CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Lengkap Siasatan Menyeluruh Kematian Baby Syifaa

24-6-2022 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1672| Komen: 5

Description: Berikutan gesaan daripada pelbagai pihak, Polis Diraja Malaysia akhirnya melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung kes kematian bayi perempuan berusia 15 bulan Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby ...
Berikutan gesaan daripada pelbagai pihak, Polis Diraja Malaysia akhirnya melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung kes kematian bayi perempuan berusia 15 bulan Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa ketika dibawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada Februari lalu.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, siasatan merangkumi sudut keterangan saksi mahupun teknikal dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patalogi dan kimia.



“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan sehingga ke pihak Peguam Negara. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.


“Arahan telah diberi oleh pihak Peguam Negara supaya inkues diadakan untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ruslan berkata, kes untuk pendengaran inkues telah ditetapkan pada 29 Jun ini.


Ruslan
Foto: Kosmo

Kosmo! semalam melaporkan isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kerajaan untuk menyiasat semula kes kematian Baby Syifaa.

Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan pendapat yang mengatakan kecederaan bayi itu berpunca akibat terjerut tali buaian adalah tidak masuk akal.

“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret,” tulisnya dalam hantaran berkenaan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 24-6-2022 11:26 AM
aku speku antara 14 kanak2 tu yg buat kt baby ni..
kanak2 klu tk pntau,leh jadi pmbunuh jugak
Quote awanearisu 24-6-2022 12:09 PM
Edited by awanearisu at 24-6-2022 01:14 PM

Alhamdulillah. Gesaan CPK membuahkan hasil. Semoga arwah mendapat keadilan di dunia.  
[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5338141709577993&id=100001466497404[/fbp]


https://m.facebook.com/story.php ... ;id=100001466497404
Quote black_handbag 24-6-2022 12:15 PM
sbb CP ke depa ni kalut bukak balik siasat? gerun betul diorang kat wife TMJ ye
Quote nurul_akmar 24-6-2022 12:20 PM
aku pon rasa kanak2 yg buat. sbb tu kes jd senyap. bukan illuminati seperti yg dicanang2kan
Quote dua_chzy 24-6-2022 12:25 PM
black_handbag replied at 24-6-2022 04:15 AM
sbb CP ke depa ni kalut bukak balik siasat? gerun betul diorang kat wife TMJ ye

Bukan lah. Memang dah hada tarikh inkues tu (29 Jun) sebelum CPK bising kat media sebab Yuseri fight untuk inkues dari tahun lepas.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058402 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top