CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

10 Masalah Menyewa Kawasan Biforti Hilang Lepas Pindah Kondo M40, Tapi Masalah Lain Pula Timbul

24-6-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2237| Komen: 9

Description: 10 Memori Hidup Di Kawasan Biforti (B40). itu nukilan pengguna Twitter dikenali sebagai Asrul Muzaffar yang mengimbas kenangan menyewa sebuah apartment B40 di Lembah Klang ketika zaman bujang.
10 Memori Hidup Di Kawasan Biforti (B40). itu nukilan pengguna Twitter dikenali sebagai Asrul Muzaffar yang mengimbas kenangan menyewa sebuah apartment B40 di Lembah Klang ketika zaman bujang.


"Dulu masa bujang aku pernah sewa apartment B40 kat Lembah Klang. Memang murah gila, cuma RM350 sebulan untuk satu unit. Memang kecil. Dari pintu depan jalan tujuh langkah dah sampai pintu bilik.

"Tapi tak kisahlah tu asal jimat duit. Dah jangka pun kecil dan tak selesa. Tapi yang aku tak sangka ialah mentaliti B40 majoriti penduduk kawasan itu," tulisnya dalam posting asal yang dimuat naik ke Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.



Bercerita lanjut, Asrul berkata perangai suka menanda petak parking sudah sekian lama berlarutan, malah lebih teruk ada yang bersikap pengotor dan tergamak membela ayam di kawasan kediaman itu.

Antara kenangan lain sepanjang menetap di sana termasuklah ruangan tertentu yang tidak boleh diakses kerana sikap tamak penduduk yang meletakkan motosikal pada tempat tidak sepatutnya.

Gangguan bunyi, kerosakan kenderaan serta kecurian juga pernah berlaku ketika dia menetap di kawasan apartment berkenaan.

Menurut Asrul, golongan B40 di penempatan itu juga tidak berdisiplin, malah mereka juga suka berlumba motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Dedah Asrul, dia akhirnya berpindah ke kawasan yang lebih baik, namun sebagaimana lumrah, hidup semua orang tidak terlepas dengan pelbagai masalah lain juga.



"Kondo M40 pun ada juga masalah tapi masalah satu sampai 10 yang kat atas tu dah tak ada dah. Yang jadi masalah pula bila ada yang mengelat bayar maintenance fee atau tree huggers yang tak bagi trim pokok walaupun dah jadi sarang nyamuk," ujarnya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-6-2022 02:22 PM
Edited by Perawankota at 24-6-2022 02:24 PM

Aku duduk kondo pon paling sakit hati resident floor atas yg suka buang puntung rokok lah, sampah kecik2 lah, face mask lah dari bilik, pastu jatuh kat backyard masuk dalam kuali..
Quote Artemesiaa 24-6-2022 03:33 PM
Problem duduk rumah tinggi bertingkat2
Quote UMMI_MAI 24-6-2022 04:45 PM
Saya lepas kawin ada gak duk kawasan M40, tapi prangai x jauh beza bab. Merokok kat tingkat atas terpercik2 api rokok n abu rokok jatuh ke balkoni kita , sidai baju atas menitik air atas baju kita , sampah main sepak2 je dekat lauan ...eiiiii...
tapi lepas pindah umah flat , aman ...saya duk tingkat 5 , so abis segala masalah ...hahah. Alhamdulullah flat saya duduk aman damai selama 7 tahun lebih kurang..takde masalah cop parking ,  bersih je tak main buang2 sampah dari atas... semuanya berdisiplin bawak turun sampah .
Cuma bila dah makin ramai orang asing menyewa, makin tak selesa dan alhamdulillah dapat pindah ke landed area.
Quote gigahertz 24-6-2022 09:39 PM
ni macam rumah PKNS. sebab dia kata xde lift.
Quote buapakperut 24-6-2022 10:32 PM
Awal kawen duduk flat la berdua dulu. Kecik nau tapi dlm 500-600 juga la. Salah parking bukan kete je jahanam. Sampai kene attack umah sekali weh. Memang otak meka marhaen. Tikus beso2 lagi, bau lagi. Jjran2 buang sampah bkn dalam dumpster tapi sebelah dumpster. Dgn air sampah meleleh sepanjang koridor. Bising rohingya toksah ckp. Nasib bukan t dgn i don bangla vietnam, yang tu lagi bana. Dh beranak memang idok le mau anak2 membesar umah sempit dgn suasana camtu
Quote encikWawad 27-6-2022 09:36 AM
biportih dah pindah rumawep ada guard. di bantainya guard bila kena clam. sebab kereta 3 satu g park kat visitor parking. button lift rosak tercabut sebab ada anak biporti sak*ai within 2 months dapat kunci dan pindah ke rumawep. sampah pun di tinggalnya depan lif walhal bilik sampah tu sekakang kera je dari lift. yang duduk corner lot. letak barang kat tangga, bila mgmt ugut nak rampas barang dia amok2 dalam mesy pibg eh mesy penduduk. in conclusion : rumawep is a new fancy name for bportih

*time weekend kolam penuh dengan tok nenek acu atih : jemput sedara mara mai rumah mandi kolam. pastu lift basah dan takde access card nak balik floor sendiri.
Quote bakingsoda 27-6-2022 10:23 AM
jadi asrul ni m40 yg curi hak b40 semata nak save duit la? dah mcm duduk india lak ko kasta b40 jadi layak dihina secara pukul rata
Quote babelina 27-6-2022 12:08 PM
aku pnah duk apartment, 5tingkat tp ada lif lg masa tu.. jiran ngn india.. dekat nk maghrib dia akn bunyi loceng sepanjang kaki lima tu utk sembahyang.. hr2 gaduh jer.. sampai la ending dia.. bini nye terjun dari tingkat 3..masa kejadian aku kje sebaik la.. pastu dorg pindah.. aman la..
Quote becir 27-6-2022 02:01 PM
condominium i kt bangsar dulu berdepan flat B40..ada la terkenan perangai umah situ ke bergaduh nak chop parking depan pintu lif punya pasal..sampai mgmt kena keluar email sound takde kes nak cop2 sapa cepat dia dapat..belum lagi yg buang puntung rokok kat balcony i..solutionnya i gi ngamuk (lepas marah bukan marah staff) terus stop sapa yg buat tu...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062977 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top