CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iwan Selalu Tarbiah Oktovia Dan Aprena, Syukur Sekarang Dah Bertudung

11-11-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3302| Komen: 10

Description: Bapa kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu Iwan Syahman meluahkan rasa syukur dengan perubahan dua orang anak perempuannya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose yang kini sudah be ...
Bapa kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu Iwan Syahman meluahkan rasa syukur dengan perubahan dua orang anak perempuannya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose yang kini sudah berhijab.


Ujar Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 60, dia tidak pernah memaksa kedua-dua anaknya itu untuk berhijab sebaliknya terus menasihati mereka agar berubah ke arah kebaikan.


Foto: IG

"Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah.

"Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus.


"Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah," katanya kepada mStar.


Iwan ditemui pada sidang media pelancara program Hijrahkan Laguku yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.

Dalam pada itu, Iwan memberitahu walaupun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya.

Ujarnya, dia akan terus mendoakan dan memimpin mereka ke jalan Allah.



"Saya tidak akan putuskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah untuk terus berhijab," ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perjalanan hijrahnya, Iwan kini banyak mengubah lagu dangdut yang pernah dipopularknya kepada lirik Islamik.

Katanya, dia juga memberitahu tidak akan menyanyikan lagu-lagu hitnya dahulu walaupun atas permintaan peminat.



"Saya keluarkan lagu-lagu yang sudah tukar liriknya. Kalau ada yang minta saya nyanyikan lagu dulu-dulu... minta maaf saya tidak akan menyanyikannya lagi.

"Sebab dulu saya tak faham, saya rasa menyesal, kesalahan saya dulu Allah bukakan. Saya hidup dalam lautan tidak bertepian, ini perjalanan hidup saya." ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 11-11-2021 09:45 AM
Dah 60 tahun ko Iwan. How time flies.
Quote awanysss 11-11-2021 10:43 AM
aprena ni mcm ada iras sajat pulak ek.

btw, alhamdulillah semoga istiqamah.
Quote dudaberhias 11-11-2021 11:10 AM
bagus... ada ciri2 ayah yang baik...
sebab dia tarbiah elok2 je...
tengok ok je anak2 dah bertudung...

lain sekali dari makhluk2 terpaling yang suka kritik dan komen aurat orang dekat ig (tapi selit2 hinaan)
yang sekadar nak tunggang agama dan menghina tapi takmau nampak sangat niat menghina tu... rasanya seko pun tak bertudung untuk orang2 terpaling ni...

masalahnya yang bertudung pun di kutuknya kata baik bukak je tudung tu... lagi dia nak heret orang ke neraka macam dia... eh choiii
Quote ezacbee 11-11-2021 11:21 AM
Betul la cara dia. Nasihat baik.
"Aku suka dia maa..." tibe teringat lagu ni..
Quote kucingitam 11-11-2021 11:45 AM
ezacbee replied at 11-11-2021 11:21 AM
Betul la cara dia. Nasihat baik.
"Aku suka dia maa..." tibe teringat lagu ni..

"yang sedang2 saja..yang penting..dia setia..."
Quote prince_marhaen 11-11-2021 11:48 AM
teringat pak iwan menang saman jota-jota saman producer Bollywood lagu Tinak Tin Tana filem Mann...
Quote prettyuglybabe 11-11-2021 02:26 PM
memori daun pishang...

bagus la dia jalankan tanggungjawab sebagai bapak untuk tegur anak-anak sendiri..
ini poyo jah tegur aurat orang sana sini, tapi dengan family diam tak berani nak bersuara..
dayus sangat jantan begitu..
aurat ke hulu ke hilir tapi belakang layan porn..
porahhhh...
Quote aemon 11-11-2021 02:37 PM
dari raja gelek dangdut ke arah khusnul khotimah. iols ingatkan iwan ni pernah bercinta dgn amelina sebab selalu duet dulu.
Quote reddots 11-11-2021 03:15 PM
aemon replied at 11-11-2021 02:37 PM
dari raja gelek dangdut ke arah khusnul khotimah. iols ingatkan iwan ni pernah bercinta dgn amelina  ...

Mmg pun dulu hangat bercınta.

Teringat dulu derang berdua ikut jualan expo bazaar . Amelina waktu tu jual produk bedak dan deodorant. Iwan tetap mengekor Amelina kat expo tu siap nyanyi², aku rasa wktu tu dia attention seeker. Sebab nynyi pun setakat kat booth sesmbil gelak.. ala korang bayngkan jer la kalau mamat perasan nak tarık perhatian cewek lalu lalang
Quote reddots 11-11-2021 03:16 PM
aemon replied at 11-11-2021 02:37 PM
dari raja gelek dangdut ke arah khusnul khotimah. iols ingatkan iwan ni pernah bercinta dgn amelina  ...

Mmg pun dulu hangat bercınta.

Teringat dulu derang berdua ikut jualan expo bazaar . Amelina waktu tu jual produk bedak dan deodorant. Iwan tetap mengekor Amelina kat expo tu siap nyanyi², aku rasa wktu tu dia attention seeker. Sebab nynyi pun setakat kat booth sesmbil gelak.. ala korang bayngkan jer la kalau mamat perasan nak tarık perhatian cewek lalu lalang

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082633 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top