CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Iddah Pun Belum Habis Lagi," - Shila Amzah Mohon Ruang Fokus Diri

11-3-2022 11:21 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6220| Komen: 58|Original author: Tatod

Description: Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu iaitu Shila Amzah memohon agar dirinya diberikan ruang untuk untuk fokus pada dirinya sendiri serta menjadi ibu yang baik buat anaknya, Se ...
Sumber The Star


Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu iaitu Shila Amzah memohon agar dirinya diberikan ruang untuk untuk fokus pada dirinya sendiri serta menjadi ibu yang baik buat anaknya, Seth Uwais.

Menerusi Instagram, selebriti yang turut mencipta nama di negara  China itu mengakui dirinya belum sembuh daripada kekecewaan akibat keruntuhan rumah tangganya.

"Saya masih belum sembuh. Fokus saya satu-satunya adalah untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Seth dan segala yang lain bukan keutamaan saya.



"Kesediaan untuk memulakan apa pun dengan siapa pun, memang jauh lagi dan tiada. 

"Sebagai seorang wanita, saya bersyukur  atas segala doa yang baik-baik," katanya.

Wanita berusia 32 tahun itu mengakui suatu ketika dahulu sering kali terasa hati dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Bagaimanapun, seiring peningkatan usia, Shila tidak lagi ambil peduli dengan apa saja yang diperkatakan oleh orang sekeliling.




"Dikala muda, saya selalu cepat terguris dengan perkara negatif. Apa yang orang cakap dan tulis. Apa saja yang berbaur negatif, saya cepat tersinggung. Tetapi, tahun demi tahun, saya menyedari ia adalah perkara paling bodoh. 

"Saya okay sahaja. Tapi, kalau kalian okay dengan saya, tolong berikan saya ruang. Selepas bercerai, iddah pun beli habis lagi. 

"Ini adalah kali pertama saya fokus pada diri sendiri. Seumur hidup memang saya berikan diri saya sepenuhnya hanya untuk orang lain," katanya yang masih menikmati kejayaannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36.


Terdahulu, Shila Amzah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. 

Bagaimanapun, mahligai yang dibina selama empat tahun itu terlerai pada Februari lalu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 11-3-2022 12:07 PM
Kali ni bijak statement dia..keep it up
Quote winky1 11-3-2022 12:27 PM
Betul lah tu..pak nya .
Quote babycc 11-3-2022 12:34 PM
Ayat last tu.. sesuatu
Quote asamfish 11-3-2022 12:37 PM
"Ini adalah kali pertama saya fokus pada diri sendiri. Seumur hidup memang saya berikan diri saya sepenuhnya hanya untuk orang lain," katanya yang masih menikmati kejayaannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36

Dalam maksud kata2 dia tu.  Kiranya kali ni dia nak on her own.  Satu hint utk her family juga.
Quote 3chanceno 11-3-2022 12:42 PM
Syabas Shila kasi komen yg professional & berhemah
Quote cik_ingeniare 11-3-2022 12:44 PM
Keep it up girl!!!
Quote lyshafull 11-3-2022 12:58 PM
Take noted nenaz and cada and pak nye . biar la xila ni tntukan hidup dh besar dh pun kalo dia gagal tu pilihan dia … biar dia bangkit dr kegagalan bukn nk inertframe tumpang populariti
Quote Normabaru 11-3-2022 01:02 PM
Ko nk ckp psl Kes fitnah yg ko blagak dgn reputss hujung2 ko kalah pastu semua media boikot ko ke
Quote nawtylulu 11-3-2022 02:06 PM
kesian die.. at last terluah gk ape yg die ptot luah. biarlah die pulak tntukn ape die nk dlm hdup die. fam pon sudah2 lak nk decide sume bnde utk die.
Quote nolya 11-3-2022 02:43 PM
Mulut tempayan bolehlah ditutup, mulut manusia faham2 aje le. Segala keterujaan dn kepahitan hidup adalah sebuah taqdir yg harus dilalui dn direnungi sbg satu pengajaran dn ingatan. Langkah seterusnya ialah menjadikan pengalaman sbg satu pedoman agar pisang tidak berbuah dua kali. Mulailah langkah dgn Bismillah, IsyaAllah tak akan tersalah tingkah.
Quote kuchenta_81 11-3-2022 02:54 PM
asamfish replied at 11-3-2022 12:37 PM
"Ini adalah kali pertama saya fokus pada diri sendiri. Seumur hidup memang saya berikan diri saya se ...

Paknya udah bayo ke hutang Den Wahab? Kesian juga bila baca dia ni mcm sandaran keluarga
Quote kepompong 11-3-2022 03:04 PM
kuchenta_81 replied at 11-3-2022 02:54 PM
Paknya udah bayo ke hutang Den Wahab? Kesian juga bila baca dia ni mcm sandaran keluarga

dulu (arwah) sarah pun sama …. baca citer dia clash dgn tunang dia, ayat2 dia macam sedih sgt. apehal plak dia kena tanggung SEMUA ahli keluarga.. tapi akhirnya meninggal. Dah meninggal mak tiri plak mencapub pakai acc socmed dia

apa retis2 zaman dedulu mmg jenis tak reti nak jaga keluarga & diri sendiri ke
Quote Myhappyending 11-3-2022 03:04 PM
Yaqin nya bju merah tu
Quote kepompong 11-3-2022 03:08 PM
edah tak abes mmg boleh keluar2 nyanyi. Alasan bekerja? sorry i tak faham sgt pasal edah2 ni. i belum pernah lalui edah. i bukan dlm edah pun dah macam edah , tak mekap, baju kaler dull, tak keluar sgt terperap je dlm rumah (if ditakdirkan terpaksa edah let’s say hb meninggal… dah prektis dulu)
Quote ais_kosong 11-3-2022 03:12 PM
Betul.. biar dia cari kebahagian dia sendiri. Tak payah nak mencapub kat media social
even though kau family. Group whatsapps xda ke? Shanaz usik ke tweet apa or dia balas balik ke apa biarlah.. Masing2 pun ada priority masing2 dah.
Quote umbut 11-3-2022 03:27 PM
Shila dah cantikkkk cuma perlu kuruskan badan kasi slim sikit takpalah shila.. Love yourself.
If you love someone let them go.. If they return to you.. It was meant to be
Gitewww falsafahnya
Quote Aikiko 11-3-2022 03:53 PM
kepompong replied at 11-3-2022 03:08 PM
edah tak abes mmg boleh keluar2 nyanyi. Alasan bekerja? sorry i tak faham sgt pasal edah2 ni. i belu ...

Tulah sepatutnya kalau dlm iddah mmg tak boleh keluar rumah
Dia dah menyanyi dah have fun atas pentas tu
Ustaz or ustazah boleh bagi komen tak atas shila ni??
Klau tak mention tgah dlm iddah org pun tak ingat sheols dah divorced
Quote akies 11-3-2022 03:59 PM
Ya betul..beri dia ruang.. bina kekuatan
dan cari kebahagiaan sendiri
Quote sukacactus 11-3-2022 04:03 PM
Nampak bijak plak statement dia
Be strong ya

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.670406 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top