CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Bayar Iklan RM38,172 Demi Cari Kucing Hilang

27-1-2022 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1034| Komen: 6

Description: Phuket – Seorang wanita Jepun dilaporkan membayar lebih 300,000 baht (RM38,172) untuk memasang papan-papan iklan di bandar Phuket bagi mencari dua kucingnya yang hilang sejak November tahun lalu, lap ...
Phuket – Seorang wanita Jepun dilaporkan membayar lebih 300,000 baht (RM38,172) untuk memasang papan-papan iklan di bandar Phuket bagi mencari dua kucingnya yang hilang sejak November tahun lalu, lapor laman berita Thaiger.


Menurut wanita yang ingin digelar Kim itu, sesiapa yang menemukan dua kucingnya akan diberi ganjaran sebanyak 30,000 baht (RM3,817) setiap seekor.

Pekerja wanita itu yang berasal dari Thailand, May berkongsi kepada wartawan bahawa majikannya mengimport empat kucing dari Jepun ke Thailand. 


Foto: Thaiger

Pada suatu hari, penghantar barang terlupa menutup pintu sangkar lalu menyebabkan dua kucing terlepas.


Seekor kucing jantan berusia lima tahun bernama Goma dan seekor lagi kucing betina berusia enam tahun bernama Tama.

Kim dikatakan mempunyai hubungan rapat dan selalu menangis sejak kehilangan dua kucing tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 27-1-2022 02:32 PM
Kaye apedehal..
Quote musangbodoh 27-1-2022 02:51 PM
dh jd kucing masak kicap
Quote namr 27-1-2022 03:58 PM
Aduh, mesti sayang mcm anak sendiri
Quote Artemesiaa 27-1-2022 04:31 PM
Dah sayang apa pun sanggup dilakukan
Quote pasa 27-1-2022 04:50 PM
anjing dan kucing pun ada manusia makan buat lauk. ummah manalah yg makan kucing kat thailand ni ye?
Quote mejaputih 27-1-2022 04:54 PM
comel2 sgt kucing dia...kalau iols pun nangis

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.044626 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top