CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enggan Terus Dikata 'Kayu', Sharifah Rose Masuk Kelas Lakonan Ellie Suriaty

11-11-2021 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4226| Komen: 36

Description: Kemunculannya menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard menerima kecaman hebat gara-gara lakonan 'kayu', namun kehadiran pelakon baharu, Sharifah Rose, 23, semakin diterima ramai.
Bukan hanya video sedutan drama menggandingkannya dengan Redza Rosli itu trending di aplikasi TikTok, malah berjaya membolosi pencalonan awal Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, baru-baru ini.


Namun, nama gadis yang mesra disapa Rose itu belum cukup kuat untuk menembusi kelompok finalis.


Kredit foto: IG Rose

"Alhamdulillah, biarpun kemunculan saya dalam drama dikritik teruk, namun, saya tetap bersyukur kehadiran saya semakin diterima penonton dengan perlahan-lahan.

"Sejujurnya, saya tidak pernah terlintas untuk bergelar pelakon, tetapi kini semakin seronok biarpun masih cuba menyesuaikan diri dalam industri seni.


"Saya mengambil inisiatif menyertai kelas lakonan di bawah bimbingan Ellie Suriaty bagi mengelakkan kemampuan terus dipersoalkan," katanya kepada BH Online.

Sehingga kini, Rose sudah menjayakan tiga drama termasuk Kisah Cinta Rumi mengakui, dia semakin selesa dalam bidang lakonan.


Kredit foto: IG Rose

"Saya bersyukur menerima beberapa projek drama. Namun, saya baru sahaja selesai penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, jadi bolehlah mempertimbangkan tawaran lain.

"Jujurnya, sedikit sebanyak meninggalkan kesan buat saya apabila drama Kekasih Hati Mr Bodyguard sudah melabuhkan tirai, baru-baru ini.

"Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard adalah taruhan pertama saya. Sedih sangat apabila berpisah dengan rakan artis dan pasukan pada hari terakhir.



"Selain itu, saya sudah terbiasa dengan watak Aralyn. Sayu hati terpaksa berpisah dengan watak ini," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 11-11-2021 01:56 PM
memang kayu pun.. takpe lah sebab sheolss masih boleh improve dan di asah... jadi sheols je iols maafkan...
yang iols takkan maafkan yang hero muka kucing kurap tu....

apa ke buta producer atau pengarah ambil kucing sepet muka petak macam tin biskut cap tip tap keluaran bersaudara jadi hero...

di biarkan fadlan hazim herlokkk kekar tu jadi pelakon pembantu...

memang minta di beliakkan bijik2 mata hantar ain.... tutuppppp TV... lontar kot tingkap... kambuihhh dengan kek2 expired...
Quote nylliette 11-11-2021 02:11 PM
ellie suriaty tu tak la aku bekenan mana pun lakonannya. ada pencapaian apa yg melayakkan dia buka kelas. asal belakon je mesti ada scene terjerit2 cam org gila acik ellie tu. dikrose baik ko gi belaja ngan fauziah nawi ke fauziah ahmad daud pun ok le jugek
Quote 3chanceno 11-11-2021 03:06 PM
Edited by 3chanceno at 11-11-2021 04:17 PM

Dalam ramai2 artis kenapa belajar dgn ellie nie? Lainlah kalau watak orang tersampuk atau menurun

Gi la kelas bimbingan dari sekolah yang berdaftar
Quote mamajawie 11-11-2021 03:43 PM
aku x paham knape pengarah n produser amik si KUCING BATU jadi hero ni???apsal la abam Fadhlan jadi sidekick??dia berlakon lagi herlokkkkk
Quote lyshafull 11-11-2021 03:46 PM
So target influencer malaysia ni nk jadik pelakon ke ?
Quote cheezel 11-11-2021 03:49 PM
muka dia manis je. tapi pls la jgn free hair mcm time dgn anak dato k dlu. buruk. xsesuai free hair.
Quote cheezel 11-11-2021 03:50 PM
tp tula aku xpernah terlintas nk tgk drama ni sbb dapat rasa aura kayu tu. so dia dlm drama muka basic tak?biasalah zaman sekarang ni. dlm ig je kebabom
Quote prince_marhaen 11-11-2021 04:07 PM
Habislah lepas ni sheols berlakon jilat kaki redja muka oyen ni, takpun pengarah kata pegang najis, dia masuk dalam tong najis bak kata NekLi Suryati...methoddd gitu... Sukati ko lah Seripah oiii... kau tetap nampak pelesu dan kayu balak.
Quote Kurex 11-11-2021 04:12 PM
Kau belajar la berlakon dari siapa pun, gitu jugak taranya... Btw muka kau tua
Quote mesmerize 11-11-2021 04:13 PM
di mata ai dia ni cantik. features muka eksotik. kulit gelap2 sikit tapi manis, bukan typical cikki2 instafamous yang putih pinkish guna produk timbang kati n mekap ala2 kpop.
Quote naina 11-11-2021 04:39 PM
mesmerize replied at 11-11-2021 04:13 PM
di mata ai dia ni cantik. features muka eksotik. kulit gelap2 sikit tapi manis, bukan typical cikki2 ...

Aah. Tertengok jugak drama mr.bodyguard tu Sebb mak mertua suka layan. Tapi iols kelih kejap2 je sebb tilik muka dia. Lawa jugak. Nampak manis. Gelap2 ckit. Muka dia sharp. Takda filler2 ke apa. Gigi pun cantik. Kening tebal tapi dahb rias jadi kemas lah.
Okla..gadis melayu yang cantik manis. Lakonan tak tahulah. Tak lalu nak tengok
Quote TerataiMelur02 11-11-2021 04:50 PM
dudaberhias replied at 11-11-2021 01:56 PM
memang kayu pun.. takpe lah sebab sheolss masih boleh improve dan di asah... jadi sheols je iols maa ...

Rose dengan mira basic mana kaka rasa lagi ok lakonannya?
Quote chicmushroomkd 11-11-2021 04:53 PM

Dia ni fotogenik kot, dlm gambar menarik betul tp tengok dalam drama kurang daya penarik. sweetla...tp plus dengan lakonan kayu gedik tak jadi, mcm belum sepatutnya jd lead dlm drama.
Quote dudaberhias 11-11-2021 04:58 PM
TerataiMelur02 replied at 11-11-2021 04:50 PM
Rose dengan mira basic mana kaka rasa lagi ok lakonannya?

mira la kot kaka sebab sheolss dalam sa balik baju baru2 ni nampak ok je berlakon...si rose ni ya ampun nauzubillah min zalik... tak pasal2 penonton kena beli TV baru sebab dah kambuihhh dengan kek2 keras kejung mamasabariah...
Quote ReginaGeorge 11-11-2021 05:25 PM
Alamak.. Nanti otak ngko kena cuci kaw2...
Quote Budakmomok 11-11-2021 08:29 PM
Ok la belajar. Nnt lama2 ganti mira
Quote putericahaya999 11-11-2021 09:35 PM
Napa bukan kelas kak ogy
Quote Carcosa 11-11-2021 09:48 PM
Karas kajung kau berlakon dik.
Tahla, akak tak dpt maafkan ko. Tiber. [em:4:]
Quote no_el 11-11-2021 09:54 PM
Yg komen dlm ni kompom dah kertu. Si rose ni mewakili bbnu 2021 ye. Dgn wajah manis dan chicky2 gitu drama ni trending dan mdpt sambutan d kalangan anak2 acik sekelian d online ye. ???????????? sila terima hakikat dia ade pgaruh kuat d tiktok n insta

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061936 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top