CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tampal Je Pada Kulit' - Orang Takut Jarum Dah Tak Perlu Cucuk Vaksin

30-10-2021 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2730| Komen: 8

Description: Vaksin berkesan dan diberi tanpa menggunakan jarum suntikan.
Vaksin berkesan dan diberi tanpa menggunakan jarum suntikan.

Demikian sasaran penyelidik yang melipatgandakan usaha sejak pandemik COVID-19, bagi mencipta penampal yang mampu memasukkan ubat melalui kulit tanpa rasa sakit, untuk menyelamatkan nyawa.


Pembangunan teknik berupaya merevolusikan perubatan itu boleh mengelakkan kanak-kanak daripada menangis kesakitan akibat disuntik, selain membantu golongan yang fobia terhadap jarum suntikan.


Kedit foto: NDTV

Malah, penampal pada kulit juga dapat memudahkan lagi pengedarannya kerana tidak perlu disimpan dalam suhu sejuk, di samping berkemungkinan mempertingkatkan keberkesanan vaksin.


Kajian dilakukan terhadap tikus makmal, yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, berjaya mencatat hasil memberangsangkan, lapor AFP.

Dalam usaha itu, pasukan penyelidik Australia-Amerika Syarikat (AS) terbabit menggunakan penampal berukuran satu sentimeter persegi yang mengandungi lebih 5,000 'pepaku' mikroskopik bersalut vaksin percubaan.

"Pepaku mikroskopik itu begitu halus sehingga anda tidak akan dapat melihatnya," kata pakar virologi di University of Queensland yang juga pengarang bersama kertas kajian terbabit, David Muller kepada AFP.

Penyelidik menggunakan suatu dipanggil vaksin 'subunit' yang menghasilkan semula 'pepaku' pada permukaan coronavirus.

Tikus makmal diberi vaksin itu sama ada melalui penampal berkenaan selama dua minit ataupun menggunakan picagari.

Sistem imun pada tikus diberi penampal terbabit didapati menghasilkan paras antibodi peneutral yang tinggi selepas menerima dua dos, termasuk dalam paru-paru yang penting untuk menghentikan COVID-19.

Selain itu, pencapaian menggunakan penampal berkenaan juga mengatasi hasil suntikan picagari.

"Penyelidik turut mendapati sebuah subkumpulan tikus makmal yang diberi hanya satu dos vaksin mengandungi bahan tambahan dikenali sebagai 'adjuvant' bagi merangsang tindak balas imun, tidak jatuh sakit langsung," kata Muller.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote norawestallen 31-10-2021 10:46 AM
Macam too good to be true. Tapi okaylah jugak untuk sesiapa yang takut jarum
Quote manzilla 31-10-2021 11:42 AM
Jarumnya sudah tiada, tapi risikonya?
Quote Artemesiaa 31-10-2021 12:34 PM
Masaalah sebenar bukak sebab mereka takut jarum ada salah faham disitu
Quote missus_meow 31-10-2021 01:12 PM
macam nicotine patch ke? tak kesahlahh, asalkan boleh membantu yg fobia jarum. yg tetap tak mau divaksin, ni takkan membantu ubah their mind?
Quote miss_white 31-10-2021 01:22 PM
Bukan takut jarum la
org tak nk sudah lah
Ada je akal nk suruh org cucuk vaksin dia
Quote Shayang 31-10-2021 09:12 PM
Kenapa orang taknak cucuk?

Quote Lagubestbest 31-10-2021 11:00 PM
wow.. lekat CPU terus ke? haha
Quote edayildiz 31-10-2021 11:02 PM
xmenyelesaikan mslh pun..dia tau tak nape punca org tamo cucuk ? yg takut jarum tu dua tiga org jer tu pun dh cocok jgk..yg xcocok tu bkn mslh tkt jarum

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047161 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top