Makanan popular dari Jepun iaitu sushi mempunyai penggemarnya yang tersendiri di negara ini.
Selain kewujudan banyak restoran Jepun yang menawarkan variasi menu bagi makanan itu, ia turut diolah semula oleh peniaga tempatan sehingga wujudnya sushi RM1 yang dijual di gerai tepi jalan dan pasar malam. Terbaharu, unpopular opinion mengenai sushi yang diutarakan seorang pelayar Twitter menerima maklum balas yang berbeza-beza di Twitter. Di ruangan komen, segelintir individu turut bersetuju dengan kenyataan tersebut, malah ada yang menggelarkan sushi versi murah itu sebagai nasi impit berlauk. Selain itu, ramai yang turut memberikan komen berbeza dan menyelar pendapat tersebut yang disifatkan berlebihan dan tidak masuk akal memandangkan ia dijual pada harga yang cukup murah. Malah kata netizen, tidak wajar sekiranya sushi tepi jalan itu dibandingkan dengan kualiti hidangan di restoran Jepun yang dijual pada harga lebih tinggi. "Dah miskin tu miskin je la, benda murah harap rasa mahal. Dasar B40 tekak nak T20. "Hina betul jadi orang miskin kat Malaysia ni. Beli sushi seringgit kat pasar malam pun orang boleh buat isu," tulis beberapa netizen. Sumber: mStar
|
pyropura replied at 26-6-2022 04:36 PM
Steak ka, sushi ka, ramen ka, pasta ka, kalu Melayu yg.buat toksah lah beli. Ni pengalaman peribadi ...
Decaffeinated replied at 26-6-2022 05:39 PM
Pernah beli pizza melayu dibakar dengan oven arang kayu. Aroma dia memang perfect tapi bila makan ...
Decaffeinated replied at 26-6-2022 05:39 PM
Pernah beli pizza melayu dibakar dengan oven arang kayu. Aroma dia memang perfect tapi bila makan ...
glump replied at 26-6-2022 05:15 PM
Ramai tu peniaga yg jual makanan hanya sekadar rupa rasa out .maklumlah resepi muat turun.
Bayangka ...
dani-rox replied at 26-6-2022 06:13 PM
bbrp minggu lepas ai pernah tengok youtube kokesen nih makan sushi gerai tepi jalan kat Bangkok... h ...
cmf_jeangrey replied at 26-6-2022 06:25 PM
Masalahnya yg menjual sendiri pun x pernah rasa the original one...atau at least yg sedap...so dia ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.445740 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.