CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kongsi Gambar Dengan Gadis, Azri Iskandar Dah Ada Pengganti?

25-5-2022 07:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8799| Komen: 31|Original author: Tatod

Description: Belum pun sebulan bercerai talak satu dengan aktres Ellie Suriaty, pelakon Azri Iskandar dikatakan sudah bertemu pengganti hidup baharu.
Sumber Getaran


Belum pun sebulan bercerai talak satu dengan aktres Ellie Suriaty, pelakon Azri Iskandar dikatakan sudah bertemu pengganti hidup baharu. 

Isu itu mulai timbul apabila aktor berkenaan bertindak berkongsi gambarnya dengan seorang gadis di FB Story.

Memetik laporan Getaran, Azri dengan tegas menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa gadis tersebut merupakan rakan pelakon yang sama-sama menjayakan telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.




"Dia bukan kekasih saya, tetapi pelakon baharu yang jadi anak saya dalam telefilem Suri Rumah Terfeeling. Nama dia Nur Atiqah dan kami ambil gambar tersebut untuk dijadikan 'prop' dalam telefilem berkenaan.

"Tolonglah jangan ada yang anggap bukan-bukan. Kesian dia. Dia masih muda, umurnya hampir sebaya dengan anak saya. Nanti tidak pasal-pasal dia jadi mangsa tohmahan," katanya kepada Getaran.

Azri turut mengambil kesempatan itu untuk memohon agar netizen berhenti daripada terus-menerus melemparkan kata-kata negatif kepada bekas isterinya berkenaan perceraian mereka baru-baru ini.

"Tolonglah jangan kecam dia. Dia tak salah. Takdir kami tidak lagi sehaluan dan terpaksa membawa haluan hidup masing-masing.


Sumber FB Azri

"Dia banyak berjasa pada saya dan saya tidak akan sesekali melupakan kebaikannya. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.

"Dan sebagai seorang sahabat, saya akan terus menghulurkan bantuan yang diperlukan kala susah dan senangnya. Tak kiralah sama ada bantuan tersebut berbentuk wang atau tenaga," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 25-5-2022 08:02 AM
Edited by lasagna at 25-5-2022 09:29 AM

sib baik buat statement.. kalau tidak dah jd bahan cerita lain. ok laa boleh laa, iols percaya jer ni pelakon gandingan heols.
Quote awex^returns 25-5-2022 08:08 AM
kalau betul couple pon apa salahnya
takut elly kejar ngan pinggan ke
kui kui kui
Quote ketambangkang 25-5-2022 08:54 AM
azri ni gd looking jgk plus takde la tua sgt
Quote faraway1 25-5-2022 08:58 AM
Cam bapak dengan anak
Quote msdummy.2018 25-5-2022 09:22 AM
Bagus statement dia..terang dan jelas
Quote gujiwa 25-5-2022 09:32 AM
azri sblm kawin dengan elly dulu laki orang ke? or duda?
Quote dua_chzy 25-5-2022 09:32 AM
Kalau tengok body language dalam gambar ja, nampak macam pelakon wanita itu memang taste kat Azri.
Quote Normabaru 25-5-2022 09:37 AM
dua_chzy: Kalau tengok body language dal ...


Takat klu tgk hensem mmg tangkap lentok laaa
Dah kalau everything nk kena spedo..sapa je tahan.eh ada..Elly jela yang btahan tp now dh cabut plak
Quote TomyamPuteh 25-5-2022 09:44 AM
Suka Azri.Smpt lg jaga hati ex wife.
Quote sukacactus 25-5-2022 09:50 AM
gujiwa replied at 25-5-2022 09:32 AM
azri sblm kawin dengan elly dulu laki orang ke? or duda?

Masa dia jd pelakon dl, dah nak jd duda rasanya
Sempat gak couple dgn Vee, tp bapak Vee xrestu sebab status dudanya itu
Quote mamajawie 25-5-2022 09:55 AM
bagus la merendah diri siap claimed awal2 baya anak dia..at least takde la cam orang lain kawen dengan pompuan baya anak sendiri..yihhh sangat..kuat bebenau cinta tokri dengan nek eli ni ea..agitchuu
Quote tipah89 25-5-2022 10:16 AM
kalau betul, memang gundu2 taste beliau eh
Quote Atata 25-5-2022 10:44 AM
I taste jugak daddy2 look ni wakakakakka
Quote bahagiaselalu 25-5-2022 01:05 PM
euuw, bergambar pun nampak miang sungguh muka 2 orang ni
Quote pinggan 25-5-2022 01:10 PM
"Dia bukan kekasih saya, tetapi pelakon baharu yang jadi anak saya dalam telefilem Suri Rumah Terfeeling. Nama dia Nur Atiqah dan kami ambil gambar tersebut untuk dijadikan 'prop' dalam telefilem berkenaan."

Patut la nampak mesra dlm gambar tu. Watak ayah n anak ambil gambar bersama. Jadinya 2-2 tu tgh in character la.
Quote dejure 25-5-2022 02:21 PM
dua_chzy replied at 25-5-2022 09:32 AM
Kalau tengok body language dalam gambar ja, nampak macam pelakon wanita itu memang taste kat Azri.

Dah kata pon prop utk lakonan ayah dan anak kenalh nmpk mesra..takkan nk nmpk kaku pula.tak baca ke statement dari azri tu
Quote dua_chzy 25-5-2022 03:12 PM
dejure replied at 25-5-2022 06:21 AM
Dah kata pon prop utk lakonan ayah dan anak kenalh nmpk mesra..takkan nk nmpk kaku pula.tak baca k ...

Ayah dan anak tak bergambar begitu noks.
Quote nolya 25-5-2022 03:37 PM
Berilah peluang kpd Azri untuk melalui kehidupannya yg sedang diuji/dicoba saat ini.  Sementara mereka kan masih dlm edah perceraian yg masih boleh dirujuk.  Mana tau perpisahan begitu dpt memicu rindu antara mereka dn kemudian bertaut rasa untuk bersatu kembali. Mudah2an ada yg terbaik untuk mereka.
Quote immaryjane 25-5-2022 03:37 PM
Selalu nye kalau couple cerai ni. 1 side reply elok2 je. Tk lama lepas tu side lg 1 meletop, then baru la tahu cite sebenar
Couple yg i tk sangka boleh bercerai, dlu ajai-nurul, vee-shidee, sape lg sorg yg handsome putih2 daddy2 cool

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057701 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top