CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Catur Dipenjara Belasah Kekasih Sampai Anu Bengkak Angkara Telefon Bimbit

29-10-2021 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3764| Komen: 18

Description: Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap atlet catur wanita berusia 25 tahun selepas didapati menendang kemaluan kekasihnya sehingga bengkak.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap atlet catur wanita berusia 25 tahun selepas didapati menendang kemaluan kekasihnya sehingga bengkak.  


Lapor Tribunnews, hukuman itu dijatuhkan selepas Hakim Tengku Oyong mendapati Giovanni Chrestella bersalah kerana melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Felix Julius selari Perkara 351, Undang-Undang Jenayah. 

Menurut Pendakwa Raya, Vernando Agus Hakim, wanita itu didakwa berang dengan kekasihnya kerana menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh di sebuah rumah, Khamis lalu, kira-kira pukul 4 petang. 


Kredit foto: Medao Pos Online


Giovanni kemudian menendang muka mangsa sehingga menyebabkan gigi mangsa tercabut dan matanya lebam kemerahan. 

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat luka pada selaput mata sebelah kiri dan lebam pada kelopak kedua-dua belah mata. 

“Terdapat beberapa kesan lebam lain di bahagian muka dan perut,” katanya. 

Vernando berkata, mangsa tidak mengingati berapa kali dia ditendang sehingga mengenai bahagian kemaluannya yang turut cedera. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 29-10-2021 07:09 PM
Ni atlet wwf ka catur? Lepas ni boleh la audition wrestling.. dunia dunia
Quote matamata 29-10-2021 07:26 PM
Macam tulah cerdik... Jgn balas balik walau pun ada upaya... Bawak je ke court,  jgn peduli pandangan masyarakat sekeliling..sbb dlm court takda pussy pass
Quote belilies 29-10-2021 07:58 PM
Mati mati iols fikir jadi kat mesia. Ropernye di indon!

Gugel gambau atlet tu cantik gakle, sorry xpat tepek. Iols belom celik post gambau kat cari versi revamp
Quote edayildiz 29-10-2021 08:00 PM
ganazznyaaa..kalau pukul somi gini sbb curanggg blh kena penjara tak
Quote Tokeybundle 29-10-2021 08:58 PM
Ganasnye kau kak....
Quote VioletsAre_Blue 29-10-2021 09:38 PM
Lembiknya jantan tu
Quote Supersirap 29-10-2021 10:45 PM
X dapat bayangkan betapa perit dan senaknya keadaan ketika itu
Quote eyansss 29-10-2021 11:06 PM
samada perempuan tu memang baran atau lelaki tu dah kerap menjahanamkan harta benda perempuan atau selalu buat prank sampai jahanam barang…
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 11:25 PM
Wahhhhhh dont mess with herrr gituhhh
Quote Jitu 29-10-2021 11:38 PM
ganasnya
mintak jauh lah aku jumpa pompuan mcm ni

Quote TeropongThaico 30-10-2021 12:38 AM
Mak oiii... Ganasnya.
Tu baru atlet catur punya penangan. Kalau silat le teakwando ke mau berbungkus cam mumia apa
Quote Tinot7 30-10-2021 01:05 AM
catur ada atlet yach?
Quote tikusmontok 30-10-2021 05:38 AM
belilies replied at 29-10-2021 07:58 PM
Mati mati iols fikir jadi kat mesia. Ropernye di indon!

Gugel gambau atlet tu cantik gakle, sorry x ...

Tengokla siapa yg bukak thread
Quote Whitepinkrider 30-10-2021 07:50 AM
kuat betul kau dik
Quote Artemesiaa 30-10-2021 11:40 AM
Ada belajar ilmu mempertahankan diri mungkin sampai boleh bertindak macam tu
Quote Mulotkoyak 30-10-2021 11:52 AM
VioletsAre_Blue: Lembiknya jantan tu

Xnak dayus sis pukol pompuan... Nnt netizen hencap plak kalo pukul. Xgitchuu
Quote belilies 30-10-2021 06:41 PM
tikusmontok replied at 30-10-2021 05:38 AM
Tengokla siapa yg bukak thread

Mcm mustahil je pompuan mesia berani sampai tahap tu, tu yg heran
Quote missus_meow 30-10-2021 06:45 PM
teruk gak kena ... boleh tahan atlet catur ...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062992 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top