CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Nak Tak Jadi Pengasuh Patung Puaka Kalau Dapat Gaji RM3,000 Sebulan?

6-1-2022 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1477| Komen: 28

Description: Seorang selebriti YouTube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari pengasuh untuk menjaga patung puaka miliknya dengan gaji sebanyak 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan, lapor Suara.com.
Seorang selebriti YouTube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari pengasuh untuk menjaga patung puaka miliknya dengan gaji sebanyak 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan, lapor Suara.com.


Berdasarkan sebuah video yang tular di TikTok, seorang wanita yang sedang mengendong sebuah patung bayi bernama Alejandro menawarkan pekerjaan sebagai pengasuh bagi menggantikan dirinya dengan tawaran gaji sebanyak itu.


Kredit foto: IG Rizki

“Ada sesiapa berminat untuk menjadi pengasuh Alejandro kerana saya ingin berhenti demi memberi perhatian kepada keluarga,” kata wanita tersebut.

“Gajinya amat berbaloi iaitu 10 juta rupiah (RM2,925) dan kerjanya amat mudah selain segala perbelanjaan termasuk pengangkutan akan ditanggung oleh Rizki Nasution,” kata wanita tersebut.

Tambah wanita berkenaan, Rizki sememangnya gemar mengumpul pelbagai koleksi patung puaka.



“Mudah sahaja untuk menjaga patung ini kerana ia tidak pernah menangis, marah atau buang air.

“Bagaimanapun, anda perlu bersiap sedia dari segi mental kerana kadang-kadang ketika pukul 3 pagi, tidur anda akan terganggu. Anda tidak dapat tidur dengan nyenyak,” tambah wanita berkenaan.



Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Beri saya 100 juta rupiah (RM29,254) pun saya tidak mahu,” kata seorang netizen. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 6-1-2022 06:22 PM
Sakit jiwa..
Quote ninjago 6-1-2022 06:30 PM
kalau dah tak berak, tak kencing, tak nangis, buat apa nak pengasuh?? ntah pape ntah
Quote Artemesiaa 6-1-2022 06:41 PM
Mesti ramai bibik yang apply tak perlu datang Malaysia jadi bibik, kerja sana pun boleh dapat gaji lumayan nak balik kg pun senang.
Quote belilies 6-1-2022 07:04 PM
Diupah utk jadi mental pkl 3 pagi, bagus jaga baby hidup
Quote jazaa100 6-1-2022 07:07 PM
Bersahabat dgn setsn, hidup takkn aman
Quote matchstick 6-1-2022 07:23 PM
Disarankan CARI-MAL apply kerja ni. Suka benor buka thread berita dari indon. Rindu kampung halaman latewww
Quote dani-rox 6-1-2022 07:46 PM
tak agak2 nama anak patung dia, Alejandro hokeh

I know that we are young
And I know that you may love me
But I just can't be with you like this anymore
Alejandro...


Quote dani-rox 6-1-2022 07:53 PM
kalau korang sejenis yg tak percaya dgn paranormal dan supernatural nih, dan suka berjaga malam... ambik jah offer tu. goyang kaki jah dpt upah jaga anak patung orang. kisah pulak dia kacau kita tido, hello pukul 3 am nanny ngko tgh layan netflix okeh
Quote midori_katana 6-1-2022 08:03 PM
ninjago: kalau dah tak berak, tak kenci ...


Syarat dia gitu.. sbb patung ni dah diseru2 jin dan dijadikan tangkal utk beri nasib baik dan kekayaan. Depa kena jaga macam jaga baby betul.. gila lah syirik
Quote Meiizu 6-1-2022 08:28 PM
Cari bala
Quote sharlenetexas 6-1-2022 08:30 PM
Saka zaman milenium.

Quote sharlenetexas 6-1-2022 08:31 PM
Tak berak tak kencing tapi takut2 kul tiga pagi mengamuk2 minta darah.

Quote TOPwind 6-1-2022 08:33 PM
ninjago replied at 6-1-2022 06:30 PM
kalau dah tak berak, tak kencing, tak nangis, buat apa nak pengasuh?? ntah pape ntah

WAH MATA PATUNG TU BERKELIP2
Quote Zezo 6-1-2022 08:39 PM
Peliknya. Ew.
Quote Cumikucingku 6-1-2022 09:07 PM
Ini bukan jg patug... ini jaga benda yg menumpang kat patung... xberbaloi gaji 10juta rupiah.... yg kapir boleh la wat keje gini..
Quote Rogue98 6-1-2022 09:27 PM
RM10juta oklah....rupiah taknak aku.
Pukul 3am letak jer AlQuran kat patung2 tu.
Quote hareeeesah 6-1-2022 09:33 PM
dani-rox replied at 6-1-2022 07:46 PM
tak agak2 nama anak patung dia, Alejandro hokeh

I know that we are young

ternyanyi pulak hahah..
pukul 3 pagi nyanyi la lagu ni kan tak pun humban dalam almari siang keluarkan balik
Quote naina 6-1-2022 10:00 PM
Rogue98 replied at 6-1-2022 09:27 PM
RM10juta oklah....rupiah taknak aku.
Pukul 3am letak jer AlQuran kat patung2 tu.


Haha pasang ruqyah pandai lah senyap dia. Kita pun aman2 tidur kul 3 pagi. Hujung bulan dapat gaji.haha
Quote dani-rox 6-1-2022 10:16 PM
hareeeesah replied at 6-1-2022 09:33 PM
ternyanyi pulak hahah..
pukul 3 pagi nyanyi la lagu ni kan tak pun humban dalam almari siang kel ...

dah humban, terus kunci dgn mangga. biarlah bergegar2 lemari tu, pintu dicakar2.
nanny joget lagu donatella pulak, pefeeling pompuan kaya makan gaji buta



[youtube]ePpqH--EZwI[/youtube]

Lihat semua komen(28)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-1-2022 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.085508 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top