CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cabutan Bertuah : Peserta Yang Sama Menang Ford Mustang, Ducati Panigale Cetus Tanda Tanya

8-1-2022 01:29 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9816| Komen: 81

Description: PETALING JAYA – Memenangi cabutan bertuah sudah pasti sesuatu yang dinanti-nanti oleh setiap peserta lebih-lebih lagi hadiahnya sangat lumayan.

Pemenang Ford Mustang dan Ducati Panigale didakwa dipilih dengan cara sama dalam majlis pada 2017. Kredit foto : Kosmo



PETALING JAYA – Memenangi cabutan bertuah sudah pasti sesuatu yang dinanti-nanti oleh setiap peserta lebih-lebih lagi hadiahnya sangat lumayan.

Hinggakan ada yang sanggup berhabis duit masuk peraduan cabutan bertuah berkali-kali semata-mata untuk mencuba nasib kerana jika menang sudah pasti "durian runtuh".

Namun keberuntungan seorang lelaki dari Johor yang memenangi cabutan bertuah sebuah kereta Ford Mustang pada satu pertandingan memancing baru-baru ini menjadi tanda tanya pada orang ramai, lapor Kosmo.

Ketika ini, ramai yang mendakwa kemenangan cabutan bertuah tersebut adalah dirancang apabila lelaki tersebut turut dikatakan dipilih seperti pemenang sebuah motosikal berkuasa tinggi pada tahun 2017.


Sebelum ini, kisah seorang pemenang motosikal Ducati Panigale 1199 pada satu acara permotoran di Pulau Pinang turut tular.

Pada tahun 2017, seorang lelaki telah memenangi cabutan bertuah Ducati itu pada satu acara permotoran, Motoday Penang 2017 turut dikatakan sebagai kroni penganjur.

Kemudian pada satu acara pertandingan memancing baru-baru ini, seorang lelaki bertuah berusia 24 tahun memenangi kereta mewah berjenama Ford Mustang yang didakwa dipilih secara sama.

Rata-rata orang ramai yang mendakwa kemenangan itu telah dirancang oleh penganjur telah mencari akaun yang ada kaitan dengan kemenangan itu nama Pakcik Kau telah dinyah aktif ketika ini.

“Tak tahu nak kata betul atau tidak, tapi kalau kita lihat pada gambar dan bukti-bukti yang ada ternyata benda ni betul.

“Malas nak tuduh tapi kalau betul telah dirancang harapnya penganjur tu bertaubatlah. Jangan cari keuntungan dengan cara macam ni,” jelas Redzuan Elias.

“Netizen sekarang sudah bijak, sekejap je orang tahu. Tambah-tambah acara ini besar. Katanya yuran untuk dapatkan nombor cabutan pun dah RM60.

“Kalau dikali dengan beribu manusia yang hadir memang untung sangat la penganjur. Orang pergi sebab letak hadiah cabutan yang mewah. Melayu cukup-cukuplah menipu,” jelas Saifullah Abdullah. 

Mungkin kah lelaki ini sememangnya seorang yang bertuah? Sama ada benar atau tidak dakwaan ini, harap pihak penganjur dapat memberi penjelasan sebenar. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayahmasihkuad 8-1-2022 02:30 AM
mungkin ini orang ada "ong" maa
Quote BungaTepiMeja 8-1-2022 03:16 AM
Masa buat lucky draw tu depan semua orang ke atau tiba2 keluar result?
Quote slyfynx 8-1-2022 04:59 AM
Netizen sekarang sudah bijak, sekejap je orang tahu. Tambah-tambah acara ini besar. Katanya yuran untuk dapatkan nombor cabutan pun dah RM60.


Kalau kene bayar bukan cabutan bertuah dah dik.
Tu judi namanye.
Quote dudaberhias 8-1-2022 05:04 AM
Sama je last contest2 dekat astro, dekat ig, dekat fb tu. Hujung2 sedara mara admin yang dapat trick orang demi engagement je yang atas tu pulak nak bagi orang serbu dan meriah walaupun lepas habis, kekal la sendu macam biasa
Quote sukacactus 8-1-2022 06:06 AM
Katanya lelaki dlm pic ni ank buah penganjur kedua2 event
Yg mustang tu event memancing kat taman tasik darulaman new year last week
Kebetulan mmg aku lalu kat highway nak ke airport masa tu
Mmg penuh manusia sekeliling tasik, just imagine 1 rod kena bayar rm100, manusia beribu
Mmg byk la dapat collection
Quote matchstick 8-1-2022 07:39 AM
Ya bethool sgt2
Quote matchstick 8-1-2022 07:41 AM
Padan lah semua kena tipu dgn 'tokey judi'. Bwk muhasabah dan bertaubat ye pokcik2 sekelian
Quote Lavender85 8-1-2022 08:06 AM
Apa2 cabutan yg kena keluarkan duit ialah judi. Termasuk kat theme park apa semua baling bola masuk botol dpt bear. Mesin pancing hadiah semua tu adalah judi.
Quote Normabaru 8-1-2022 08:21 AM
Ohhh ckp ni
Teringat yang kt shopee tu...
Byr singgit ke sesen xingat da..

If xkena dia refund katanya..ke kaka salah..tp Itu Pon dh masuk Judi la..bpe ramai dh join?huhuhu
Quote Normabaru 8-1-2022 08:22 AM
Lavender85 replied at 8-1-2022 10:06 AM
Apa2 cabutan yg kena keluarkan duit ialah judi. Termasuk kat theme park apa semua baling bola masuk  ...


Itu bukan kira kita byr for game kan..mcm cth main2 klu dpt markah plg tinggi so dpt hadiah?ke cmne..pelik jab agama Islam xde plak kuar fatwa ni pdhl ramai je main kt mall tuhuhu
Quote kitmal 8-1-2022 08:31 AM
memang dah diaturkan terutama untuk hadiah utama yang mahal....tak usahlah berharap
Quote akusukaq 8-1-2022 08:39 AM
slyfynx replied at 8-1-2022 04:59 AM
Kalau kene bayar bukan cabutan bertuah dah dik.
Tu judi namanye.

Apa pun cabutan yg menyebabkan kerugian ada lah perjudian
Quote Belibis 8-1-2022 08:54 AM
Lavender85: Apa2 cabutan yg kena keluarkan ...
Lavender85: Apa2 cabutan yg kena keluarkan ...

Yuran 80 atau 100 tu untuk mancing,dalam masa yang sama ada lucky draw..gitu la biasanya.
Sebab hadiah lumayan,ada yang masuk bukan untuk mancing,tapi kejar hadiah cabutan.
Quote akusukaq 8-1-2022 09:31 AM
slyfynx replied at 8-1-2022 04:59 AM
Kalau kene bayar bukan cabutan bertuah dah dik.
Tu judi namanye.

Apa pun cabutan yg menyebabkan kerugian ada lah perjudian.duit byk tu baik aku beli KFC kenyang perut
Quote kechikchomel 8-1-2022 09:42 AM
akusukaq replied at 8-1-2022 08:39 AM
Apa pun cabutan yg menyebabkan kerugian ada lah perjudian

selalu je kan supermarket buat lucky draw. contoh beli barang RM100 ke atas, letak resit dalam box.yg tu kira macam mana pulak?
Quote opie5662 8-1-2022 10:00 AM
Amenda la.. Nak mancing ke nk berjudi ni...
Quote mama_cat 8-1-2022 10:02 AM
hahaha... depa dah agak dah... sbb pertandingan memancing tu, bukan pemenang dpat mustang, tapi depa buat cabutan bertuah... mmg beribu pi, ngan isu placement peserta... rupanya kroni... pastu ada gak yg kata, mustang tu, mcm sewa ja..
Quote kotakbaju 8-1-2022 10:15 AM
Normabaru replied at 8-1-2022 08:21 AM
Ohhh ckp ni
Teringat yang kt shopee tu...
Byr singgit ke sesen xingat da..

La kira judi jugak ke tu. Iols selalu join gak. Beli barang tertentu dengan rm1 je. Lepas tu kalau tak terpilih depa refund balik ke akaun shopee pay. Selalu tak penah nak dapat pon lagi satu yang putar2 roda tu. kena kumpul golden ticket. Ticket2 tu nanti depa pilih secara rawak. Kalau nasib baik kena nombor kita tu ok la dapat keta ke atau rumah ke. Tapi selalu tak penah nak dapat pon
Quote Normabaru 8-1-2022 10:22 AM
kotakbaju replied at 8-1-2022 12:15 PM
La kira judi jugak ke tu. Iols selalu join gak. Beli barang tertentu dengan rm1 je. Lepas tu kalau ...

Itu cara depa roll out other people's money utk dpt more money with no cost at all

Let say sorg pinjamkan duit RM1 x 33Juta org msia
Dah 33Juta fund
Dia letak kt FD let say Dua minggu or trade kt money market
Dpt min 2% - 3% return Pon dh bpe ratus ribu..senang gitu2 jaaa
Power of volume
Walhal yang masuk tu sume sah2 dpt dosa berjudi
Bertaubatla dik..wpon xsengaja tp Itu mmg Judi

Ularmak kita ni pemalas nk sebar ilmu..dok diammm jekkk..benda viral benda retis depa kejar

Kaka mmg tak masuk sbb dh Tau trick tu..since xde announce Pon Siapa yang menang..so Itu sume pada kaka fishy..

And dia xkn beriya buat kalau xde keuntungan kat dia..

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.335274 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top