Jakarta- Seorang suami yang berang kerana isterinya terjatuh selepas melalui sebuah kawasan kaki lima di Kota Ambon, Maluku bertindak merobohkan kaki lima tersebut, lapor laman berita Detik.com.
Dalam rakaman video berdurasi 30 saat yang tular itu, lelaki tersebut dilihat menjerit-jerit di jalan Dr. Soetomo, Kota Ambon. Dia juga menghancurkan lantai kaki lima itu dengan menggunakan tukul. “Kejadian berlaku sekitar pukul dua atau tiga petang (waktu tempatan). Ketika itu, saya sedang melayan seorang pembeli dan lelaki itu tiba-tiba menghancurkan kaki lima itu.
“Dia menghancurkan kaki lima itu dan berkata bahawa kali lima itu telah menyebabkan isterinya terjatuh,” kata seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Julia. Menurut Julia, dia melihat pasangan suami isteri itu yang menaiki motosikal dan terjatuh ketika mahu memasuki sebuah pasar mini. Mereka dipercayai terjatuh kerana jalan tersebut yang licin kerana hujan. -CARI Sumber: Kosmo
|
makadek replied at 10-11-2021 11:46 AM
Kdg2 laki aku pn bertindak cumil camnih
Aku ngadu nyamuk gigit habis bengkak
gujiwa replied at 10-11-2021 10:45 AM
kena beli kasut yang anti licin la..
stingerpies replied at 10-11-2021 11:53 AM
Saper nak sara dia kalo ko mati kena denggi?
Ini semua acah acah lovey dovey, gimmick aja...supay ...
makadek replied at 10-11-2021 02:30 PM
U gain my attention but unfortunately u cant get my feelings. The crazy madness sungguhla stink:lo ...
copy_paste replied at 10-11-2021 08:23 AM
syg betul dia kat bini dia,benda x bernyawa pun dia sanggup balun
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-4-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057122 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.