CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jokowi Minta Ismail Sabri 'Jaga' Rakyat Indonesia Di Malaysia

11-11-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2564| Komen: 22

Description: Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelesaikan beberapa masalah dihadapi rakyat Indonesia di Malaysia.
Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelesaikan beberapa masalah dihadapi rakyat Indonesia di Malaysia.


Ini selepas kedua-dua pemimpin negara itu bertemu di Istana Kepresidenan Bogor, Jawa Barat, semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata, antara perkara dibincangkan adalah mengenai pentingnya perlindungan warganegara Indonesia yang berada di Malaysia.


Kredit foto: Borneo Post Online

“Sebagai negara tetangga dekat dan bangsa serumpun, Indonesia dan Malaysia harus memperkuat kerjasama berdasarkan prinsip yang saling menghormati dan saling menguntungkan.


“Dalam kaitan inilah, memorandum persefahaman (MoU) perlindungan tenaga kerja domestik Indonesia dapat segera diselesaikan.

“Mengenai izin Community Learning Center di Malaysia juga perlu diberikan izinnya sesuai dengan prinsip hak pendidikan bagi semua,” katanya.

Pada masa sama, Jokowi meminta Ismail Sabri agar menyelesaikan sekatan pergerakan antara Malaysia dan Indonesia.

“Kita berharap dalam waktu yang sesingkat-singkatnya masalah ini dapat segera diselesaikan,” katanya.

Jokowi juga gembira dengan kenaikan kadar perdagangan antara dua negara sebanyak 49 peratus pada Januari hingga Ogos 2021, jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu.

Beliau juga membincangkan mengenai kebenaran merentas antara dua negara yang akan dibuka secara berperingkat, serta isu situasi di Myanmar dan Laut China Selatan.

Ismail Sabri dalam kenyataan balas memberi jaminan bahawa tenaga kerja Indonesia di Malaysia akan dijaga sebaik mungkin, melalui Kementerian Sumber Manusia, selain membuka pusat aduan secara langsung untuk pekerja yang tidak puas hati dengan majikan mereka, seperti masalah kelewatan bayaran gaji.

“Mereka dapat terus mengajukan aduan langsung ke Kementerian Sumber Manusia. Hal ini untuk memberikan perlindungan kepada tenaga kerja yang mungkin disalahgunakan dengan masalah gaji dan hal-hal lain yang tidak dapat mereka suarakan sebelum ini,” katanya.

Mengenai aspek laluan perjalanan antara kedua-dua negara, Ismail Sabri telah bersepakat dengan Jokowi untuk membuat rundingan lebih lanjut.

“Insya-Allah jika dipercepat untuk berunding, kita sudah sepakat akan membuat kenyataan bersama untuk mengumumkan pembukaan perjalanan antara Malaysia dan Indonesia,” tambahnya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 11-11-2021 02:15 PM
hampir semuanya udah divaksin secara percuma..pak....terus gue mohon supaya bapak pesan sama rakyat indonesia ngak masuk secara haram ke Msia dan pesan jangan buat onar di Malaysia.
Quote kotakominami 11-11-2021 02:38 PM
Hmm..dah abih jaga dah pak..kalau tak caye g tgok kat area hicom shah alam tu memang kg acheh dah.Boleh niaga, beranak pinak bagai....hat jadi menteri pon ade..
Quote musangbodoh 11-11-2021 02:50 PM
mari ramai2 ya
Quote makadek 11-11-2021 02:51 PM
Bukan jaga sesaja ok rupiah nya mesti penuh 1 kancil pak
Quote Decaffeinated 11-11-2021 02:59 PM
kerap pulak pemimpin tertinggi malingsia mengadap presiden indon ni ape hal?

dulu abahcow takhta tak stabil pun sempat mengadap Jokowi. Ini Pak Long yg entah bila akan bersara pun tidak melepaskan peluang.

sesuatu ka tak ni?

Quote squeeze 11-11-2021 04:13 PM
suruh jokowi tu kutip balik lah indon2 kt malaysia ni, buat semak je ramai2
Quote stingerprime 11-11-2021 04:16 PM
Baik jokowi ni..very fatherly figure.....i loiked
Quote noor2 11-11-2021 04:16 PM
squeeze replied at 11-11-2021 04:13 PM
suruh jokowi tu kutip balik lah indon2 kt malaysia ni, buat semak je ramai2

Mmg ramai dah yg beransur2 balik....
Quote naina 11-11-2021 04:20 PM
Siap anak cucu sekolah terima ic biru lagi pak
Vaksin pun free guna cukai rakyat PAKK
Kita pun bayar vaksin guna cukai PAKK
Indon adake bagi free vaksin kat warga asing? Soalan seriusss
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 04:42 PM
Suruh ummah ko jaga diri sendiri laa...
Haritu dah dibagi balik kampung, takmo balik
Quote Minami2013 11-11-2021 04:46 PM
Ismail sabri tak de pulak suruh jokowi jaga rakyat dia supaya ikut saluran yg betul masuk negara org.. jgn menyelusup masuk jalan tikus.
Quote TeropongThaico 11-11-2021 04:52 PM
Malezia minta apa pula?
Wow gi mengadap utk ambil watikah demand deols je ke. Kurlassss gitewwww
Quote Kitty_catz 11-11-2021 04:52 PM
so skang ni yindon atas mesia ke dr segi ranking? banyak bebeno deme punya songeh lately? takut covid delta dr mesia masuk sana lah, suh jaga rakyat dia yg masuk sini dgn takde permit

adan uke menteri2 pasola kat mesia.. takbirrr takbirrr
Quote syaz_lina 11-11-2021 04:56 PM
Amboih siap suruh jaga rakyat, pls malaysia hantor jr balik yindon ni, makin melampau perangai. Ko hadap sgt pi sembah takzim depa tu dah knp mail oi, ucap 5ahniah ko jd pm pun depa tk ingin
Quote tikusmontok 11-11-2021 05:23 PM
Knpa semua piyem kena merafak sembah ke ndon?
Quote Belibis 11-11-2021 05:27 PM
kotakominami: Hmm..dah abih jaga dah pak..ka ...

Kahhh..pak joko lupa...wak jahid dah hampir jadi pm..betapa baiknya orang mesia.[em:4:]
Quote CiliPadiSedap 12-11-2021 10:31 AM
Friska salah satu contoh rakyat indonesia datang malaysia rampas suami orang nikah suami orang perosak rumah tangga orang.

Moga bibik friska taubat dan insaf daripada jadi catut rumah tangga orang. Dasar caprut friska muka cam tembok cina xtahu malu siap bangga dapat suami jusa c minus .

Kepada wanita malaysia jagalah suami anda. Jgn bagi wanita lain sondol laki anda terutama yang kuak butterfly di selat melaka..
Quote ifanonline 12-11-2021 10:32 AM
yg datang ke malaysia ni rakyat indonesia yg huduh2...sebenarnya rakyat indonesia itu sendiri lebih ramai yg cantik2...
Quote Friska 12-11-2021 11:04 AM
CiliPadiSedap replied at 12-11-2021 10:31 AM
Friska salah satu contoh rakyat indonesia datang malaysia rampas suami orang nikah suami orang peros ...

Sirik banget ini orang sama saya

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.123755 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top