CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Jangan Buat-Buat Lupa" - Rafiena Minta Zizi Kirana Tak Pusing Cerita

30-10-2021 10:28 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11356| Komen: 67|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Dia jangan buat-buat lupa."
"Dia jangan buat-buat lupa."

Demikian amaran Datuk Rafiena terhadap pelakon, Zizi Kirana.


"Masa mula-mula bertudung dia beritahu pihak produksi dia bersetuju untuk buka tudung di set penggambaran. Kalau ada yang bertanya dia akan beritahu babak berkenaan dilakukan sebelum dia bertudung.


Kredit foto: IG

"Kemudian dia berubah hati dan mahu fikir cara lain. Dia biarkan saya macam tunggul apabila terpaksa menunggunya berminggu-minggu untuk tahu keputusan rasmi daripadanya," katanya seperti dipetik dari Harian Metro.


Penerbit dan pengarah drama Jamu Nesan itu berkata, Zizi seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab atas tugas yang diamahankan kepadanya.

"Sebelum dia kahwin lagi kita sudah ajak dia berbincang dan selesaikan masalah ini. Saya sangat hormati keputusannya untuk bertudung tetapi selepas perbincangan demi perbincangan, dia seakan-akan cuba melengahkan penggambaran Jamu Nesan.

"Dia dan pengurusnya jangan lupa yang mereka bersetuju untuk mengikut segala jadual yang ditetapkan produksi. 

"Malah, ketika kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dibuka semula, pihaknya ada mengambil tawaran lain tanpa maklumkan kepada saya sehingga menjejaskan jadual pelakon lain. Dia langsung tidak kasihankan pelakon-pelakon lain yang menunggu jawapan daripadanya," katanya.


Kredit foto: IG

Rafiena turut mempertikaikan tindakan Zizi bertemu Mufti Wilayah Persekutuan di pejabat bagi meminta pandangan berhubung pemakaian rambut palsu sedangkan dia boleh saja menghubungi pihak berkenaan.

"Bagi saya, isu ini mudah saja. Cakap sajalah tidak mahu buat atau berkeras mahu lakukan tetapi syaratnya dengan memakai tudung dari awal-awal lagi. Ini tidak, asyik dengan alasan dan mahu minta pandangan luar," katanya.

"Tindakan Zizi yang saya kira sengaja melengah-lengahkan masa untuk berbincang sudah menyusahkan pasukan produksi dan barisan pelakon yang terikat dengan beberapa penggambaran lain. Disebabkan itu saya gugurkan namanya dan gantikan dengan Didie Astillah.

"Saya tidak mahu mendengar alasan, sebaliknya saya nak tahu pendirian yang teguh. Jika dia tidak berminat untuk membawakan watak itu selepas bertudung, cakap saja. Janganlah selepas saya bagi pendapat untuk memakai rambut palsu dia minta masa untuk berbincang sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dalam tempoh kurang sehari serta beri apa cadangan terbaik," katanya.

Dedahnya, Zizi juga pernah merayu supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.


Kredit foto: IG

Tegasnya, orang luar perlu faham bahawa dia tidak boleh sesuka hati menukar jalan cerita yang sudah dipersetujui stesen TV kerana setiap perubahan, ada kerugian perlu ditanggung.

Dalam masa sama, Rafiena meminta Zizi tidak pusing cerita kerana semua kru produksi dan pelakon sudah jelas dengan perkara sebenar.

Apa pula kata Zizi selepas ini? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 30-10-2021 10:35 PM
Habis lah zizi.....
Baik diam je la....
Kang 1 kerja pula naik turun mahkamah....
Quote makadek 30-10-2021 10:38 PM
Tu laaaaaa saman je
Quote AcikBuncit 30-10-2021 10:50 PM
Elok saman je zizi tu.. Biar ada akal sikit. Brtdung mmg bgus tp cara kerja ko tak elok la diknon... Nk berubah tapi tgjwb lain ko blah lps tgn cmtu je.. Pastu nk play victim borak hukum hakam aurat la, jmp mufti la.. Ape hanatla perangai
Quote aderaderker 30-10-2021 10:51 PM
Masa mula-mula bertudung dia beritahu pihak produksi dia bersetuju untuk buka tudung di set penggambaran. Kalau ada yang bertanya dia akan beritahu babak berkenaan dilakukan sebelum dia bertudung.


Hmmmm... Hippopotamus gak la ni kan...
Quote tupai 30-10-2021 11:02 PM
Mentang2 dh bertudung ala2 suci la then terus guna agama sbg defend point. Nk berhijrah x salah tp tanggungjawap kau terharap pihak produksintu jgn buat2 lupa. Nk jd muslim yg baik bukan setakat tudung atas kepala je dik non tp sikap tutur kata semua kena ambik kira.
Quote archilless 30-10-2021 11:08 PM
Kalau minta maaf kerana menyusahkan n x banyak bunyi.. Harus sejuk juga hati datin
Quote doubleharmonic 30-10-2021 11:16 PM
so acik2 porum kepam bakalan mencerca heshe balik kah persis di awal kemunculan dulu? panggil zizik lah, tepek gambar berkerak sebelum repair zaman af bagai lah gituh?
Quote a5h91 30-10-2021 11:18 PM
Tak perlu kot sampai tahap saman. Klu saman, mudarat dia paling besar klu melibatkan isu tudung ni ( netizen sensitif klu melibatkan agama). Zizi perlu membuat permohonan maaf & pulangkan semula byran yg diterima (separuh pn okay).
Quote Fly_over 30-10-2021 11:29 PM
Edited by Fly_over at 30-10-2021 11:44 PM

iols ada tpikir jgk pasal bukak je tudung kejap utk baki yg x siap lagi tu. nanti pandai la karatz bekap ckp shooting sblm btudung. case close. kerja siap xde masalah timbul. pastu insof la balik . selagi hadap nk duduk dlm dunia glamor biasa la retis jadi fake ni kekekeke
Quote babycc 30-10-2021 11:37 PM
aderaderker replied at 30-10-2021 10:51 PM
Masa mula-mula bertudung dia beritahu pihak produksi dia bersetuju untuk buka tudung di set penggamb ...

Kalau zizi x jwb.. or diam buat x tau.. mesto dato' ni x bukak cerita.. habis lah..
Quote Normabaru 30-10-2021 11:40 PM
eh …
eh….
eh….

lagu makan tuan ka ni?


eh eh eh…
Quote Normabaru 30-10-2021 11:43 PM
Fly_over: iols ada tpikir jgk pasal bukak je tudung kejap utk baki yg x siap lagi tu. nanti pandai la karatz bekap ckp shooting sblm btudung. case close. janji  ...


cash la tuhhhh sbb jad osimahhhh sian honimooning pon xhbs lg dh kena kecam

dulu dedah dh mcm porn retis xkisa lgsg..now acah btaubat terus blame semua except urself?
doggy ugama sgt la ko..
semoga disaman smpi tinggal spender..
Quote 4cupcakes 30-10-2021 11:44 PM
Laahhh.. pihak produksi pon.. bila dah tau artis tu bertudung dh boleh cari la org lain terus.. xperlu la nak menunggu & menawar2 lg.  Buat org jadi serba salah pulak..
Quote bedahmenjuyah 31-10-2021 12:09 AM
4cupcakes replied at 30-10-2021 11:44 PM
Laahhh.. pihak produksi pon.. bila dah tau artis tu bertudung dh boleh cari la org lain terus.. xper ...

Kalau tak mula shooting ok la terus cari org lain. Lagi pun pemolohan pelakon pun kena dpt green lite stesen TV bukan boleh tukau gitu je
Quote Fly_over 31-10-2021 12:12 AM
Edited by Fly_over at 31-10-2021 12:17 AM
Normabaru replied at 30-10-2021 11:43 PM
cash la tuhhhh sbb jad osimahhhh sian honimooning pon xhbs lg dh kena kecam

dulu dedah dh mc ...


retis malaysia gitulah.. kne ride agama, kena fake2 gitew. petik hukum, petik mufti. karatz mudah kagum pastu jd pentaksub manusia kalau ada agreement boleh saman ni. lakinya pn mcm poyo je.
Quote mojarean_X 31-10-2021 12:22 AM
Kena follow contract lah. Kalo ada pelanggaran, mesti ada penalty yg dipersetujui dlm contract. Bayar je lah. Cuba contohi how TMJ mengawal pemaim2 dlm JDT. Tu semua pemain termasuk dgn bini2 dorang behave
Quote Tokeybundle 31-10-2021 12:25 AM
Dahla tu zizik.senyap jela.kang x psl2 kena saman plk.
Minta maaf.jgn tegakkan benang yg basah
Quote che-cikL 31-10-2021 01:54 AM
Satu balasan satu thread, nanti Zizi reply lagi, satu thread. Pastu suaminya bela satu thread. Pastu ada nasi tambah lain satu thread lagi
Quote anony-mous 31-10-2021 02:40 AM
Kantoi zizi fake bertudung sbb jantan ke ziss??

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.341073 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top