CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dulu Ibu Tak Mampu" - Terpisah 30 Tahun, Doa Ibu Bertemu Anak Lelaki Termakbul

7-1-2022 02:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1895| Komen: 8|Original author: tatod

Description: Terpisah sejak 30 tahun lalu, doa seorang ibu memohon dipertemukan semula dengan anak lelakinya termakbul. Detik pertemuan dua insan itu diabadikan dalam bentuk video dan dimuat naik menerusi aplikasi ...


Terpisah sejak 30 tahun lalu, doa seorang ibu memohon dipertemukan semula dengan anak lelakinya termakbul. Detik pertemuan dua insan itu diabadikan dalam bentuk video dan dimuat naik menerusi aplikasi TikTok milik Ziela Bie Jalut yang juga kakak kandung pemuda berkenaan.

Mereka yang menonton rakaman itu pasti mengalirkan air mata apatah lagi apabila ibunya mengungkapkan rasa berdosa menyerahkannya kepada keluarga angkat. 

Bagaimanapun, pemuda berkenaan tidak menyalahkan ibunya apatah lagi keluarga angkat menjaganya dengan malahan memberikan didikan agama yang sempurna.



Menerusi ruangan komen, Ziela menjelaskan adiknya terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat berikutan kehidupan ibunya yang daif pada ketika itu. Mereka mengalami kesukaran untuk mencari adiknya kerana segala dokumen maklumat peribadi disimpan oleh keluarga angkat.

"Dulu, ibu tidak mampu menjaga semua anak-anaknya kerana kesukaran hidup tapi demi Allah, ibu tak jual anak. Satu sen pun ibu tak ambil. Mereka hanya bayar bil hospital dan ubat sahaja. Ibu serahkan adik kepada keluarga angkat di hospital tempat dia melahirkan adik. Kami cuba cari adik, tetapi ibu tidak mempunyai dokumen peribadi keluarga angkat.

"Hanya mereka sahaja yang dapat mencari ibu kerana surat hitam putih ada pada mereka. Saya tidak dapat ulas lebih banyak untuk menjaga hati ramai pihak. Paling penting ibu sudah bertemu semula dengan adik. Dulu, setiap malam dia menangis. Syukur Allah mengizinkan pertemuan itu," katanya.

Keinginan pemuda itu untuk bertemu dengan ibu kandungnya juga tercapai walaupun urusan untuk mendapatkan alamat terkini mereka agak rumit. Kata Ziela, ibu angkat adiknya yang digelar Makcu terpaksa pergi ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan menyerahkan salinan kad pengenalan ibunya, surat beranak adik serta surat hitam putih.



Walaupun pemuda itu sudah bertemu dengan keluarga kandungnya, apa yang menyedihkan, dia tidak sempat bertemu dengan ayah kandungnya. Abdul Mulop Abdul Latiff dikatakan meninggal dunia pada 3 Januari lalu. Adik Ziela hanya dapat menatap gambar ayah mereka sahaja. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 7-1-2022 04:08 PM
alhamdulillah rejeki awal tahun
Quote Artemesiaa 7-1-2022 05:16 PM
Syukurlah akhirnya bertemu
Quote acik79 7-1-2022 06:10 PM
Sedihnya… ayahnya baru meninggal 3 hari sebelum jumpa… z
Quote jazaa100 7-1-2022 06:44 PM
Yg salah kuarga angkat.....
Knp tak bg dia dokumen.....


Sedihnya ayah dia baru meninggal 3hari...
Klu 3thn tu tak rasa terkilan sgt
Quote norawestallen 7-1-2022 06:50 PM
Alhamdulillah dapat juga bertemu. Sedih jugak ya tak sempat jumpa ayah kandung
Quote Supersirap 9-1-2022 09:13 AM
Syukran, semoga perhubungan dua keluarga ini berkekalan sehingga infinity
Quote jerukkedondong 9-1-2022 04:53 PM
Alhmdulillah...jumpa keluarga kandung..
Makin ramai ahli keluarga..
Keluarga kandung dan keluarga angkat..
Raya tahun ni meriah lah kalau xde pkp..byk rumah boleh pergi beraya.
Boleh ziarah kubur abah..
Quote KamikuP 10-1-2022 12:51 PM
Jadi budak ni kira dapat le tuntut harta awrah ayah khennn?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067608 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top