CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Red Rahimad Tumpang Glamour Ezad Lazim?

11-11-2021 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1438| Komen: 8

Description: Peluang berkolaborasi dengan penyanyi bersuara lunak, Ezad Lazim menerusi single Celup bagaikan bulan jatuh ke riba buat penyanyi dan komposer muda, Red Rahimad, 21.
Peluang berkolaborasi dengan penyanyi bersuara lunak, Ezad Lazim menerusi single Celup bagaikan bulan jatuh ke riba buat penyanyi dan komposer muda, Red Rahimad, 21.


Sudah tentu kesempatan berduet dengan vokalis kumpulan Exist itu sebagai rezeki. Malah, Red tidak kisah jika dilabel menumpang populariti Ezad memandangkan namanya masih belum dikenali.


Foto: Berita Harian

"Saya bertuah Ezad menerima tawaran berduet dengan saya menerusi single Celup. Tidak nafikan, Ezad seorang penyanyi yang baik dan memiliki vokal mantap.

"Kami pernah bekerjasama menerusi karya yang tulis berjudul Cahaya yang dilancarkan pada Ramadan lalu.


"Idea bekerjasama tercetus apabila mendengar Ezad menyanyikan single Celup ketika kami sedang berbual. Saya terus jatuh hati mendengar suaranya dan menawarkannya kerjasama," katanya kepada BH Online.

Red atau nama sebenarnya, Muhammad Redha Rahimad berkata, dia juga tidak kisah sekiranya vokal Ezad lebih menyerlah berbanding dirinya.



"Bagi saya, berkolaborasi dengan sesiapa sahaja pasti ada yang mempertikaikan. Saya pula anggap kolaborasi dengan Ezad sebagai rezeki terpijak.

"Ia adalah kolaborasi kedua kami, jadi saya tidak kisah jika ada beranggapan Ezad 'overshadow' saya.

"Siapa tahu menerusi kolaborasi ini orang akan tertanya-tanya siapa Red Rahimad. Secara tidak langsung, pasti ada yang akan mencari maklumat mengenai siapa komposer dan penulis lirik single Celup.

"Jika sambutan pendengar baik, Alhamdulillah. Namun, seandainya ada kekurangan, bolehlah menegur saya.

"Suara dan kritikan netizen ada kalanya membantu proses penambahbaikkan dalam penghasilan lagu.

"Namun, saya meletakkan strategi dan memastikan pendengar ternanti-nantikan bahagian saya, bukan Ezad semata-mata," katanya.



Berkongsi lanjut mengenai single Celup, Red berkata, ia sudah disiapkan sejak Januari, tahun lalu dan mengambil masa lebih setahun untuk dilancarkan.

"Saya merakamkan demo lagu ini sebelum bergabung dengan syarikat rakaman, COF Music. Proses rakaman dibuat selepas sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

"Kiranya lebih setahun lagu ini tersimpan sebelum dapat dilancarkan. Rakaman antara saya dan Ezad dibuat secara berasingan.

"Namun, saya turut hadir ke studio bagi memastikan melodi masih kekal ketika rakaman Ezad. Bagi saya, melodi asal lagu ini sudah sedap, Ezad pula membawanya dengan baik," katanya.


Single Celop mengetengahkan rentak 'old school' yang turut menyelitkan elemen irama muzik Melayu lama pada bahagian korus.

"Celup bermaksud tiruan atau palsu. Ia sebenarnya menyentuh mengenai sikap, tingkah laku, perilaku, perbuatan atau apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan palsu, tiruan atau celup.

"Tiada proses perubahan lirik sebelum rakaman dibuat dan saya juga suka menggunakan lirik bersahaja.

"Single ini juga menyentuh beberapa isu pada masa kini. Misalnya hubungan dalam keluarga, alam pekerjaan dan sebagainya.

"Karya ini tidak berkias atau menyindir sesiapa. Jadi, saya tidak ragu-ragu dengan lagu ini," katanya.



Lagu dan video muzik Celup dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube COF Music, sejak 22 Oktober lalu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-11-2021 12:07 PM
Who are yous red
Quote prince_marhaen 11-11-2021 12:15 PM
kelindan lori pasar mana ni dek? gi mandi dulu dek...alahai.
Quote Farhaz 12-11-2021 12:58 AM
Edited by Farhaz at 12-11-2021 12:59 AM

Lagu celup tu best..part ezad..
Quote dudaberhias 12-11-2021 01:01 AM
alahai kelempuk sangat walaupun rupa macam kelindan lori dan pembancuh simen...
jadi straight je lah dekkkk usah2 la mengetop ke membottom tu... haukkk sangatttt
Quote dudaberhias 12-11-2021 01:04 AM
prince_marhaen replied at 11-11-2021 12:15 PM
kelindan lori pasar mana ni dek? gi mandi dulu dek...alahai.

choiii kaka.... ni mandi pakai air pili bomba pun tetap lah nampak kepam...
takpe dikkk masih ada harapan untuk engkau meletop... border dah bukak kan???
ajommm ikut akak ke pattaya tiruskan pelepah hidung tu... baru la meletop...
telinga tu takpe kalau tak cukup bajet... sepit pakai penyepit baju dulu....
Quote beta_carotene 12-11-2021 01:38 AM
lagu kelindan ni sedap jugak.. selalu keluar kat suria fm
part ezad tu xpayah nk ajak ezad sgt la, very gitu2 je.. suh saiful apek nyanyi je pun ok..
Quote prince_marhaen 12-11-2021 09:17 AM
dudaberhias replied at 12-11-2021 01:04 AM
choiii kaka.... ni mandi pakai air pili bomba pun tetap lah nampak kepam...
takpe dikkk masih ada  ...

HAHAHAHA! nama dah red red dah ada unsur filem aksi nusantara Red Redemption dah..
Quote prince_marhaen 12-11-2021 09:19 AM
dudaberhias replied at 12-11-2021 01:01 AM
alahai kelempuk sangat walaupun rupa macam kelindan lori dan pembancuh simen...
jadi straight je lah ...

meols rengsek dengan jambang tak jambang cukur tak cukur tu....macam susuk tak cukup 44 hari tak bercerucuk sana sini, tapi suara lenggok2...aiyooo

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055598 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top