CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Kru Kapal Tangki Orkim Harmony Dibebaskan Pagi Tadi

19-6-2015 11:32 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 14999| Komen: 92

Description: Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/


Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.

"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata perampas bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - CARI Infonet


sumber : BERNAMA









18

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 19-6-2015 11:28 AM
alhamdulillah, lega rasanya
Quote revolusi_30 19-6-2015 11:30 AM
Lanun dapat lari.  Apa punya operasi la...
Quote dcruins 19-6-2015 11:30 AM
alhamdulillah....

lanun yindon tu apa citerr pulak??
Quote revolusi_30 19-6-2015 11:31 AM
15 min lanun amek masa utk lari dn bot kayu... Yg PASKAL ka apa depa kata hebat sangat..tu pun x leh tumpaskan lanun.  Lepaskn lagi adala
Quote ad_hoc79 19-6-2015 11:31 AM
lanun dapat lari,.... sebab rundingan kan.
bagi diorg lepas, kapal dan anak kapal selamat
Quote cmf_premierleag 19-6-2015 11:32 AM
Apsal depa x tembak je lanun tu? Mmg SOP dibebaskan ke?
Quote BeskotCekelat 19-6-2015 11:34 AM
Rasanya da kowtim kot. Paskal bagi option kat lanun tu antara dorang blah secara baik & x apa2 kan tebusan atau kena raid.

Apa2 pun yg penting tebusan & minyak ron95 tu semua selamat.
Quote dcruins 19-6-2015 11:35 AM
crew dah selamat, tiba masa untuk urus lanun yindon yang lari ni pulak.....



TLDM buru lanun selepas tebusan dibebaskan

JUMAAT, 19 JUN 2015 @ 10:48 AM



http://www.bharian.com.my/node/62168

KUALA LUMPUR: Usaha memburu lanun yang menawan kapal tangki MT Orkim Harmony diteruskan pagi ini dengan membabitkan beberapa pesawat dan kapal tentera. Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata TLDM sudah menugaskan tiga kapal dan dua helikopter bagi melakukan operasi mengesan penjenayah terbabit. "KD Jebat, dengan Super Lynx, sudah menyertai pencarian itu," katanya menerusi Twitter. Sebelum itu, Abdul Aziz menyatakan pesawat P3 Orion, C130 dan Beechcraft sudah berada di udara pagi ini bagi mengesan penjenayah terbabit. Terdahulu, kira-kira jam 2.30 pagi tadi, penjenayah terbabit membebaskan semua 22 kru kapal tangki MT Orkim Harmony sebelum melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal itu. Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Quote cmf_blingblings 19-6-2015 11:36 AM
tu baru Melaka ke Kuantan
Quote Felycya 19-6-2015 11:38 AM
Alhamdulillah...
Quote d'zeck 19-6-2015 11:40 AM
lebih mudah memusnahkan lanun
sekaligus tanpa membahayakan
nyawa tebusan dan bahanapi mudah
terbakar di dalam kapal

doakan kejayaan usaha
TLDM mengesan penjenayah2 laut
terlibat
Quote Bell 19-6-2015 11:43 AM
Why not Malaysia beli sebijik P3 Orion. Takkan nak harap Australia saja.
Quote zulka 19-6-2015 11:45 AM
minyak petrol tu ada lagi tak?
Quote asher 19-6-2015 11:48 AM
zulka replied at 19-6-2015 11:45 AM
minyak petrol tu ada lagi tak?

ikut kata pemilik kapal masih ada lg berdasarkn paras kapal dgn laut..
Quote Peterpan17 19-6-2015 11:49 AM
dcruins replied at 19-6-2015 11:35 AM
crew dah selamat, tiba masa untuk urus lanun yindon yang lari ni pulak.....

Lanun Indon minta dilepaskan klu nak crew selamat. Pasni suruh TLDM buru lanun Indon ni smp ke lubang cacing.  Bila dah dpt jgn bg lepas. Letupkan lanun dgn bot sekali.


@XXXNotTrueXXX


hari ni ko tak melanun kat laut ke. Indon mmg hamjad sgt. Pergi mana mana negara pun kerjannya melanun, tak gitu bro
Quote asher 19-6-2015 11:49 AM
Bell replied at 19-6-2015 11:43 AM
Why not Malaysia beli sebijik P3 Orion. Takkan nak harap Australia saja.

agree..dr kes mh370 lg asik dok harap p3 orion us gn ostolia punyer..

ptt msia beli barang 4 bijik dh ok..
Quote crossfire 19-6-2015 11:52 AM
Sila baca Sun Tzu: art of war...

di medan byk perkara yg difikirkan, dan strategi mana yg sesuai...

bukan main hentam jer... kalau tak pernah berada di medan, jangan cakap seolah kita yg paling cekap di medan.
Quote gekkou 19-6-2015 11:54 AM
pagi tadi kat berita sinar fm
katanya lanun bagi syarat supaya mereka dibebaskan kalau nk anak2 kapal selamat
pastu katanya minyak dlm kapal kabonya sihat walafiat
Quote ell768 19-6-2015 11:55 AM
nasib baik semua selamat...tp kan best kalau tembak jer seme lanun tu...



Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.356652 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top