CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berfikir Luar Kotak, Tindakan Bijak Ayah Ini Tak Terjangkau Dek Akal Ajar Perokok Tak Endah Teguran

15-1-2022 08:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3169| Komen: 27

Description: Berfikir Luar Kotak, Tindakan Bijak Ayah Ini Tak Terjangkau Dek Akal Ajar Perokok Tak Endah Teguran

Larangan merokok di tempat makan masih berkuatkuasa, namun masih ada segelintir pelanggan merokok yang buat-buat lupa- macam tiada rasa bersalah pula bila asap itu berterbangan ke meja bersebelahan.

Sesungguhnya bau hembusan asap rokok yang terkandung kira-kira 4,000 bahan kimia beracun yang memenuhi ruang udara di mana-mana sahaja termasuk di kedai makan mampu merosakkan mood sesiapa sahaja yang tidak merokok.

Kejadian serupa dikongsi Eddie Dieana menerusi hantaran Facebooknya.


“Bro, kalau nak hisap rokok.
Boleh isap jauh sikit tak?
asap rokok kena dekat anak-anak aku lah.”

Malangnya teguran lelaki berkenaan tidak diendahkan dan dijawab dengan angkuh.

“Aku isap rokok dekat meja aku je.
Tak ada kaitan pun dengan meja makan kau. Kalau kau tak boleh nak bau, kau pindahlah meja lain”

Merasa kecewa dengan jawapan perokok itu, lelaki tadi berlalu pergi sambil namun masih tidak berpuas hati.


Agak terkejut dengan tindakan lelaki itu, perokok seraya berkata, “Huish, selekeh. Taik pun letak atas meja.”

“Ini meja makan aku. Tak ada kaitan dengan meja kau. Kalau kau tak boleh tengok kau pindah meja lain,” jawab abang tersebut.

Akhirnya perokok pindah ke meja lain - meja paling hujung dalam kedai makan tu sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Menurut Eddie yang agak terkejut dengan tindakan luar jangka lelaki berkenaan, hanya mampu tersenyum tanda setuju dengan tindakan tersebut. Eddie sangkakan lelaki itu yang akan berpindah ke meja lain tapi sebaliknya yang berlaku.

Sebagai info, kerajaan masih lagi melaksanakan peraturan larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka termasuk menggiatkan aspek penguatkuasaannya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata sehubungan itu orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan kepada anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan jika melihat adanya individu yang melanggar peraturan terbabit.

Kredit foto - Berita Harian

Seperti pelaksanaan undang-undang lain, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dan tidak ada seorang pun terkecuali, begitu juga dengan larangan merokok di mana kita tidak boleh bersandar sepenuhnya pada bahu pihak berwajib semata-mata.

Lagipun bukannya sukar. Nampak, terus lapor di mana aduan boleh dikemukakan dengan dua cara sama ada menerusi panggilan telefon di talian 03-88924530 ataupun aplikasi WhatsApp/Telegram/pesanan khidmat ringkas (SMS) melalui nombor 010-8608949.

Atau sekiranya anda lebih berani, anda juga boleh memilih untuk melakukan tindakan bijak seperti lelaki tadi tapi lakukannya atas risiko sendiri. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 15-1-2022 10:01 AM
Ok iols takde anak pakai pampers so mungkin boleh cuba letak pad di kala bulan mengambang.
Quote Rapz 15-1-2022 10:41 AM
pxlbb replied at 15-1-2022 10:01 AM
Ok iols takde anak pakai pampers so mungkin boleh cuba letak pad di kala bulan mengambang.

Bole beli fake poop kat shopee,agak2 npk perokok nk mula menghisap letakkan je dkat atas meja kasi dia npk....tau2 je pusing tgk dia da angkat kaki pindah lain meja.....Hahahahaha!




Quote Adrif 15-1-2022 02:50 PM
benci dengan perokok dengan orang isap vape ni

kadang2 macam takde adab, suka2 je hembus asap. aku dah la semput

sakit gila kalau terbau asap rokok dengan vape ni.

sesak nafas. memang betul2 sesak, tak boleh tarik nafas. rasa macam tersekat. ada masa rasa nak nangis tiba2 takleh nafas. ada inhaler tapi takleh sedut apa gunanya

perokok dengan orang hisap vape ni ntah2 satu hari nanti bunuh aku  
Quote hareeeesah 15-1-2022 03:16 PM
Tokey kedai sama lahnet patut saman baru ada akal.. takut sgt nak ckp customer yg merokok suruh pi dok hujung jauh..
Quote umbut 15-1-2022 05:18 PM
Hasanahhhh
Quote BartholomewKuma 15-1-2022 10:08 PM
Buka caya la cita ni? Supa dongeng
Quote Carcosa 15-1-2022 11:49 PM
Mcm Hasanahtulazi je cerita ni  
Quote Jitu 16-1-2022 12:16 AM
menarik cerita rekaan ni
Quote gideoncross 16-1-2022 02:17 PM
BartholomewKuma replied at 15-1-2022 10:08 PM
Buka caya la cita ni? Supa dongeng

Konfem dongeng, siapa yg snggup nak tnjukkn bnda camtu kat public? Lollll.
Quote krustykrab 16-1-2022 02:37 PM
Mcm citer hasanah je
Quote krustykrab 16-1-2022 02:39 PM
Adrif replied at 15-1-2022 02:50 PM
benci dengan perokok dengan orang isap vape ni

kadang2 macam takde adab, suka2 je hembus asap. aku  ...

Pelik kan jantan melayu ni, padahal dh kluar fatwa haram merokok, tp aman2 je sapkok..mungkin diorg rasa tak masuk neraka kot sb neraka kan ramai pompuan..
Quote krustykrab 16-1-2022 02:40 PM
gideoncross replied at 16-1-2022 02:17 PM
Konfem dongeng, siapa yg snggup nak tnjukkn bnda camtu kat public? Lollll.

Bau taik tu je pun dh boleh buat 1 kedai loya
Quote Adrif 16-1-2022 10:55 PM
krustykrab replied at 16-1-2022 02:39 PM
Pelik kan jantan melayu ni, padahal dh kluar fatwa haram merokok, tp aman2 je sapkok..mungkin dior ...

aku jantan melayu yang dilahirkan semput dan tidak merokok mahupun vape
Quote krustykrab 16-1-2022 10:56 PM
Adrif replied at 16-1-2022 10:55 PM
aku jantan melayu yang dilahirkan semput dan tidak merokok mahupun vape

Opss sorry bro
Quote BartholomewKuma 17-1-2022 09:01 AM
gideoncross replied at 16-1-2022 02:17 PM
Konfem dongeng, siapa yg snggup nak tnjukkn bnda camtu kat public? Lollll.

Kan kan buka kot dalam kedai tu dia dengan hat si perokok tu ja. Hat orang lein pun dok ramai makan kot dalam kedai tu. Gamak ka hang nak pi buat lagu tu kan
Quote babelina 17-1-2022 09:50 AM
pxlbb: Ok iols takde anak pakai pampers so mungkin boleh cuba letak pad di kala bulan mengambang.


hahaha.. haiyooooooo... tp tu la.. kdg elok2 happy2.. kna asap rkk pening kepala x bole blah.. lg2 bila pns terik kt luar..

Quote Supersirap 17-1-2022 10:16 AM
Makin hari makin ramai perokok ni merokok di dalam kedai makan, macam tiada apa-apa je berlaku
Quote gideoncross 17-1-2022 10:53 AM
BartholomewKuma replied at 17-1-2022 09:01 AM
Kan kan buka kot dalam kedai tu dia dengan hat si perokok tu ja. Hat orang lein pun dok ramai maka ...

Certain Msians ni x thu lah knapa nak jdi Hasanah sngt, x boring ke?.
Quote gideoncross 17-1-2022 10:56 AM
Adrif replied at 16-1-2022 10:55 PM
aku jantan melayu yang dilahirkan semput dan tidak merokok mahupun vape

Smoga uol akn sembuh stu hri nnti, aiol xde semput tpi iol dpt rsakn yg semput ni mmg mnyusahkan.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053469 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top