CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhainies Dah Matang, Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi

19-5-2022 11:53 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4121| Komen: 27|Original author: LilRose

Description: Kematangan membuatkan pelakon Ruhainies kini sedar mengenai apa yang patut atau tidak dikongsikan kepada umum.
Kematangan membuatkan pelakon Ruhainies kini sedar mengenai apa yang patut atau tidak dikongsikan kepada umum.


Kredit foto: IG

Menginjak usia 28 tahun, Ruhainies kini memilih untuk mengutamakan perkongsian mengenai kerjayanya berbanding hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Mr. E.

"Saya banyak belajar sebenarnya. Mungkin dahulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia merupakan cinta pertama saya.



"Tipulah kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hati yang berbunga-bunga. Namun begitu, semakin menginjak usia, semakin saya sedar, ada perkara yang perlu saya simpan.

"Kini saya lebih selesa berkongsi perihal kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati," katanya.


Kredit foto: IG

Seiring azam baru itu, Ruhainies juga enggan mengulas lanjut mengenai soal jodoh.

Katanya, biar keluarga saja mengetahui kisah jodoh dan perkahwinannya.



"Saya serahkan kepada Allah kerana Dia lebih tahu.

"Apa yang saya boleh katakan, saya tak terikat dengan sesiapa. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik.



"Selagi saya belum berkahwin, selagi itu saya akan memberi fokus kepada kerjaya dan bisnes yang bakal saya ceburi selepas ini," katanya kepada Harian Metro seperti dipetik Gempak.

Dah tak bersemut lagilah media sosial Ruhainies selepas ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 19-5-2022 12:04 PM
sembanggg
Quote irvene 19-5-2022 12:07 PM
aku baca ayat lah sekali tu. tak ber ‘kemut’ lagilah. ohh btw, ko dh clash kan dgn mamat ferrari tu? klu x mesti dh kawen, before this ko ckp nk kawen lepas kakak ko kawen. now kakak ko nk dkt 2 tahun dh kawen.
Quote 3chanceno 19-5-2022 12:09 PM
Nak coverina pasal dah putus di tengah jalan kan?
Quote helicornia 19-5-2022 12:11 PM
isunya ko masih couple lagi ke dgn Mr E tu?
Quote chinta89 19-5-2022 12:13 PM
entahlah mcm dh clash je sb dah xde semut2 kat ig.
Quote Rogue98 19-5-2022 12:23 PM
MR E dah belah....Abg Zul back to Kak Gaya.....Kak Mas Idayu yg garang tu pun ada lelaki nak.....so last2 kau duk diam2 jer lah kemut ye.
Quote uori 19-5-2022 12:28 PM
mr E dah blah, tinggallah kemut terkemut-kemut
Quote bottompro 19-5-2022 12:30 PM
Mr. E tu mesti Mr. Ebit Lews khuenz?
mr.E menumbuk sambal
Quote SherryZass 19-5-2022 12:48 PM
padahei dah putus lah tu, tu yg lama dah menayang. Tinggal lah kemut sensorang terkemut-kemut
Quote namieamuro 19-5-2022 12:49 PM
la bukan dh putus ke? kalau tak putus, confirm kt porum ni penuh chite kisah die nk menikah setiap mggu. kisah die makan bersuap. bile dh senyap ni. so i assume dh putus. rupenye belom ek
Quote mind_space 19-5-2022 01:32 PM
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Lantak kau lah kemutt
Quote cikX87 19-5-2022 01:49 PM
tutup muka asal, pantulan cermin nampak. EH BODO KE?
Quote MsJules 19-5-2022 01:53 PM
Dah takde le kot.. Ayat cover.
Quote deebiz14 19-5-2022 01:58 PM
Too late la kot nak justify bagai.
Sbenarnya Mr.E dah ber-Ain lama kan?
BF mane la yg bleh tahan nengok jante lain jilat2 jari ko, bobok2 kat peha celah pek lagi.
Quote kaoru44 19-5-2022 02:01 PM
So betul la apa acik2 forum kata yg dia dh lama putus ngn mr.E tu
Quote Meiizu 19-5-2022 05:26 PM
Takjadi lerrr tu
Lepas ni bcinta kali ke2 ke 100 kee jgn kecoh dah
Quote Mary_jane 19-5-2022 05:39 PM
Since di whoareyus kan oleh ZA, ni statement ala2 cover diri sendiri lah kot. Orang tak hendak, kita pun tak hingin.
Quote epuepy 19-5-2022 06:14 PM
Alhamdulillah.
Quote alieyrina 20-5-2022 12:59 AM
Lama x dgr crita kak dia dgn isa khan kann

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052725 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top