CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Rakam Kemalangan, Pembancuh Coconut Shake Maut Dirempuh Kereta Lain

11-11-2021 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4923| Komen: 38

Description: Seorang pejalan kaki bekerja sebagai pembancuh coconut shake maut selepas dirempuh kereta ketika merakamkan kejadian kemalangan di Jalan Tun Hamzah di Melaka pagi semalam.
Seorang pejalan kaki bekerja sebagai pembancuh coconut shake maut selepas dirempuh kereta ketika merakamkan kejadian kemalangan di Jalan Tun Hamzah di Melaka pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Syarurazi Kaharudin, 23, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. 


Lokasi kemalangan di Jalan Tun Hamzah, Melaka yang menyebabkan kematian seorang lelaki, Syarurazi Kaharudin. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian, berlaku kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga dari Ayer Keroh ke Duyong yang hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan. 


Katanya, mangsa yang terlihat kemalangan itu datang berdekatan lokasi untuk merakamkan gambar kejadian, sebelum tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita merempuh pemuda berkenaan. 

“Hasil siasatan awal, wanita yang memandu Myvi tersebut dipercayai tertidur menyebabkan kenderaan dinaikinya bersama anak perempuan berusia lapan tahun terbabas dan melanggar mangsa,” katanya.

Tambahnya, pemandu Proton Saga yang merupakan seorang wanita pekerja kilang tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Dua beranak di dalam Myvi pula hanya mengalami luka-luka di bahagian muka di jari dan tangan. 

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes setakat ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 11-11-2021 02:15 PM
peringatan buat batak2 rakam
Quote mamajawie 11-11-2021 03:44 PM
nak cash kan ke idok?lain kali jangan la jadi wartawan x bertauliah ye..
Quote krustykrab 11-11-2021 03:47 PM
So, pemandu yg tertido tu kna hukum ke terlepas?
Quote squeeze 11-11-2021 04:10 PM
tak pasal2
Quote stingerprime 11-11-2021 04:17 PM
krustykrab replied at 11-11-2021 03:47 PM
So, pemandu yg tertido tu kna hukum ke terlepas?

Hukum tetap la....reckless sehingga menyebabkhen kematian walau tanpa niat....
Quote stingerprime 11-11-2021 04:18 PM
mamajawie replied at 11-11-2021 03:44 PM
nak cash kan ke idok?lain kali jangan la jadi wartawan x bertauliah ye..


Iktibar walau ianya tidak lebih dari asbab pada ajal yg dah sampai...
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 04:43 PM
Haihhhhh... Kalau dah ajal
Quote domestobot 11-11-2021 05:06 PM
niat nak rakam content, tapi dia pula jadi content. ni kaedah IQ 500 ni
Quote makneng 11-11-2021 06:08 PM
Apa2 pun Innalillahiwainnailaihiraji'un.
Pengajaran utk yg masih hidup juga.
Quote Decaffeinated 11-11-2021 06:45 PM
krustykrab replied at 11-11-2021 03:47 PM
So, pemandu yg tertido tu kna hukum ke terlepas?

sama macam pemandu mabuk la. 'kegilaan' sementara.


Quote Nenolen 11-11-2021 07:57 PM
Innalillah...dah ajal...myvi driver tertido pi rempuh dia...kalu tak myvi tu rempuh org/benda lain pulak...acik myvi mcmana bole tertido masa memandu siap bwk anak...harap acik myvi menyesal...kalu kat thailand siap dah kena tanggung kos kebumi dan kos sara hidup keluarga yg dilanggar...
Quote sleepandream 11-11-2021 08:10 PM
microsleep ke...
Quote Carcosa 11-11-2021 09:41 PM
Cemana acik oiiii. Bwk anak boleh tertidur? Anak tidur, kau sekali lenjan tidur? Mmglah dah takdir, dah tertulis, dah sampai ajal si perakam, yada yada yada. Yes. Tapi, kita kena berusaha lah jgn mende ni jadi. Aku kalau drive dgn anak aku, kemain tegak kepala aku. Focus. Nyawa anak oi. Anak.
Ke, senang nau2 nak dpt anak? Tu yg mcm ok2 je.
Hah nnti aku kena tibai lah ni, pasal dah takdir.
Quote edee_91 11-11-2021 09:53 PM
si perakam yang mati tu rakam kat tengah2 jalan ke?
Quote Jitu 11-11-2021 10:31 PM
Innalillah...
takziah

mst trauma driver myvi tu
tak bawak kereta dah lepas ni
yg saga tu tak beritahu pulak sbb apa
Quote Firenzza 11-11-2021 10:44 PM
krustykrab replied at 11-11-2021 03:47 PM
So, pemandu yg tertido tu kna hukum ke terlepas?

Tertidur tu kira mcm bunuh tanpa niat...x sengaja gitewww
Quote Firenzza 11-11-2021 10:45 PM
Nenolen replied at 11-11-2021 07:57 PM
Innalillah...dah ajal...myvi driver tertido pi rempuh dia...kalu tak myvi tu rempuh org/benda lain p ...

Sapa yg bagitau reoorter acik tu tidur?
Quote pyropura 11-11-2021 11:05 PM
Hehe tampat aku gi test drive Dmax. Giler amoi tu kat konar dia selambe je suh aku laju sikit, nak test traction katanya
Quote gigahertz 12-11-2021 06:40 AM
Nenolen replied at 11-11-2021 11:57 AM
Innalillah...dah ajal...myvi driver tertido pi rempuh dia...kalu tak myvi tu rempuh org/benda lain p ...

lepas ni kalau nampak orang lain accident biarkan je.
orang tu mati ke hidup ke tunggu je ambulan sampai.

arwah baru kahwin sebulan lepas.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065583 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top