CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hasrat Osama Satukan Keluarga Jamal

6-5-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3021| Komen: 13

Description: Membesar sebagai anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bukanlah perkara mudah untuk digalas oleh pendatang baru, Osama Yamani, 21.
Membesar sebagai anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bukanlah perkara mudah untuk digalas oleh pendatang baru, Osama Yamani, 21.

Seperti mana setiap keluarga berkumpul setiap kali musim perayaan, begitu jugalah yang didambakan oleh Osama untuk Aidilfitri tahun ini.


Kredit foto: IG Osama

Biarpun meluahkan hasrat secara spontan, namun kata-kata yang diungkapkan ternyata lahir daripada hati tulus jejaka berusia 21 tahun itu.

"Tiada apa yang saya harapkan selain daripada setiap ahli keluarga dapat berkumpul beramai-ramai.


"Apa yang dimaksudkan adalah ibu kandung dan bapa kandung serta ahli keluarga yang lain dapat berkumpul sempena raya. Ibu kandung saya di Beruas, Perak dan saya sering berulang alik untuk berjumpanya.

"Bukan apa, tidak pernah kami sekeluarga duduk berkumpul beramai-ramai. Pastinya meriah apabila dapat beraya bersama-sama. Apatah lagi, hubungan ibu kandung saya dan isteri ayah saya juga tiada masalah.

"Lazimnya, ayah saya sibuk dengan persembahan di ibu kota dan itu yang menyebabkan kami sukar untuk duduk beraya bersama-sama. Kebetulan ibu saya pula tinggal di kampung, jadi kekangan dari aspek itu," kata Osama.


Kredit foto: IG Osama

Osama yang kini mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian merupakan anak lelaki Jamal hasil perkahwinan bersama wanita bernama Intan Noraina Mohd Yusof.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brunesss 6-5-2022 03:16 PM
who are youse ye?
Quote matbad 7-5-2022 12:51 AM
Semakin annoying dgn mamat fefeling glam ni
Quote Perawankota 7-5-2022 02:54 AM
21 mcm 31...        
Quote Jajuli 7-5-2022 03:09 AM
Jadi apak dia ada darah arab ke camana ,Yamani tu bukan UTK Yaman ke
Quote stingersting 7-5-2022 04:14 AM
365 Hari dlm setahun ….usaha itewww bukan hanya untuk satu hari yg khusus(raya) sedangkheun.sepanjang tahun ko ada untuk berkumpul….

Piiidaaaaaa

melayu…..raya…….berkumpul……teda berpisah.
Quote lanse 7-5-2022 04:36 AM
Laa...baru 21 kaa
Quote samshik 7-5-2022 04:48 AM
Cter dlm kain lg nak share ker??? Aiyohh, p plan diam2 dahla.. Ko bkn pemes naw pun..
Quote nakkomenjugak 7-5-2022 10:32 AM
dek nonnnnnn
satu malaya tak nak tahu hal family kome
masing2 duduk Malaysia je pun
lama2 berkumpul jugak berselisih bahu jugak apak anak
dah3 buat reunion diam2 setel hal2 dalaman raya ni
Quote Hoola 7-5-2022 10:56 AM
Edited by Hoola at 7-5-2022 10:58 AM

Generasi ank2 artis ni pandai2la jg reputasi parents msg2...
parents korg legenda,terkenal.....
Byk kisah ank2 artis yg ikutjejak masuk bidang yg sama lately
Quote stingersting 7-5-2022 10:59 AM
lanse replied at 7-5-2022 04:36 AM
Laa...baru 21 kaa

Breed CtCaras tapi bezanya ctcaras..memang dia nak nampak tua...sebab kawen dgn yg tua?

Kahkahkahkahkah
Quote mojarean_X 7-5-2022 12:08 PM
Kesian zaki yamani comel nk jumpa Jamal
Quote Mulotkoyak 7-5-2022 06:04 PM
Petik nama bapak selagi boleh utk mengepopularkan diri…
Quote prince_marhaen 9-5-2022 09:55 AM
dik...apak awak jenis crettt merata dik, kalau dia nak, dah lama dia kumpul semua anak-anak dia...tak payah adik awak yang feeling sorang lagi tu mencapap petik nama apak korang tiap kali interview, apak korang buat dono je dik...usah la kau pun feeling. Kalau betul ada bakat, grooming la elok-elok, build your own title. haritu dah masuk studio dengan harry khalifah pun tetap sendu ye dik..upiak isil yang ting tong pun laku dik..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055266 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top