View: 1743|Reply: 8
|
'Tampal Je Pada Kulit' - Orang Takut Jarum Dah Tak Perlu Cucuk Vaksin
[Copy link]
|
|
Vaksin berkesan dan diberi tanpa menggunakan jarum suntikan.
Demikian sasaran penyelidik yang melipatgandakan usaha sejak pandemik COVID-19, bagi mencipta penampal yang mampu memasukkan ubat melalui kulit tanpa rasa sakit, untuk menyelamatkan nyawa.
Pembangunan teknik berupaya merevolusikan perubatan itu boleh mengelakkan kanak-kanak daripada menangis kesakitan akibat disuntik, selain membantu golongan yang fobia terhadap jarum suntikan.
Kedit foto: NDTV
Malah, penampal pada kulit juga dapat memudahkan lagi pengedarannya kerana tidak perlu disimpan dalam suhu sejuk, di samping berkemungkinan mempertingkatkan keberkesanan vaksin.
Kajian dilakukan terhadap tikus makmal, yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, berjaya mencatat hasil memberangsangkan, lapor AFP.
Dalam usaha itu, pasukan penyelidik Australia-Amerika Syarikat (AS) terbabit menggunakan penampal berukuran satu sentimeter persegi yang mengandungi lebih 5,000 'pepaku' mikroskopik bersalut vaksin percubaan.
"epaku mikroskopik itu begitu halus sehingga anda tidak akan dapat melihatnya," kata pakar virologi di University of Queensland yang juga pengarang bersama kertas kajian terbabit, David Muller kepada AFP.
Penyelidik menggunakan suatu dipanggil vaksin 'subunit' yang menghasilkan semula 'pepaku' pada permukaan coronavirus.
Tikus makmal diberi vaksin itu sama ada melalui penampal berkenaan selama dua minit ataupun menggunakan picagari.
Sistem imun pada tikus diberi penampal terbabit didapati menghasilkan paras antibodi peneutral yang tinggi selepas menerima dua dos, termasuk dalam paru-paru yang penting untuk menghentikan COVID-19.
Selain itu, pencapaian menggunakan penampal berkenaan juga mengatasi hasil suntikan picagari.
"enyelidik turut mendapati sebuah subkumpulan tikus makmal yang diberi hanya satu dos vaksin mengandungi bahan tambahan dikenali sebagai 'adjuvant' bagi merangsang tindak balas imun, tidak jatuh sakit langsung," kata Muller.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Macam too good to be true. Tapi okaylah jugak untuk sesiapa yang takut jarum |
|
|
|
|
|
|
|
Jarumnya sudah tiada, tapi risikonya? |
|
|
|
|
|
|
|
Masaalah sebenar bukak sebab mereka takut jarum ada salah faham disitu |
|
|
|
|
|
|
|
macam nicotine patch ke? tak kesahlahh, asalkan boleh membantu yg fobia jarum. yg tetap tak mau divaksin, ni takkan membantu ubah their mind? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan takut jarum la
org tak nk sudah lah
Ada je akal nk suruh org cucuk vaksin dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa orang taknak cucuk?
|
|
|
|
|
|
|
|
wow.. lekat CPU terus ke? haha |
|
|
|
|
|
|
|
xmenyelesaikan mslh pun..dia tau tak nape punca org tamo cucuk ? yg takut jarum tu dua tiga org jer tu pun dh cocok jgk..yg xcocok tu bkn mslh tkt jarum |
|
|
|
|
|
|
| |
|