CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

5 Sekawan Nak Lawan Di Mahkamah Tinggi? Nana 'On' Je!

6-1-2022 04:21 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5591| Komen: 31|Original author: LilRose

Description: Siti Nordiana menerusi peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin memaklumkan tiada masalah sekiranya lima sekawan mahu kes saman RM2.5 juta dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Siti Nordiana menerusi peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin memaklumkan tiada masalah sekiranya lima sekawan mahu kes saman RM2.5 juta dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Kata Abang Azlan, anak guamnya bersetuju dengan permohonan defendan mahu kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi. 


Kredit foto: IG

"Maka, perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditangguhkan. 

"Mahkamah juga memerintahkan tiada kos dikenakan kepada semua pihak yang mana perpindahan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi dibenarkan bagi memberikan ruang bicara yang lebih adil kepada semua pihak.


"Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih luas untuk memberi remedi (ganti rugi) kepada Siti Nordiana sekiranya keputusan kes memihak kepada anak guam," katanya kepada Harian Metro.



Tambahnya, belum ada tarikh muktamad baru yang diputuskan pihak mahkamah dan kes itu dijangka akan dibicarakan hujung bulan ini atau awal Februari depan.

Terdahulu, kes saman fitnah difailkan Siti Nordiana atau Nana terhadap lima sekawan pada 30 Julai tahun lalu yang menuntut penyanyi Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim; penyanyi Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam serta ganti rugi sebanyak RM200,000.



Namun, lima sekawan itu gagal berbuat demikian menyebabkan Nana menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan.

Bagaimanapun, Sam Musyadzafar dan Razidah pada 16 Disember lalu memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan alasan jumlah RM2.5 juta melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.


Nana tak gentar okey! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 6-1-2022 04:46 PM
Ai mcm nak sokong Nana ni hah compared to org lain
Quote jijioaynna 6-1-2022 04:51 PM
Meluat tgk muka 5sekawan tuu..teringat geng bawang yg mulut hansuang,ketiak kepam,gelak kuat,duduk mengangkang...biasanya bdk kelas belakang...
Quote missyL 6-1-2022 04:53 PM
Bertelekung ke tu hahaha
Quote cikatilia 6-1-2022 05:37 PM
semak nya 5 sekawan ni
Quote babelina 6-1-2022 05:50 PM
kelasssssssss ko membawang tanpa rs bersalah...hahaha
Quote Fafaaisa 6-1-2022 05:53 PM
Kalau nana bersalah pun, i kenot la nk sokong 5 kepam sekawan ni. Nengok perangai membawang live tu. Euwww
Quote Orix 6-1-2022 06:06 PM
sama je dua2... bezanya nana membawang dgan org2 terdekat dia n org terdekat dia tu pulak sampaikan pd 5 sekawan tu.... yg berlime tu pulak membawang dekat ig live....

iols ada prinsip siapa mulakan dulu, dia bersalah.... so, kalau betul apa yg dibawangkan 5 sekawan tu betul, iols side yg 5 sekawan tu.... ibarat chuols berak merata, then org bising tahik chuols tu busukkk n semua mengumpat tahikk chuols busuk chuols nk mengamuk sakan... walhal kalo chuols x berak merata idok ler org mengumpat tahik chuols busuk............... (read : hati busuk)
Quote apikwaeh 6-1-2022 06:49 PM
Kalau iols tak puas hati ckp depan2
Ni katanya bermasalah lama dah 2 tahun tapi ikut jugak nana pegi bercuti. Nana belanja makan2..
Pasal x ckp depan2 aku tersakiti dgn sikap kau nana.. time cuti tu

Iols notice jadi x baik hubungan bila adanya pkp. Job nana kurang.. Maybe nana x dpt share apa job yg dia dpt. Tak ada makeup, tak boleh travel oversea, panggil buat show.

Ngadu tak bayar mcm ckp dgn Kawan2 biasa je. Ni mostly benda kecik jadikan senjata sebab rasa iri... Itu je conclusion yg iols simpulkan...
Tapi x tahan membawang live mmg tak boleh diterima akal yer
Quote Parit.Hilton 6-1-2022 06:52 PM
go nana go.
kalau kalah kat mahkamah pun tetap la 5 sekawan tu hauk.
jenis tak boleh dibuat kawan
harap nana lari jauh2
Quote mawarika 6-1-2022 08:14 PM
Go nana go. 5 lawan 1' harap nana menang.
Quote nakkomenjugak 6-1-2022 08:17 PM
pasni kutuk mengata tanpa ig.
pakai zoom.
hanya kita2 je yang tahuuuu konsepnya.
Quote gelas_pelastik 6-1-2022 08:59 PM
tapi muka bininya lan tu macam vibes yg tak ok je
Quote rarageng 6-1-2022 09:11 PM
gelas_pelastik replied at 6-1-2022 08:59 PM
tapi muka bininya lan tu macam vibes yg tak ok je

mmg tak ok pun...muka kononnye dia je betul..puiii
Quote kotakominami 6-1-2022 09:33 PM
Adoi dgr 5 sekawan rase nak makan kari ikan bawal.....
Quote anna_me 6-1-2022 10:15 PM
Go nana. Kalau x lawan sekarang, sampai ke pencen nyanyi orang buat cerita..
Ni kalau x fail kes hari tu, sampai ke hari ni sedap geng tu berbalas komen sindir2 u. Locwlass pun kawan2..
Quote missmeornot 6-1-2022 10:46 PM
Kalau nn kalah pun 5 sekawan tu tetap akan digelar pengumpat sampai bila2. Even masa lan ganti awie kt sfmm aritu pun org tetap igt kes ngumpat dia
Quote Rogue98 6-1-2022 10:50 PM
5 Sekawan ke 5 Jahanam.
Aku sokong Nana bawak kes ni ke mahkamah ...biar 5 jahanam tu sedar lain kali nak mengumpat umpat kat belakang2...buat live and umpat memang saja cari pasal lah...
Quote xAthenax 6-1-2022 11:02 PM
tak boleh brain buat live berjemaah mengata orang lain
in a nutshell, this is  menjoyah sambil gosok sugi celah gigi tanpa sempadan
memang padan kena saman, dan doa Nana menang
Ini baru saman di dunia, merangkak di sana 1 hal
Quote 3480 7-1-2022 01:18 AM
Biasala bawang kt group wsp tp klu dh live mmg ko hansuang.. biasala kita ni.. ada msa x puas ht.. ngadu kt kwn yg konon buleh purcaya.. tp yg lain tu ngumpat pon kna live ka

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.132417 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top