CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maca S11 Carcopter, Kereta Terbang Perancis Berharga RM3.78 Juta

7-1-2022 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1960| Komen: 6

Description: Syarikat permulaan Perancis, Maca merancang untuk menguji `carcopter’ yang dibangunkan firmanya di sebuah litar lumba tahun ini.
Syarikat permulaan Perancis, Maca merancang untuk menguji `carcopter’ yang dibangunkan firmanya di sebuah litar lumba tahun ini. 


Kenderaan terbang yang dijana kuasa hidrogen itu dilaporkan bernilai hampir 665,000 pound (RM3.78 juta).   


Kredit foto: Maca Flight

Lapor Daily Mail, kenderaan mesra alam itu mampu mencapai kelajuan maksimum 249.4 kilometer sejam (km/j) sekali gus memberikan pengalaman seperti memandu kereta Formula One.         

Bagaimanapun, kenderaan terbang itu tidak menghasilkan sebarang pelepasan karbon dioksida (CO2) dan boleh dikitar semula sepenuhnya. 


Firma itu juga berharap agar carcopter dapat menggantikan kereta Formula One dalam bidang sukan.

Maca S11 Carcopter dilancarkan pada malam majlis pembukaan Pameran Elektronik Pengguna 2022 di Las Vegas.



Selain dilengkapi dengan tiga kipas berkuasa rendah, kenderaan itu mempunyai casis logam dan rangka diperbuat daripada karbon, linen dan kayu.  

Sementara itu, Maca memaklumkan carcopter itu akan berada di pasaran menjelang Jun tahun depan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 7-1-2022 03:44 PM
Fuhh futuristic.. design..
Quote musangbodoh 7-1-2022 08:10 PM
mcm dlm cite star wars pun ade

btw...terbaik
Quote intan244 8-1-2022 02:22 PM
akhirnya sampai zaman kereta terbang
berapa org boleh naik tu
Quote harizs 8-1-2022 02:47 PM
apa khabar kereta terbang Pakatan Harapan ye...   lawak gila & diketawakan semasa pameran prototype di Langkawi dulu
Quote Zack8hunter 8-1-2022 06:09 PM
so nk kira kategori drone juga la ala "so-called" kete terbang Malaysia suatu ketika dulu..
Quote noor2 8-1-2022 07:06 PM
Celah gigi menteri2 kita yg songlap duit je harga kereta ni.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061858 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top