CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara 12 Tahun Kahwin Bawah Umur Di Filipina

7-1-2022 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1257| Komen: 0

Description: Filipina semalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan larangan perkahwinan kanak-kanak.
Filipina semalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan larangan perkahwinan kanak-kanak.

Amalan perkahwinan kanak-kanak menyaksikan satu daripada enam gadis berkahwin sebelum umur 18 tahun.



Gambar hiasan/Rappler

Negara Asia Tenggara yang miskin itu mempunyai jumlah perkahwinan kanak-kanak ke-12 tertinggi di dunia, menurut kumpulan hak asasi Plan International yang berpangkalan di Britain, dengan amalan budaya yang dipegang sejak sekian lama dan ketidaksamaan jantina menghalang perubahan.

Namun, undang-undang baharu itu, ditandatangani oleh Presiden Rodrigo Duterte dan dikeluarkan kepada umum semalam, menetapkan hukuman penjara sehingga 12 tahun kerana berkahwin atau bersekedudukan dengan sesiapa di bawah umur 18 tahun.


Orang yang mengatur atau meraikan kesatuan bawah umur juga menghadapi hukuman yang sama.

"Negara memandang perkahwinan kanak-kanak sebagai satu amalan yang membentuk penderaan kanak-kanak kerana ia merendahkan, menjatuhkan, dan menghina nilai intrinsik dan maruah kanak-kanak," kata undang-undang itu.

Kerajaan berkata, undang-undang itu selaras dengan konvensyen antarabangsa mengenai hak wanita dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, beberapa bahagian undang-undang telah digantung selama setahun untuk membolehkan tempoh peralihan bagi orang Islam dan masyarakat orang asli di mana perkahwinan kanak-kanak adalah perkara biasa.


Kanak-kanak muslim di Filipina
Kredit foto: EPA

Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun lalu menyatakan lebih setengah bilion gadis dan wanita di seluruh dunia telah berkahwin pada zaman kanak-kanak, dengan kadar tertinggi ditemui di sub-Sahara Afrika dan Asia Selatan.

Namun, data baru-baru ini menunjukkan amalan itu secara puratanya menurun di seluruh dunia.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.112507 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top