CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya Dah Sedia Jadi Isteri, Bakal Umum Bila Tiba Waktunya

11-11-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4066| Komen: 20

Description: Selepas beberapa kali hubungan cinta terputus di tengah jalan, pelakon Zara Zya kini lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berkongsi soal peribadi kepada umum.
Selepas beberapa kali hubungan cinta terputus di tengah jalan, pelakon Zara Zya kini lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berkongsi soal peribadi kepada umum.


Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata biarpun sudah bersedia menjadi isteri namun dia hanya akan berkongsi pada waktu yang sesuai.

Menurut aktres berusia 36 tahun itu, dia enggan membiarkan kesilapan yang terjadi sebelum ini berulang lagi.


Foto: IG

"Apa yang saya boleh kata, selagi saya belum berkahwin, orang akan tertanya siapa kekasih saya, apatah lagi apabila saya terlalu berahsia sekarang ini.


"Saya tidak lagi berkongsi macam dulu. Saya sudah bersedia untuk berkahwin tapi hanya akan berkongsi jika sudah pasti.

"Sebab sebelum ini orang pun tahu apa yang saya lalui, jadi saya tak mahu perkara yang sama berlaku. Siapa yang tak mahu kahwin.

"Apa-apa pun doakan yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah bila sampai waktunya, memang saya akan beritahu. Saya bukan orang yang akan sorok daripada peminat," katanya kepada mStar.



Zara ditemui menerusi sidang media drama bersiri Mr Bibik yang diadakan secara maya bersama media baru-baru ini.

Untuk rekod, Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan Hafreez Adam pada Oktober 2019 namun hubungan itu hanya bertahan selama sebulan.

Dalam perkembangan lain, Zara mengakui dia masih lagi berlakon biarpun sibuk berniaga dan membabitkan diri dengan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Prihatin.



Kata pelakon Korban Kasih itu, dia sudah lama tidak muncul dengan drama baharu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Memang dah lama juga tidak berlakon drama. Ramai yang bertanya, saya masih berlakon atau tidak, memandangkan drama saya yang ditayangkan di TV sekarang siaran ulangan saja.

"Jadi apabila saya tampil dengan Mr Bibik, ramai yang teruja. Saya pun gembira dapat kembali menghiburkan peminat yang menanti-nantikan lakonan saya.

"Menerusi drama ini sebenarnya boleh membantu orang kembali mengingati saya," ujanya.



Drama bersiri inspirasi dari novel karya Aein Dhiyauddin itu mengisi slot Akasia bermula 29 Oktober lalu.

Drama arahan Pali Yahya itu turut menampilkan pelakon Saharul Ridzwan, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Balkisyh Semundur Khan dan Wanns Ahmad. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote febreze 11-11-2021 10:51 AM
ok lah datin Zara..tawen la pat ngn Tok Ha..
Quote dudaberhias 11-11-2021 10:56 AM
tak tanya pun... dia ni mesti bagi statement macam beribu orang sangat yang tanya... padahal repot ponenn sorang je pun yang tanya tu.... acik2 marhaen tak heran pun... baik deorang pergi masak nasik dekat dapur...

tak payah umum pun takpe dikkk...
takde sape nantikan pun dia ni kahwin ke tidak...
Quote kakakgarang 11-11-2021 11:28 AM
zara ni mcm tak serik ek.. dulu dgn adam tu pun jantan ponen..

skrg pun dgn tokha pun ponen..

adehhh..

kalau kantoi semburit atas katil baru nak sedar kot...

husnuzon je la.. mmg taste dekat ponen ke acanooo???
Quote prince_marhaen 11-11-2021 11:46 AM
Kawan-kawan ZZy ni pun ramai geng fonen kan, adik-adik, jejans gaia str8 act, takkan takleh nasihatkan ZZy ni yang mana tulen yang mana pelesu? 10KM dah nampak kalau pelesu kan...takkan tak serik jugak?

Semoga ZZy temui chinta tulen...asal jangan bercerita pasal jantan sajerrrr macam Tulin Kaziz tu sudehhh..
Quote Puteri19 11-11-2021 11:51 AM
Edited by Puteri19 at 11-11-2021 12:54 PM

Misleading betol tajuk tu dekk..
Kan dia kt "sy dh sedia utk kawen tp hanya akan kongsi jika dh pasti"
So, bukan dia habaq dh ada calon nk nikah la ni. "Dah sedia" maksudnya sbb faktor umoq dia la kot. And iols tak rasa dato berpondesyen tu calonnyehh..
Giteww.. iols bekap zara aulia mr bibik
Quote SweetRehan 11-11-2021 12:16 PM
Semoga Zara dapat jumpa jodoh yang baik dan jantan yang tulen....iols suka Zara ni manis je orangnya....
Quote adelea 12-11-2021 10:41 AM
febreze: ok lah datin Zara..tawen la pa ...


Tok ha ?? Sapa kah tok ha ?? [em:4:]
Quote babelina 12-11-2021 11:03 AM
adelea replied at 12-11-2021 10:41 AM
Tok ha ?? Sapa kah tok ha ?? [em:4:]

jualan make up tu.. buatan kek2 bagai.. taw x.. hahaha..
Quote adelea 12-11-2021 11:19 AM
babelina replied at 12-11-2021 11:03 AM
jualan make up tu.. buatan kek2 bagai.. taw x.. hahaha..

tok ha tu yg duds tu ker ?
Quote adelea 12-11-2021 11:20 AM
Kawen je dgn siapa siapa yg allah jodohkan zara oii ..
yg nak rasa pahit manis rumahtangga ni diri kita sendiri ..
saya doakan yg baik baik je buat zara .. amin
Quote lasagna 12-11-2021 11:24 AM
prince_marhaen replied at 11-11-2021 11:46 AM
Kawan-kawan ZZy ni pun ramai geng fonen kan, adik-adik, jejans gaia str8 act, takkan takleh nasihatk ...

dia ni antenna g*ydar dia tak dpt detect, tu pesal sheol tak reti nk beza..
Quote babelina 12-11-2021 02:20 PM
adelea replied at 12-11-2021 11:19 AM
tok ha tu yg duds tu ker ?

haa la.. yg berbibir merah semanjang.. hehehe...
Quote 3chanceno 12-11-2021 02:26 PM
babelina replied at 12-11-2021 11:03 AM
jualan make up tu.. buatan kek2 bagai.. taw x.. hahaha..

Tak tahu kaka..maap cell otak tak berhubung lagik pasal toh ha ke tok wow ke
Quote babelina 12-11-2021 03:30 PM
3chanceno replied at 12-11-2021 02:26 PM
Tak tahu kaka..maap cell otak tak berhubung lagik pasal toh ha ke tok wow ke

Hahaha.. yg pic mkn sesama tu la.. promo produk kurus kot.. yg tu..
Quote 3chanceno 12-11-2021 03:33 PM
babelina replied at 12-11-2021 03:30 PM
Hahaha.. yg pic mkn sesama tu la.. promo produk kurus kot.. yg tu..

Tenkiu sis buat zara, kalo dah dafter nikah silalah update ok  acik makan popcorn je dulu
Quote babelina 12-11-2021 03:36 PM
3chanceno replied at 12-11-2021 03:33 PM
Tenkiu sis buat zara, kalo dah dafter nikah silalah update ok  acik makan popcorn je dulu

knnn.. sesama la kita ber popcorn.. hahaha..
Quote adelea 12-11-2021 11:45 PM
babelina replied at 12-11-2021 02:20 PM
haa la.. yg berbibir merah semanjang.. hehehe...

Moga berjodohan dan dipermudahkan urusan mereka hendaknyaa
Quote adelea 13-11-2021 12:07 AM
babelina replied at 12-11-2021 02:20 PM
haa la.. yg berbibir merah semanjang.. hehehe...

Moga berjodohan dan dipermudahkan urusan mereka hendaknyaa
Quote Acikgomen 13-11-2021 01:25 AM
Kpd zaraziah kejung, nak nikah, nikah je la. Tak umum pun takpe. takde sapa nak merempan
Lepas nikah, jgn lupa masuk dlm petiais supaya beku cepat sket

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054643 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top