CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 Selebriti Ini Dari Golongan 'Kayangan' Namun Memilih Hidup Sederhana

2-3-2022 05:48 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 23730| Komen: 210|Original author: Cinta Erina

Description: Jarang sekali kita mendengar selebriti yang berasal daripada keluarga kaya-raya namun tidak inginkan populariti. Nama-nama mereka sering didengari dan menjadi headline namun mereka merahsiakan perihal ...

Sumber: Google Image

Jarang sekali kita mendengar selebriti yang berasal daripada keluarga kaya-raya namun tidak inginkan populariti. Nama-nama mereka sering didengari dan menjadi headline namun mereka merahsiakan perihal keluarga mereka.

Mereka ini bukan sahaja popular tetapi juga memiliki latar belakang keluarga yang hebat daripada tokoh seni dan korporat dan boleh dijadikan inspirasi buat kita semua.

Mari kita kenali selebriti-selebriti ini. 

1. PU Riz 

Sumber: Instagram Haris Ismail

Nama sebenar Muhamad Haris bin Mohd Ismail tetapi lebih dikenali sebagai Pu Riz adalah seorang pendakwah bebas dan juga seorang pelakon yang mula aktif dalam industri seni sejak tahun 2016.

Mesti ramai di antara kita yang tidak menyangka bahawa PU Riz lahir dari keluarga yang kaya. Bapa PU Riz iaitu Dato Sri Ismail Norbat adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan juga berjawatan sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif Andaraya. 

Sumber: Google Image

Tetapi, keluarga PU Riz lebih memilih untuk hidup secara sederhana. Mereka tidak mahu dikenali dan sangat merendah diri. Perkara ini turut diceritakan oleh seorang produser iaitu Datuk Ayu Puteh yang mengenali keluarga PU Riz lebih 15 tahun.

2. Ismail Izzani

Sumber: Instagram Ismal Izzani

Ismail Izzani Zainal Nazeri merupakan seorang selebriti yang berbakat besar dalam dunia nyanyian. Ismail Izzani mula mencipta namanya ketika dia berusia 17 tahun. Salah satu lagunya iaitu Sabar pernah menjadi satu fenomena satu ketika dulu. 

Untuk pengetahuan semua, Ismail merupakan anak kepada penyanyi veteran tahun 1980-an iaitu Datin Suliza Salam. Jadi, tidak hairanlah dia juga mempunyai suara yang hebat seperti ibunya.

Sumber: Google Image

Bapa Ismail Izzani iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainudin merupakan seorang usahawan yang pernah menerbitkan filem Pelumba Malam pada tahun 1989.

3. Miera Liyana 

Sumber: Google Image

Selebriti yang dikenali sebagai Miera Liyana ini pun tidak kurang hebatnya. Miera merupakan anak kepada pasangan ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat dan Datin Seri Aishah Abdullah. 

Miera sememangnya dilahirkan di dalam dulang emas. Tentu sekali gadis yang berumur 29 tahun ini dilimpahi dengan kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya. 

Walaupun lahir dalam keluarga yang dikatakan level 'kayangan', Miera ialah seorang yang sangat merendah diri. Dia juga tidak pernah sombong dan bermegah-megah dengan latar belakang keluarganya yang kaya-raya. 

4. Yuna Zarai 

Sumber: Google Image

Yuna Zarai atau nama penuhnya, Yunalis binti Mat Zarai merupakan seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang kini membina nama di peringkat antarabangsa.  

Lagu-lagunya yang berunsur rock indie sering kali menghiasa industri muzik negara kita. Yuna juga pernah berkolaborasi dengan Usher dalam lagu yang bertajuk Crush. 

Sumber: Google Image

Mesti kita sangka bahawa Yuna juga dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya. Untuk pengetahuan semua, bapa Yuna iaitu Dato' Mat Zarai adalah penasihat undang-undang semasa bertugas di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru dan ibunya merupakan seorang guru subjek kimia. 

Sungguh tidak sangka selebriti-selebriti ini datang dari keluarga berada. Mereka nampak begitu merendah diri dan tidak sombong, malah tidak pernah menceritakan tentang kekayaan keluarga mereka. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 2-3-2022 06:03 PM
Puriz tu betul ke kaya? Sbb katanya prada pon xpernah pakai miera liyana xsangka ank dato seri sbb she x classy masa awal2 muncul dlu
Quote doubleA 2-3-2022 06:08 PM
Benak detected. Awat tak list liza hanim, dafi anak piyem tu
Quote cmf_shya 2-3-2022 06:17 PM
Melugai..cmtue ko kata kaya..ohh please la..nk mntah..tue bukan hidup sederhana..tue kaya so so ja tuan tanah oiii..
Quote MatDeghem 2-3-2022 06:21 PM



Shazrina binti Azman (born 1 July 1980), who is known as Mizz Nina, is a Malaysian fashion designer, motivational speaker, television personality, humanitarian and the co-founder of Dopstv, an Islamic lifestyle channel. She is also a former musician, singer-songwriter, rapper and dancer.

In 2013, she performed Hajj with her husband, Noh Salleh (from Malaysian indie band Hujan) and family, which transformed her life. She began fully practising Islam and wearing the hijab as her way of expressing her love and her dedication for the Deen.

Since then she has returned to studying and has been invited to numerous forums and events to give motivational talks and sharing sessions. She is also an ambassador and influencer for a number of brands.

In 2016, Mizz Nina and her two partners; founded the Islamic lifestyle channel called DOPS (Deen of Peace Studios) TV Sdn Bhd and has a number of successful TV series and talk shows under her belt. She has also committed to sharing and giving back by collaborating with numerous organisations to help the underprivileged such as Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa and Into Taqwa Malaysia.

Azman Hashim
Businessperson
Azman bin Hashim, AO, is a Malaysian investor who is one of the richest people in Malaysia and his net worth is estimated by Forbes to be US$600 million, making him the 9th richest person in Malaysia. Wikipedia

Quote MatDeghem 2-3-2022 06:22 PM
tuan tanah hanya kenal Pak ostad hajjah dan SSKJP hajjah

Quote jihyomelly 2-3-2022 06:24 PM
MatDeghem replied at 2-3-2022 06:21 PM
Shazrina binti Azman (born 1 July 1980), who is known as Mizz Nina, is a Malaysian fashion design ...

yg. ni betul kayangan & low profile lagi..no doubt!
Quote nakkomenjugak 2-3-2022 06:25 PM
Iol hanya cucu datuk di kampung jahhhh
Quote MatDeghem 2-3-2022 06:25 PM




Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Jawi: إسماعيل صبري بن يعقوب; born 18 January 1960) is a Malaysian politician who has served as the ninth Prime Minister of Malaysia since August 2021.[1]


Quote holothurian 2-3-2022 06:27 PM
MatDeghem replied at 2-3-2022 06:21 PM
Shazrina binti Azman (born 1 July 1980), who is known as Mizz Nina, is a Malaysian fashion design ...

yang ini baru betul level kayangan... lahir dari dulang emassssssss...
Quote Cekla 2-3-2022 06:27 PM
anony-mous replied at 2-3-2022 06:03 PM
Puriz tu betul ke kaya? Sbb katanya prada pon xpernah pakai  miera liyana xsangka ank dato seri sb ...

adik piyu pun pakai handbag fake..takat gred AA sajorkkk...ko raseeee
siap jual preloved lagi tuh

Quote missbigrockstar 2-3-2022 06:30 PM
Kenapa aku rasa sorang pun yg TT senaraikan tak fit the requirement or qualify, kecuali Miss nina?
Quote Nozot 2-3-2022 06:38 PM
Hahahahahah..yang buka thread nie tak buat kajian betul - betul ke sebelum buka thread. Nampak macam ina sohai yang tulis..aku rasa nabil suami ayda tu lagi kaya family dia dari purizm.haiyooo...
Quote heythere123 2-3-2022 06:41 PM
PU Riz tu iols sangsi la level kayangan. Better takyah letak, buat malu je kalau salah.

Si Mail tu bukan kaya yang kayangan. Just org berada je rasanya.

Miera Liyana tu iols baru tahu dia anak orka tapi kayangan ke?

Baik la letak Mizz Nina, macam yg forumer cadang tu. Pastu usaha la lebih sikit cari nama2 lain lagi.

Kalau letak title anak org berada okay la kot tajuknya. “Kayangan” tu macam over pulak
Quote heythere123 2-3-2022 06:42 PM
missbigrockstar replied at 2-3-2022 06:30 PM
Kenapa aku rasa sorang pun yg TT senaraikan tak fit the requirement or qualify, kecuali Miss nina?

kan? setakat anak org berada boleh la. Kayangan ni macam tak sesuai.
Quote selipar_hijau 2-3-2022 06:42 PM
Sohai tak masuk ke? Bkn level kayangan agong ke dia tu?
Quote Nozot 2-3-2022 06:42 PM
missbigrockstar replied at 2-3-2022 06:30 PM
Kenapa aku rasa sorang pun yg TT senaraikan tak fit the requirement or qualify, kecuali Miss nina?

Kan..sama la .setakat mail zani, miera , yuna, puriz, bukan kayangan, t20 yang biasa - biasa..tahap marhaein..tahap kayang tu macam naza clan, vincent tab, miz nina tu mmg legit kayangan
Quote heythere123 2-3-2022 06:42 PM
doubleA replied at 2-3-2022 06:08 PM
Benak detected. Awat tak list liza hanim, dafi anak piyem tu

liza hanim anak orka ke? i baru tahu la kalau gitu
Quote tatod 2-3-2022 06:44 PM
Najwa Mahiaddin, Dira Abu Zahar masuk carta ni tak?
Quote heythere123 2-3-2022 06:45 PM
Nozot replied at 2-3-2022 06:42 PM
Kan..sama la .setakat mail zani, miera , yuna, puriz, bukan kayangan, t20 yang biasa - biasa..taha ...

i tengok dia  letak si puyu tu dalam golongan kayangan i dah bengong kejap.

Jangan malas plis TT, buat artikel tu biarla kena dengan tajuk

Lihat semua komen(210)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.082419 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top