CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penjara Kajang Sedia Ambil Tempahan Baju Raya, 'Mur Mur Je'!

7-4-2022 06:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3586| Komen: 31

Description: Sebelum kedatangan Ramadan lagi, umat Islam sudah mula menempah busana untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sebelum kedatangan Ramadan lagi, umat Islam sudah mula menempah busana untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, masih ada yang belum membuat tempahan selain gemar membeli pada saat akhir.


Gambar hiasan/JELITASARA

Menurut satu perkongsian di media sosial, tempahan baju raya dibuka seawal November tahun lalu dan difahamkan kini tiada lagi butik mahupun tukang jahit yang mahu menerima tempahan.

Seorang pelayar media sosial membuat hantaran bersama mesej mengatakan seorang wanita mencari tukang jahit dengan harga mampu milik di sekitar Putrajaya, Bangi dan Sepang Selangor berikutan tidak dapat melakukannya selepas dijangkiti Covid-19.




Susulan itu, pemilik akaun dikenali sebagai Alin membalasnya dengan menyatakan bahawa Penjara Kajang melakukan perkhidmatan seumpama itu pada harga murah.

Malah, dia turut berkongsi mengenai cara untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.



Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa Penjara Kajang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dobi, salun, pusat rawatan dan kecantikan dan kedai kek.

Posting yang diulang kicau lebih 3,600 kali itu tanyata menarik minat warganet dan rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman kerana pernah mendapatkan perkhidmatan daripada Penjara Kajang.



Berdasarkan perkongsian mereka, perkhidmatan yang ditawarkan di penjara tersebut disifatkan sebagai yang terbaik.

Dalam pada itu, Penjara Kajang ketika dihubungi mengesahkan pihak mereka menerima tempahan jahitan dan kuih raya seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak di media sosial.


Kredit foto: FB Galeri IO Penjara Wanita Kajang

Bagaimanapun, katanya tempahan baju untuk Hari Raya Aidilfitri perlu dibuat sebelum Ramadan dan orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan boleh hadir ke Kompleks Penjara Kajang mengikut waktu pejabat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 7-4-2022 08:52 AM
good info...boleh war2kan.
Quote Mulotkoyak 7-4-2022 08:52 AM
Memang bagus la banduan malaysia ni. Terbaik. Bole lah tmbh pendapatan. Sepatutnya Jovian ke LeeyanaRhman ke sapa ke upah je penjara jahitkan.
Quote hungryhenry 7-4-2022 08:55 AM
Dah 5 tahun duduk dpn penjara tak oenahbtahu ada serbis mcm ni
Quote laksmanabentan 7-4-2022 08:59 AM
hungryhenry replied at 7-4-2022 08:55 AM
Dah 5 tahun duduk dpn penjara tak oenahbtahu ada serbis mcm ni

hahahahaha...... keji tau ko kak... tak pandang pun kan penjara tu...
sipi2 jer ko jeling kann sebab tu ko tak tahu kann...
hahahahhahaa....
Quote kechikchomel 7-4-2022 09:06 AM
kalau tak silap la, dorang buat keje ni pun dapat gaji/upah kan? nanti dorg keluar penjara ada la duit.
tetiba teringat Prison Playbook. Je-hyuk jadi leader bengkel kerja kayu, terus drop bengkel tu.
Quote bottombikini 7-4-2022 09:25 AM
bagus lah boleh bantu penjara + ada gak duit poket
apa tak bagitau kat public
ke aku je yg ketinggalan
Quote makadek 7-4-2022 09:50 AM
Adik putera jamaica pn oder bju kt penjara baju nikah
Quote Joysparta 7-4-2022 09:53 AM
Edited by Joysparta at 7-4-2022 09:55 AM

pernah ada lawatan dlm penjara tu...bukan jahit baju je...dorg buat mcm2 ..kuih raya..kraftangan..canting batik pun ada..jangan pandang org sebelah mata uolsss...
Quote Joysparta 7-4-2022 09:53 AM
pernah ada lawatan dlm penjara tu...bukan jahit baju je...dorg buat mcm2 ..kuih raya. kraftangan...canting batik pun ada..jangan pandang org sebelah mata uolsss...
Quote renko 7-4-2022 09:55 AM
apa barang pakai baju cap penjara
kata budak2 ootd nnt
paling2 pun eL-aR
barulah hipster
Quote helicornia 7-4-2022 10:42 AM
iols penah beli kuih raya dr penjara kajang
murah sikit dr harga kt luar
Quote Suchi 7-4-2022 10:45 AM
Tahu pasal ni tapi tak penah pun upah huhu sbb beli baju ready made je.
Jap dorang amik tak kalau utk alter? Nk bekki zip ngn pendekkan lengan baju anak. Pendekkan tak perlu potong cuma jahit je nnt boleh tetas balik bila dia makin tinggi.
Quote Suchi 7-4-2022 10:49 AM
helicornia replied at 7-4-2022 10:42 AM
iols penah beli kuih raya dr penjara kajang
murah sikit dr harga kt luar

Tart nenas dorang sedap tak?dorang jual kat mana ade bukak booth ke depan tu?
Kalau sedap leh g beli maklumla tak jauh kan huhu
Quote helicornia 7-4-2022 10:55 AM
Suchi replied at 7-4-2022 10:49 AM
Tart nenas dorang sedap tak?dorang jual kat mana ade bukak booth ke depan tu?
Kalau sedap leh g be ...

i tak beli tart nenas.beli biskut lain
dlm kawasan penjara tu ada kedai. masuk kt guard bagitau nak beli barang dia bagi masuk
area kedai tu bukan betul2 dalam penjara, tapi mcm ofis gitu la
Quote MarryPottet 7-4-2022 11:08 AM
Long b4 covid dah pernah beli macam2 raya kukis dia
Kawan yg ambikkan order & pi tolong beli
Sedap & cantik2 buatan kukisnya
Pastu dulu kat mydin pun ada jual frozen food made by inmates. Karipap pusing inti daging terpaling sedap
Aku kalau jumpa produk buatan inmates InshaaAllah akan beli sebab terpelihara kualitinya disamping hajat nak sokong usaha mereka dapatkan income
Quote dekmieDandy 7-4-2022 11:36 AM
dekat penjara bentong dulu pernah beli diorang punya pastry, sedap!

lepas covid ni tak tahu lar ada lagi ke tak kedai diorang tu
Quote mejaputih 7-4-2022 11:40 AM
helicornia replied at 7-4-2022 10:55 AM
i tak beli tart nenas.beli biskut lain
dlm kawasan penjara tu ada kedai. masuk kt guard bagitau na ...

ni penjara kajang ke? kot iols nk singgah beli kuih raya bila amik anak dari asrama dkt2 raya nanti.
Quote mejaputih 7-4-2022 11:44 AM
oh baru nampak iklan di kat artikel atas..nnt nk try message la kot ada kerepek ke...
Quote mizruncing 7-4-2022 12:02 PM
dah viral ni confirm beratur nanti

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.050875 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top