CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bella Hadid Jadi Perhatian Gayakan Rantai Leher Perkataan 'Palestine'.

20-1-2022 01:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2020| Komen: 9|Original author: Tatod

Description: Baru-baru ini, supermodel Bella Hadid menjadi perhatian, bukan kerana pilihan fesyennya tetapi aksesori yang melengkapi penampilan wanita itu.Hadid dilihat berada di West Hollywood bersama abangnya, A ...

Baru-baru ini, supermodel Bella Hadid menjadi perhatian, bukan kerana pilihan fesyennya tetapi aksesori yang melengkapi penampilan wanita itu.

Hadid dilihat berada di West Hollywood bersama abangnya, Anwar bersama-sama beberapa rakan mereka.

Pada waktu itu, Hadid memakai gaun pendek berwarna coklat dipadankan dengan but putih paras lutut. Namun, rantai leher berunsurkan politik tertera perkataan 'Palestine' menarik perhatian orang ramai.


Memetik laporan Wionews.com, ini bukanlah kali pertama anak kepada Mohamed Hadid, secara terang-terangan menyatakan sokongannya terhadap rakyat Palestin.

Pertengahan Mei 2021, ketika tercetusnya perang antara Palestin Israel, Hadid memuat naik koleksi gambar dan video di Instagram memaparkan dia berjalan di Bay Ridge, Brooklyn dengan beberapa orang lain memegang bendera pro-Palestin.


Bagaimanpun, bukanlah sesuatu yang pelik melihat wanita itu memakai rantai leher berkenaan kerana Hadid berketurunan Arab dan Palestin adalah tempat asal ayahnya. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 20-1-2022 03:29 PM
So dia ni Islam ka liberal?
Quote apedehal 23-1-2022 07:10 PM
She's just proud to born as half palestine..bukan proud of religion pun. Tp bagusnya dia ni xtakut nk ig pasal palestin & xmalu pun tunjuk pasal heritage dia..xmcm gigi.
Quote apedehal 23-1-2022 07:12 PM
orkid_amani replied at 20-1-2022 03:29 PM
So dia ni Islam ka liberal?

Aku rsa dia muslim, ikut agama paknya tp liberal.aku rasa la..nk ckp lebih2 pun bukannya dia bagitahu religion dia apa
Quote orkid_amani 23-1-2022 09:01 PM
apedehal replied at 23-1-2022 07:12 PM
Aku rsa dia muslim, ikut agama paknya tp liberal.aku rasa la..nk ckp lebih2 pun bukannya dia bagit ...

Ooh yaa ka Muslim..tapi lebih western dari org barat.. hahaha.. unntooonggg dia tak dok kat Msia ja .tidak 24/7 kena CERCA dgn nerakazen
Quote blakerainer 23-1-2022 09:03 PM
apedehal replied at 23-1-2022 07:12 PM
Aku rsa dia muslim, ikut agama paknya tp liberal.aku rasa la..nk ckp lebih2 pun bukannya dia bagit ...

Bella ngaku dia Muslim tp tgk lifestyle dia non practice. Yg u cakap psl gigi tu pun betul, gigi tu  kalau ada org provoke je baru nk keluar statement bagai.
Quote beatgirlX 24-1-2022 09:25 AM
Kat sana Muslim pun dah x rupa dah...sekadar agama je bg diaorg
Quote dekmieDandy 24-1-2022 10:17 AM
orkid_amani replied at 20-1-2022 07:29 AM
So dia ni Islam ka liberal?

non-practicing muslim kot, sama mcm rapper ice cube and dj khalid
Quote Shazid 24-1-2022 03:10 PM
Lainnya muka die dlm gmbr tu....risau tgk
Quote orkid_amani 24-1-2022 03:24 PM
dekmieDandy replied at 24-1-2022 10:17 AM
non-practicing muslim kot, sama mcm rapper ice cube and dj khalid

Ooh ya la..harap2 one fine day dia jumpak hidayah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.047292 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top