CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jho Low Upah Emily Ratajkowski AS$25,000 Untuk Teman Ke Super Bowl

11-11-2021 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3108| Komen: 5

Description: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa telah membayar AS$25,000 (RM103,837) kepada model terkenal, Emily Ratajkowski sebagai upah menjadi penemannya di acara Super Bowl.
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa telah membayar AS$25,000 (RM103,837) kepada model terkenal, Emily Ratajkowski sebagai upah menjadi penemannya di acara Super Bowl.


Dakwa Ratajkowski, dia sendiri tidak pasti mengapa dia berada di sana, untuk berapa lama dia perlu berada di sana dan dengan siapa dia perlu berurusan untuk memastikan sama ada dia boleh meninggalkan acara tersebut.

Tambahnya, dia hanya dibayar dan menjalankan tugasnya sahaja.


Kredit foto: Daily Mail/The New Yorker

Dalam temu bual bersama The Sunday Times Magazine sempena pelancaran memoirnya yang berjudul ‘My Body’, dia turut membuat pengakuan bahawa ada seorang model terkenal yang turut berada di tempat kejadian.


Walaupun Ratajkowski tidak menyebut siapakah gerangan model tersebut, namun penulisan dalam buku ‘My Body’ ada mendedahkan bahawa wanita itu adalah seorang model Victoria Secret, Miranda Kerr yang juga bekas isteri kepada Orlando Bloom.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan edisi perlawanan kejohanan tahunan National Football League (NFL) yang dihadiri atas tujuan kerja tersebut.

Jho Low merupakan individu yang dikehendaki malah turut dikenali di serata dunia dengan gelaran "the billion dollar whale", telah berulang kali menegaskan bahawa dia bukanlah dalang di sebalik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang digambarkan secara terbuka.

Sebelum ini, Mahkamah Amerika Syarikat (AS) mendakwa anak kelahiran Pulau Pinang itu dengan tuduhan baharu melobi pentadbiran Donald Trump dan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) untuk menggugurkan siasatan berkaitan skandal rasuah global, 1MDB.


Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 11-11-2021 10:11 AM
X lama lg balik kg la jho low nih...ntah2 terus lntik jd punahsinat bertarap muntri
Quote SedihPedih 11-11-2021 10:16 AM
seronok depa ni buat duit, hadir sj dpt duit..
Quote lasagna 11-11-2021 10:17 AM
dah bertahun2 dia ni tak dapat cekup, ntah ntah mmg terus lepas.. fed up dah dgn siasatan yg tak mendatangkan hasil, oh msia ku.
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 05:02 PM
Hmmm sampai kiamat lerrrr tak ditangkap
Oh well bolehland apa weol expect
Quote alesandra 11-11-2021 09:32 PM
walau konon duit berkepok ..muka x hensem cina bukit jinjang gitu sapa la nak ngedate free2.haruslah kena bayar

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.275165 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top