 PM
Dia Ada lagu lain ke selain lagu aku yg dulu bukan yg sekarang
Quote intan244 28-6-2022 08:56 PM
takziah. dah boleh expect.
Quote Belibis 28-6-2022 09:04 PM
Yoniboy versi indon
Quote elzy 29-6-2022 09:23 AM
Dapat anak sorg, cerai.. hurrmmm..
Quote mizruncing 29-6-2022 11:23 AM
disebalik kisahhhh
Quote sue_liah 29-6-2022 02:43 PM
nak urus diri sendiri pun tk mampu lg nak kawin beranak pinak

muda lagi kot patutnya bersusah2 dulu la bina kerjaya ke cari kerja ke

kesian dkt anak dpt mak pak bodoh ingat dgn cinta boleh bg perut kenyang ek

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045196 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top