CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Berpihak Kepada Sesiapa" - Eizlan Yusof Tak Campur Isu Zizi Kirana

30-10-2021 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4658| Komen: 16

Description: Nama pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof turut 'dipetik' berhubung isu dakwaan pelanggaran kontrak pelakon dan penyanyi, Zizi Kirana dengan Datuk Rafiena yang menerbitkan drama Jamu Nesan.
Nama pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof turut 'dipetik' berhubung isu dakwaan pelanggaran kontrak pelakon dan penyanyi, Zizi Kirana dengan Datuk Rafiena yang menerbitkan drama Jamu Nesan.

Eizlan, 50, yang sepatutnya menjadi pengarah drama berkenaan berkata, Rafiena sudah dimaklumkan mengenai hasrat Zizi untuk menutup aurat menjelang Ramadan dan diminta untuk memulakan penggambaran mengikut keselesaan penyanyi itu.


Kredit foto: IG Eizlan

"Memang Rafiena sudah tahu mengenai hasrat Zizi untuk bertudung sebelum masuk bulan puasa, malah saya juga sudah diajukan sama ada boleh melangsaikan penggambaran sebelum Ramadan.


"Jika diikutkan, memang saya yang seharusnya menjadi pengarah kepada drama terbabit. Malah, saya pun sudah berbincang dengan penolong pengarah untuk menyusun jadual penggambaran.

"Hasil perbincangan berkenaan, penggambaran seharusnya selesai beberapa sebelum masuk bulan Ramadan," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Eizlan enggan mengulas kenapa dia tidak meneruskan tugas sebagai pengarah untuk drama itu.

Eizlan berkata, dia hanya tahu mengenai isu itu ketika di peringkat awal saja iaitu ketika dia ditawarkan menjadi pengarah drama itu.

"Saya tak nak komen isu membabitkan pelanggaran kontrak antara Zizi dan Rafiena. Apa yang boleh saya ceritakan hanya berkaitan perancangan awal ketika saya ditawarkan menjadi pengarah drama itu.

"Saya hanya beritahu perkara yang terjadi saja. Saya tidak mengenali Zizi secara peribadi, manakala Rafiena pula memang kami sudah berkawan lama.

"Saya tak berpihak kepada sesiapa. Selepas saya sudah tak terbabit lagi dengan projek itu, saya tak ambil tahu apa-apa perbincangan yang membabitkan mereka," katanya.

Terdahulu, Zizi menepis dakwaan Rafiena yang mengatakan dirinya banyak kerenah bagi meneruskan penggambaran drama Jamu Nesan.

Susulan itu, Zizi yang juga penyanyi popular itu turut didakwa melanggar kontrak dan digugurkan daripada meneruskan watak Madam Zoora dan digantikan dengan penyanyi Didi Astillah.


Kredit foto: IG Zizi

Menurut Rafiena, pihaknya cuba berkompromi dengan isu itu kerana menghormati keputusan Zizi untuk menutup aurat.

Bagaimanapun, sikap dan kerenah Zizi yang mahu menukar tarikh penggambaran menyebabkan produksi terpaksa menggantikannya dengan Didi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipahbogs 30-10-2021 11:03 PM
macam macam hal la.
Quote nakkomenjugak 31-10-2021 02:58 AM
Cehhhh retis holiwod diva divana sangat semua nak kena ikut jadual, kehendak dia
Ko buat jela filem ko sendiri jiji oi
Menyusahkan orang lain jahhh
Ni haa kalau nak pakai pelakon, iol volunteer
Quote Namasayaomel 31-10-2021 09:20 AM
suh je tuko scene lain..x kan laaa x leh pakai tudung sekop ke..topi ke...
Quote Fly_over 31-10-2021 10:53 AM
cite ni pasal mafia dr borneo ke? xjd zizi, ganti didi. baik ganti dgn noni. noni lg bbakat. didi agak was2 bakat lakonan dia.
Quote eely_shana 31-10-2021 06:34 PM
oh, zizi patutnya berlakon lah ni
Quote Suchi 31-10-2021 06:53 PM
Fly_over replied at 31-10-2021 10:53 AM
cite ni pasal mafia dr borneo ke? xjd zizi, ganti didi. baik ganti dgn noni. noni lg bbakat. didi ag ...

Noni pun pakai tudung kan? Taktaulaa skrg ni cemana
Quote Fly_over 31-10-2021 06:55 PM
Suchi replied at 31-10-2021 06:53 PM
Noni pun pakai tudung kan? Taktaulaa skrg ni cemana

tudung dah terbang pakai stokin jala ikan..
Quote umbut 1-11-2021 09:15 AM
Dapat laki sedap terus selubung. Cer belum kahwin tetap ler ko seksi cam biasa. Pastu skrg acah2 terpaling warak
Quote akubest 1-11-2021 09:20 AM
mcm alasan nak cover kena drop pasai tudung je

selalu org drop pasal ko diva tak memasal.
tudung tak tudung tu bole je adjust.
Quote dudaberhias 1-11-2021 09:22 AM
eizlan secara hint nak bagitahu dia side dato rafiena la tu baca pun dah tahu....

entah ko ni zizi oiii dah seronok berlaki sampai melambung2 sampai ke syiling tak nak datang set pergambaran pulak duit dah ambil
Quote dudaberhias 1-11-2021 09:26 AM
Namasayaomel replied at 31-10-2021 09:20 AM
suh je tuko scene lain..x kan laaa x leh pakai tudung sekop ke..topi ke...

rasanya bukan isu topi tudung pun kaka... tapi si cikki tu takmau datang set pengambaran kalau ikut apa yang iols faham dari berita sebelum2 ni

biasa la tu tengah seronok baru berlaki dalam bilik dok melambung2 sampai ke syiling... entah2 sampai ke atap rumah jiran... mujur tak masuk swimming pool je...
Quote nanasno 1-11-2021 09:54 AM
masalah nya didi astilah tu penyanyi ke.
Quote buragazz 1-11-2021 01:06 PM
Zizi patut bersuara minta maaf jumpa dengan Producer habis cerita.. masa awal2 dulu patutnya..
Quote glump 1-11-2021 06:08 PM
Yg faham .
Pihak berkenaan dah tau yg zizi nk bertudung mulai Ramadan..macam manalah .koordinasi antara mereka sampai ada kata Tak tau digugurkan.... tajuk cerita pun sesuatu , controversy gamak jd pelarisnya
Quote eely_shana 1-11-2021 10:50 PM
zz kena buat sesuatu jernihkan keadaan
Quote phone_5 2-11-2021 07:07 AM
kat Hollywood artis gred A ke Gred B ke semua kena ikut jadual yang di buat oleh studio filem  dan syarikat perfileman...bukan studio atau syarikat filem yang kena ikut jadual artis...

sebab tu kat Hollywood..mana mana artis yang bermasalah dioarang replace artis lain...Yang zizi ni besar sangat ke diva sangat ke dia?  sampai syarikat kena ikut jadual dia.

hello Cate Blachett yang menang 2 oscar pun ikut jadual yang studio filem dan syarikat filem buat

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.236945 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top