CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Benda Boleh Bincang," – Lelaki Mengamuk Tumbuk Pakcik Tua Bertubi-Tubi Lepas Kemalangan

23-5-2022 03:25 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2059| Komen: 7|Original author: Cinta Erina

Description: Terbaru ini tular video di platform Twitter yang memaparkan seorang pemuda telah membelasah lelaki tua akibat kemalangan kecil yang berlaku di sebuah persimpangan.
Sumber: Twitter Malaysia Most Viral


Terbaru ini tular video di platform Twitter yang memaparkan seorang pemuda telah membelasah lelaki tua akibat kemalangan kecil yang berlaku di sebuah persimpangan. 

Video itu telah dimuatnaik oleh akaun Twitter yang dikenali sebagai Malaysia Most Viral. Mengikut sumber, insiden tersebut telah berlaku di Padang Jawa, Shah Alam. Menerusi video itu, seorang pemuda yang memakai helmet telah bertindak menumbuk muka pakcik tua berkenaan berkali-kali.


Kelihatan lelaki tua itu ditumbuk berkali-kali dan tidak mampu berbuat apa-apa selain terbaring di atas jalan raya. Tindakan pemuda itu telah menyebabkan beberapa penunggang motosikal di situ telah berhenti untuk menahan pemuda itu daripada terus membelasah lelaki berkenaan.  

Hal ini menyebabkan ramai netizen yang berang dengan tindakan kasar pemuda tersebut. Walaupun lelaki tua itu yang melanggarnya, tidak sepatutnya dia menyelesaikan masalah itu dengan menumbuk lelaki tua tersebut. 

Walau bagaimanapun, berita sebenar mengenai insiden ini masih tidak diketahui. Namun, menurut sumber, pemuda yang menumbuk lelaki tua itu telah ditangkap untuk siasatan lanjut.

Sumber: Twitter Malaysia Most Viral

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 23-5-2022 04:38 PM
Dengar kata pemuda tu dah kena ganyang oleh keluarga pakcik tu. Ada video tak?
Quote whimsicalmusic 23-5-2022 07:08 PM
Muka mcm bdk aiser tu
Quote chandrahusin 23-5-2022 07:11 PM
Baca kat komen FB
Pakcik ni tunjuk jari tengah kat bdk ni
Tu yg bdk ni naik hantu
Cerita jari tengah ni
Aku pnh kena
Aku bagi je jari tengah jgk balik
Quote mama_cat 23-5-2022 07:28 PM
chandrahusin replied at 23-5-2022 07:11 PM
Baca kat komen FB
Pakcik ni tunjuk jari tengah kat bdk ni
Tu yg bdk ni naik hantu

kdg yang tua pun, guna lesen umur nak kuanjaq ngan org.. ada ja aku jumpa pakcik2 pakai kepiah, tapi mulut kuangjaq...

Quote chandrahusin 23-5-2022 08:18 PM
mama_cat replied at 23-5-2022 07:28 PM
kdg yang tua pun, guna lesen umur nak kuanjaq ngan org.. ada ja aku jumpa pakcik2 pakai kepiah, ta ...

Tak dapat dinafi kan
Pengalaman aku sndr
Terkena ja dgn depa ni
Quote mama_cat 23-5-2022 10:31 PM
chandrahusin replied at 23-5-2022 08:18 PM
Tak dapat dinafi kan
Pengalaman aku sndr
Terkena ja dgn depa ni

sejenis kalau keluar makian buat kita makin sakit hati....
Quote kechikchomel 23-5-2022 10:47 PM
Iolss baca kat mana ntah. Pakcik tu baru lepas dialisis(?)

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.245917 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top