CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gatal Rakam Wanita Susukan Anak, Penjara Dua Tahun Menanti!

6-1-2022 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1463| Komen: 6

Description: Individu di Britain yang merakam gambar wanita sedang menyusukan bayi tanpa kebenaran bakal berdepan hukuman penjara dua tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.
Individu di Britain yang merakam gambar wanita sedang menyusukan bayi tanpa kebenaran bakal berdepan hukuman penjara dua tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.


Kerajaan negara itu kelmarin mencadangkan pindaan kepada rang undang-undang bagi Polis, Jenayah, Hukuman Jenayah dan Mahkamah.

Kementerian Keadilan (MoJ) berkata, di bawah pindaan undang-undang baharu itu, merakam gambar atau video wanita yang sedang menyusukan bayi tanpa kebenaran mereka akan menjadi satu kesalahan voyeurisme di England dan Wales.


Gambar hiasan/Getty Images

“Ia menjadikannya satu kesalahan khusus yang memberikan polis dan pendakwa raya kuasa yang lebih untuk memastikan pesalah berdepan dengan keadilan.


“Individu yang didapati bersalah berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun. Pindaan itu merangkumi situasi-situasi di mana motif pesalah adalah untuk mendapatkan kepuasan seksual atau menyebabkan penghinaan, tekanan atau perhatian,” kata MoJ.

Ahli Parlimen parti Buruh, Stella Creasy kini giat berkempen untuk menggubal undang-undang sedia ada selepas aksinya yang sedang menyusukan bayi ketika menaiki pengangkutan awam dirakam oleh individu tidak bertanggungjawab.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-1-2022 04:36 PM
Kat tanahair tak nak ikut ke
Quote ifanonline 6-1-2022 04:40 PM
Edited by ifanonline at 6-1-2022 04:42 PM

wanita2 britain buah dada mereka besar-besar...so susah sedikit nak cover2 kalau nak menyusukan anak..

Quote babelina 7-1-2022 09:45 AM
ayoooooooo.. hahaha
Quote FOTHER-MUCKER 7-1-2022 09:53 AM
Siapa yang teruja nak rakam tu tak tau bangsa apa lah.
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2022 09:55 AM
Nenen pat
Quote Shazid 7-1-2022 12:07 PM
Adoiii..klu tgh bg nenen jgn lh expose sgt..mmg mengundang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057519 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top