CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapalah Sekarang Nak Tercabut," Tapak Kasut Tercabut, Bonda Rozita Malu Nak Masuk Dalam Dewan

23-2-2022 03:42 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2854| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Description: Bonda Rozita terkenal dengan keperibadiannya yang ramah dan merendah diri. Walaupun Bonda merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia, namun, dia tidak pernah sombong.
Sumber: Instagram Bonda Rozita


Bonda Rozita terkenal dengan keperibadiannya yang ramah dan merendah diri. Walaupun Bonda merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia, namun, dia tidak pernah sombong. 

Baru-baru ini Bonda telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya. Kelihatan Bonda sedang menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak rakannya. Semasa pergi ke majlis itu, Bonda telah memakai kasut yang telah lama tidak digunakan. Disebabkan itu tapak kasut tersebut tiba-tiba lekang semasa Bonda sampai ke majlis.


Kebetulan pada hari itu, Bonda tidak membawa kasut lain yang dapat digantikan. Pada mulanya Bonda malu untuk masuk ke majlis itu, tetapi lepas dipujuk oleh rakannya, maka Bonda pun bersua muka dengan pengantin di dalam bilik khas jemputan tanpa memakai kasut. Nasib baik jubah Bonda agak labuh, boleh cover line. 

Sumber: Instagram Bonda Rozita

Mesti ramai di antara kita yang pernah menghadapi situasi ini? Kalau mengimbau kembali pasti nak tergelak. 

Bonda juga mengatakan dia 'kampung people' kerana tidak suka berbelanja secara berlebihan. Bonda jarang keluar untuk membeli kasut atau baju. Bila lama tak shopping kasut, inilah yang terjadi...

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka juga pernah berada di situati ini. Ada juga netizen yang mengatakan ini ialah kenangan lucu yang selamanya akan diingati sampai bila-bila. -CARI

Sumber: Instagram Bonda Rozita


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 23-2-2022 04:14 PM
errrr kasut?? bukan branded punyer?? no komen
Quote elzy 23-2-2022 04:20 PM
Bonda kan selalu pakai branded sebab Ida & Kri beli, kasut yang tercabut ni brand apa?
Kasut branded simpan lama boleh tertanggal kaa? Saya tanya sebab tak tahu dan takde kasut branded..
Quote seri_mawr 23-2-2022 04:20 PM
jubah labuh xpe...x pakai kasut....

dulu amisha patel kaki ayam terus kat sunway tu....filem apa entah...hahahha
Quote hashashes 23-2-2022 05:01 PM
Patut la aku belum kaya macam dia, petua dia benci g shopping mall rupanya. Baiklah2
Quote Normabaru 23-2-2022 09:33 PM
Xhabis2 MO konon humble konon xsuka duniawi konon sume ank bg

Sambil humble brag sambil hadap pujian



Boooo
Quote Perawankota 24-2-2022 12:29 AM
Aku beli sandal ratus2 je, tapi bila lama x pakai, memang tercabut tapak.. Tapi dorg ni mesti pakai designer wear punya kasut yg ribu2, tak tau lah klu cepat tercabut jugak tapak..
Quote AcikBuncit 24-2-2022 01:59 AM
Kasut memang semahal mana pun, kalau ko lama xpakai, dia akan rosak. Tekstur atau bdn dia. Melainkn ko jaga elok letak kat rak khas, dalam kotak, letak gel kasut tu. Tu ok tahan. Macam otak la, lama xpakai kan jadi bangang...
Quote Acun 28-2-2022 09:40 AM
Normabaru replied at 23-2-2022 09:33 PM
Xhabis2 MO konon humble konon xsuka duniawi konon sume ank bg

Sambil humble brag sambil hadap pujia ...

poyo la bonda rozita ni kan
Quote Paris19 3-3-2022 01:19 AM
Beli je lah baru..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056769 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top