CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asmidar Terkenang Nasihat Siti Sarah, Nak Berjaya Kena Banyak Bersedekah

11-11-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2375| Komen: 14

Description: Pernah bertanding di atas satu pentas yang sama dalam pertandingan Bintang RTM 2001, penyanyi Asmidar berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan Allahyarham Siti Sarah yang amat dikaguminya.
Pernah bertanding di atas satu pentas yang sama dalam pertandingan Bintang RTM 2001, penyanyi Asmidar berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan Allahyarham Siti Sarah yang amat dikaguminya.


Asmidar yang ditemui di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) baru-baru ini berkata, dia pernah meminta nasihat dan tips daripada Siti Sarah cara untuk menjadi seorang penyanyi berjaya.

Perkara tersebut disuarakan Asmidar selepas melihat populariti yang diraih penyanyi itu walaupun mereka lahir daripada program yang sama.


Foto: IG

“Saya perlu akui bahawa arwah mendahului saya dan lebih berjaya sebagai penyanyi. Saya pernah meluahkan rasa hati kepada Siti Sarah bahawa saya juga ingin berjaya sepertinya dan meminta dia mengajar saya cara menjadi seorang penyanyi berjaya.


“Aku nak berjaya macam kau Sarah. Nak sangat. Tolong ajar aku,” kata Asmidar mengimbas kembali perbualannya dengan pelantun lagu Kesetiaan itu sekitar 2019.

Ujar Asmidar atau nama lengkapnya Norhasmidar Ahmad, 35, penyanyi itu memberikan satu tips untuk diamalkan jika ingin berjaya.



Perkongsian arwah bukan sahaja boleh digunakan untuk karier, malah juga dalam kehidupan.

“Arwah kata caranya senang sahaja. Banyakkan bersedekah. Insya-Allah, segalanya akan dipermudahkan,” ujar Asmidar kepada Kosmo! Online.

Selain pernah bertanding di pentas Bintang RTM 2001, Asmidar dan Siti Sarah juga pernah terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat mewakili negara di pertandingan World Championship of Performing Arts pada 2009.

Ketika itu, mereka tinggal sebilik bersama-sama.


“Selepas ‘pemergian’ Siti Sarah, kita boleh nampak satu persatu kebaikannya terbongkar.

“Arwah memang ceria orangnya. Bagi yang mengenali Siti Sarah pasti tahu perangainya yang ‘gila-gila’ dan sangat mesra,” jelasnya.



Sekadar info, selain Asmidar dan Siti Sarah, Bintang RTM 2001 turut memperkenalkan beberapa nama penyanyi yang masih kekal relevan sehingga hari ini seperti Misha Omar, Azharina, Farawahida dan Amir Sofaz.

Terdahulu, negara digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah, 37, pada 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat jangkitan Covid-19. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 11-11-2021 09:53 AM
So sedekah tak ikhlas ka konsepnya itu? Sedekah mengharapkan balasan?
Quote chazey 11-11-2021 09:54 AM
Aruah Siti Sarah itu pun cuma naik kembali nama selepas menikoh dengan Soeb kan? Sebelum itu boleh tahan sendu kejung tak ke mana.
Quote dudaberhias 11-11-2021 10:54 AM
siannya... dah kesenduan ujung2 mencapub la petik nama orang yang dah takde...
tu pun jap lagi terjunam balik dalam lautan... lepastu selang 3 bulan muncul balik...
Quote annadonna 11-11-2021 11:01 AM
chazey replied at 11-11-2021 09:53 AM
So sedekah tak ikhlas ka konsepnya itu? Sedekah mengharapkan balasan?

Ambik yg baik ajelah. Arwah pun dah meninggal. Bukan itu aje rahsia berjaya. Banyak lagi. Arwah kongsi benda yg dia tau dan buat aje dengan kawan baik dia. Bukan dia buat pengumuman kat tv pun.
Quote prince_marhaen 11-11-2021 11:53 AM
Dia senang je, marketing, promo diri, jangan malas, jual je diri, takyah nak method sangat geng dengan group 'art' saja, management kena rajin promo, jadi ambassador, walaupun hauk macam Cik Nab Zali tu, ataupun tengok lah Shiha tu pun rajin marketkan diri, lama-lama laku lah... ini asyik projek pun dengan geng2 'art' je, lepas tu salahkan mainstream fan tak support. Tak payah buat benda-benda aneh pun boleh naik. Dah masuk macam2 pertandingan bukan tiket famous, kena juga effort jual diri..
Quote scrocth 11-11-2021 12:32 PM
prince_marhaen replied at 11-11-2021 11:53 AM
Dia senang je, marketing, promo diri, jangan malas, jual je diri, takyah nak method sangat geng deng ...

setuju. nk berjaya dlm industri hiburan msia ni ko kena pandai market diri. jangan feeling girl next door dan artsy bitsy sgt... org msia belum tahap tu nk appreciate benda tu suma.
Quote prince_marhaen 11-11-2021 12:51 PM
scrocth replied at 11-11-2021 12:32 PM
setuju. nk berjaya dlm industri hiburan msia ni ko kena pandai market diri. jangan feeling girl ne ...

tu lah...kalau menunggu, bakat kau sehebat biduanita pun tak jalan jugekkk...memang bakat bukan sekadar rupa, tapi kau dah masuk mainstream kena la ikut cara mainstream, bukan sikit2 asal sendu salahkan kehendak industri nak yang lawa dan elok, padahal ada je yang biasher2 pun jadi star.
Quote chazey 11-11-2021 02:50 PM
annadonna replied at 11-11-2021 11:01 AM
Ambik yg baik ajelah. Arwah pun dah meninggal. Bukan itu aje rahsia berjaya. Banyak lagi. Arwah ko ...

Umat Islam kalau tak kerna nak dapat pahala, kirim salam ja nak buat baik penuh ikhlas?
Quote annadonna 14-11-2021 11:21 AM
chazey replied at 11-11-2021 02:50 PM
Umat Islam kalau tak kerna nak dapat pahala, kirim salam ja nak buat baik penuh ikhlas?

Terpulanglah padamu sis. Kita saja yg tau apa yg kita cari dlm dunia ni. Kalau rasa cari pahala pyn salah maka carilah dosa. Up to you.
Quote Body_language 14-11-2021 11:23 AM
Arwah Sarah naik balik lps join GV. So kesimpulan Asmidar kene join GV kalau nk popular
Quote doubleharmonic 14-11-2021 11:38 AM
Body_language replied at 14-11-2021 03:23 AM
Arwah Sarah naik balik lps join GV. So kesimpulan Asmidar kene join GV kalau nk popular

kan chuolss. arwah meletop balik sebab masuk gv. lepas menang tempat kedua terus dapat banyak job dari astro jadi undangan untuk gv big stage segala so nampak lah banyak keluar tv lepas tu

Quote ashilalat 15-11-2021 08:10 AM
Sejujurnya suara dan vokal asmidar ni jauh lagi baik dari arwah sarah dan juga mitch donat walaupon ketiga2 lahir dari bintang rtm yg sama. Azharina satu tangga lagi atas dari 3-3 ni.

Tp tulah..tuhan dah tentukan rezki masing2 kan. Mitch donat walau sumbang mambang shaky pitchy nyanyi live, tetap dipuja puji oleh 'orang atasan' industri muzik.
Takdir juga menyebabkan mitch donat dan arwah sarah dapat lagu2 yg sedap2 dan berkejasama dgn komposer yg boleg meletopkan diorg.

So..masuk GV, carik lagu yg lagi best dari Sampai Ke Bintang tu dan promo kaw kaw. Insyaallah ada rezki.
Quote exclusive_vvip 15-11-2021 08:55 AM
Ni Asmidar yg nyanyi lagu WARDAH tu ke?..
Quote TomyamPuteh 15-11-2021 09:10 AM
Benda elok kita ikut.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.199491 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top