CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PROTON Terus "Mendunia", Polis Kenya Kini Guna X70 Sebagai Kenderaan Rasmi

31-12-2021 08:04 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4126| Komen: 19

Description: KENYA - Polis Kenya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka baru-baru ini mengumumkan akan menggunakan kereta buatan Malaysia, Proton X70 sebagai kenderaan rasmi anggotanya.



KENYA - Polis Kenya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka baru-baru ini mengumumkan akan menggunakan kereta buatan Malaysia, Proton X70 sebagai kenderaan rasmi anggotanya.

"Proton X70 akan membawa gaya terbaik, kestabilan hebat dan keselesaan untuk Perkhidmatan Polis Negara semasa mereka melaksanakan mandat." kata polis Kenya seperti mana dipetik dari Remaja.my.



Warna Proton X70 yang digunakan oleh polis Kenya didatangkan dengan dua warna gabungan hijau lumut dan merah dibahagian bumbung serta biru dan putih dibahagian bumbung. Kedua-dua warna ini tidak terdapat di Malaysia.





Sejak gambar-gambar itu dimuat naik 19 November lalu di Facebook Proton Kenya, hantaran tersebut menerima banyak reaksi positif dari warganet.

"Tahniah kepada pasukan Polis Kenya. Semoga kereta Proton X70 yang baru ini meningkatkan lagi kecekapan servis kepada komuniti," komen salah seorang warganet.

Komen warganet lain pula "Wow kami tidak memiliki warna tersebut di Malaysia. Ini sesuatu yang istimewa. Selamat maju jaya kepada pasukan Polis Kenya dengan Proton X70". 

Sekadar info, PROTON berjaya mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan pada bulan Mei 2019 dengan sebanyak 10,611 unit kenderaan terjual.


Penyumbang utama kepada pertumbuhan kukuh itu ialah model X70 yang berjaya dijual sebanyak 2,439 unit dijual pada bulan Mei. Model ini merupakan model pertama dihasilkan oleh PROTON dan Geely yang dilancarkan pada Disember 2018. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 31-12-2021 08:16 PM
Keta China takat gi aprika rentung je lah. Tu sebab Mentori melayu islam lebih suke.pakai Belpire
Quote KIM.K 31-12-2021 08:16 PM
Patut amik myvi untung berganda
Amfibia avian king senang sodok penyamun van sekuriti
Quote wnwa05 31-12-2021 08:22 PM
tanpa Tun tiadalah proton..terima kasih tun.rindu zaman tun
Quote saden 31-12-2021 08:44 PM
Wow! Tingginya orang Kenya. X70 yang SUV tu pun setakat paras bahu dia je
Quote STONER 31-12-2021 10:49 PM
saden: Wow! Tingginya orang Kenya. X70 yang SUV tu pun setakat paras bahu dia je


belah2 sana memang tinggi..adik botak pun panjang dah serupa belalai anak gajah.abang peratikan je
Quote Radzor 31-12-2021 11:11 PM
Haha.. kat sini nak tukar wiper pun tadak stok
Quote hareeeesah 1-1-2022 12:56 AM
STONER replied at 31-12-2021 10:49 PM
belah2 sana memang tinggi..adik botak pun panjang dah serupa belalai anak gajah.abang peratikan je ...

Terpaksa ioll tengok tinggi mana dorang ahhaah..
Quote sukacactus 1-1-2022 05:22 AM
Nak bangga ke kete china jg mari
Quote CiliPadiSedap 1-1-2022 02:03 PM
terima kasih peYno rindu zaman peYno myvi highbeam
Quote glump 1-1-2022 02:11 PM
Proton masih milik Malaysia ke..yg dijual ke china tu apa?
Quote Jitu 1-1-2022 02:45 PM
polis kita pulak guna civic takde pulak nampak org jepun yg bangga
Quote angelofish 1-1-2022 04:57 PM
terima kasih jual half kat china.kalau tak asyik bailout je kalau mahadhir jaga
Quote babyLON. 1-1-2022 05:05 PM
saden replied at 31-12-2021 08:44 PM
Wow! Tingginya orang Kenya. X70 yang SUV tu pun setakat paras bahu dia je

wei tengok la lantai dorg berdiri tu mcm mana lepas tu tengok tayar kereta tu
Quote Firenzza 1-1-2022 06:27 PM
Pak mael x bangga pun dgn protong, dia lbh rela sewa hellfire bayar bulan2
Quote spankee_fili 1-1-2022 07:18 PM
Cantik X70 ni, lagi cantik X50
Ni seru2 proton ni ada yg bangkit dari kuburan kang
Quote mbhcsf 1-1-2022 07:56 PM
babyLON. replied at 1-1-2022 05:05 PM
wei tengok la lantai dorg berdiri tu mcm mana lepas tu tengok tayar kereta tu

hahahahahahahahah this is hilarious....

mule2 i tengok bahu and level kepala depa then bila tengok posting you , ulang balik tengok lantai  hahahahah oh....eurekaaaaa....
Quote sekngucing 1-1-2022 08:12 PM
STONER replied at 31-12-2021 10:49 PM
belah2 sana memang tinggi..adik botak pun panjang dah serupa belalai anak gajah.abang peratikan je ...

org afrika belah belah horn of arika memang tinggi..panjang...paling tinggi org sudan..

afrika ni tak semua hitam dan tinggi..ada rendah2..gemuk.pendek pun ada...ada cerah..ads kulit mcm.melayu..afrika ni benua yg besar
Quote babyLON. 1-1-2022 10:03 PM
mbhcsf replied at 1-1-2022 07:56 PM
hahahahahahahahah this is hilarious....

mule2 i tengok bahu and level kepala depa then bila  ...

haha klau nak judge tinggi org kena tgk kaki dia juga. jenis kasut, tmpt berdiri etc..
Quote MissVixen 2-1-2022 01:00 AM
Minyak petrol sana mahal. Selamat le membayar. Fuel consumption x70 ni tinggi juga. Suv, mpv elok diesel.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055463 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top