CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Turki Akan Hantar Pulang 7 Pelarian Syria Kerana 'Makan Pisang'

30-10-2021 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9584| Komen: 81

Description: Turki akan menghantar pulang tujuh warga Syria dari negara itu selepas didapati merakam dan memuat naik video berbaur sindiran dengan memakan pisang.
Turki akan menghantar pulang tujuh warga Syria dari negara itu selepas didapati merakam dan memuat naik video berbaur sindiran dengan memakan pisang.

Tujuh dari 11 warga Syria yang ditahan akan dihantar pulang dari Turki setelah merakam video berkenaan yang dianggap provokatif, lapor Jerusalem Post.


Kerdit foto: southfront

Sementara itu, Jabatan Polis Istanbul mengambil tindakan terhadap 31 suspek dalam kes video itu.

Suspek yang ditahan didakwa melakukan jenayah menghasut atau menghina orang ramai supaya membenci dan bermusuhan.


Isu itu muncul selepas seorang lelaki Turki di Istanbul mengeluh tidak mampu membeli pisang sedangkan pelarian Syria mampu membeli buah tersebut dalam kuantiti yang banyak.

Setelah itu, ramai pelarian Syria mula memuat naik gambar dan video memaparkan sedang makan pisang yang bertujuan menyindir keluhan warga Turki itu.

Video itu dianggap bersifat provokatif dan mempersendakan kesusahan dialami rakyat Turki. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Timortimur 30-10-2021 03:07 PM
Adan muka
Dasar tak sedar diuntung
Quote edayildiz 30-10-2021 03:10 PM
padan muka..usik lg org turki
Quote zacEfron 30-10-2021 03:14 PM
sama spt indon jg
Quote Rdizz 30-10-2021 03:15 PM
Padan mukaaaa
Quote addved 30-10-2021 03:15 PM
Serve you right....
Quote azurro 30-10-2021 03:39 PM
Apa yang mampu aku katakan adalah PADAN MUKA..!!!  mcm mat rohingya di malaysia, makin hidup selesa makin sombong lupa diri dan asal-usul..
Quote sarah82 30-10-2021 04:11 PM
Dah diberikan tempat perlindungan.. Pi tokak pulak tangan yg melindungi.. Rasakan
Quote naina 30-10-2021 04:16 PM
Itulah kita kalau bagi muka sangat pada bangsa asing. Tapi rakyat sendiri macam dianak tirikan. Memang pijak kepala la..
Macam isu karen tula degil xmau pakai mask tapi xde kena saman pun macam rakyat kena
Quote mrsLucky 30-10-2021 04:19 PM
Ada pelarian Syria yang kaya2 lari ke US, Turkey dan Europe study. Selalu cete kat i rindu negara mereka.

But i nak padankan muka mereka yang provoke ni. Balik lah ke Syria tak sedar diri..
Quote wolfheart 30-10-2021 04:20 PM
Tegasnya Turki. Kalau kat sini, lepas buat salah, minta maaf je dan semua berlalu macam takde apa2.
Quote CiliPadiSedap 30-10-2021 04:22 PM
patut hantar kt afghanistan jadi balaci taliban
Quote Belibis 30-10-2021 04:26 PM
zacEfron replied at 30-10-2021 03:14 PM
sama spt indon jg

Tapi kita alu alukan datang,dengan tangan terbuka...sampai ada dah jadi menteri.
Quote musangbodoh 30-10-2021 04:28 PM
cam nie bgs...direct jatuh hukum...xde mahkamah bagai...
Quote honeybee1802 30-10-2021 04:33 PM
Aiii..kijamnya turki...tgk malaysia ni penyayang...
Quote silencekiller 30-10-2021 04:37 PM
mahu tak ummah Turk ni sensitive... negara sedang ke arah hyperinflation ka apa kaa... mencanak2 harga barang.. ummah pelarian pula ramai berjimba2..

di malaysia... ramai ummah syria ni buka bisnes jaa..
Quote sharlenetexas 30-10-2021 04:40 PM
Turki 1
Syria 0

Quote Guccibamboo 30-10-2021 05:45 PM
Jaga hati tuan rumah.....buat video sindiran mcmtu dah knape. Bagus turki ni...even keputusan die tu mcm kejam...tp kalau x buat mcmtu nnt rakyat die marah habis porak poranda satu negara
Quote Normabaru 30-10-2021 05:56 PM
Malaysia mampu ke bt mcm turki bt syria? Nan hadooo


Baru tegur sikit terus bangun puak2 ngo tahik kucingggg
Quote becir 30-10-2021 06:09 PM
Arab sama etnik pun sgt racist, ngan turkish pun diaorg pandang rendah la walaupun dia yg merempat, pandang non Arab as bawah tapak kaki dia

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.144047 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top