View: 1080|Reply: 8
|
"Dulu Ibu Tak Mampu" - Terpisah 30 Tahun, Doa Ibu Bertemu Anak Lelaki Termakbul
[Copy link]
|
|
Terpisah sejak 30 tahun lalu, doa seorang ibu memohon dipertemukan semula dengan anak lelakinya termakbul. Detik pertemuan dua insan itu diabadikan dalam bentuk video dan dimuat naik menerusi aplikasi TikTok milik Ziela Bie Jalut yang juga kakak kandung pemuda berkenaan.
Mereka yang menonton rakaman itu pasti mengalirkan air mata apatah lagi apabila ibunya mengungkapkan rasa berdosa menyerahkannya kepada keluarga angkat.
Bagaimanapun, pemuda berkenaan tidak menyalahkan ibunya apatah lagi keluarga angkat menjaganya dengan malahan memberikan didikan agama yang sempurna.
Menerusi ruangan komen, Ziela menjelaskan adiknya terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat berikutan kehidupan ibunya yang daif pada ketika itu. Mereka mengalami kesukaran untuk mencari adiknya kerana segala dokumen maklumat peribadi disimpan oleh keluarga angkat.
"Dulu, ibu tidak mampu menjaga semua anak-anaknya kerana kesukaran hidup tapi demi Allah, ibu tak jual anak. Satu sen pun ibu tak ambil. Mereka hanya bayar bil hospital dan ubat sahaja. Ibu serahkan adik kepada keluarga angkat di hospital tempat dia melahirkan adik. Kami cuba cari adik, tetapi ibu tidak mempunyai dokumen peribadi keluarga angkat.
"Hanya mereka sahaja yang dapat mencari ibu kerana surat hitam putih ada pada mereka. Saya tidak dapat ulas lebih banyak untuk menjaga hati ramai pihak. Paling penting ibu sudah bertemu semula dengan adik. Dulu, setiap malam dia menangis. Syukur Allah mengizinkan pertemuan itu," katanya.
Keinginan pemuda itu untuk bertemu dengan ibu kandungnya juga tercapai walaupun urusan untuk mendapatkan alamat terkini mereka agak rumit. Kata Ziela, ibu angkat adiknya yang digelar Makcu terpaksa pergi ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan menyerahkan salinan kad pengenalan ibunya, surat beranak adik serta surat hitam putih.
Walaupun pemuda itu sudah bertemu dengan keluarga kandungnya, apa yang menyedihkan, dia tidak sempat bertemu dengan ayah kandungnya. Abdul Mulop Abdul Latiff dikatakan meninggal dunia pada 3 Januari lalu. Adik Ziela hanya dapat menatap gambar ayah mereka sahaja. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah rejeki awal tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah akhirnya bertemu |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya… ayahnya baru meninggal 3 hari sebelum jumpa… z |
|
|
|
|
|
|
|
Yg salah kuarga angkat.....
Knp tak bg dia dokumen.....
Sedihnya ayah dia baru meninggal 3hari...
Klu 3thn tu tak rasa terkilan sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dapat juga bertemu. Sedih jugak ya tak sempat jumpa ayah kandung |
|
|
|
|
|
|
|
Syukran, semoga perhubungan dua keluarga ini berkekalan sehingga infinity |
|
|
|
|
|
|
|
Alhmdulillah...jumpa keluarga kandung..
Makin ramai ahli keluarga..
Keluarga kandung dan keluarga angkat..
Raya tahun ni meriah lah kalau xde pkp..byk rumah boleh pergi beraya.
Boleh ziarah kubur abah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi budak ni kira dapat le tuntut harta awrah ayah khennn? |
|
|
|
|
|
|
| |
|