CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anda Bencikan Bunga? Baca Fakta Ini!

4-6-2015 12:49 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 2889| Komen: 3

Description: Jangan pandang enteng fungsi dan kelebihan bunga kepada manusia!
Oleh: CMFreporter2

"Ish, aku gelilah dengan bunga-bunga ni..konon-konon romantik lah tu!"

Ungkapan ini biasa didengari tak mengira lelaki atau wanita yang anti dengan tumbuhan, terutamanya bunga-bungaan.

Mereka berasakan tidak selesa, rimas dan geli geleman dengan orang yang dipanggil "mat bunga". Adakah anda tergolong dalam kategori "mat bunga"?

Tahukah anda bunga memberi banyak manfaat kepada manusia. Tumbuhan itu sendiri menyebarkan oksigen ke pelusuk tempat agar manusia dapat menghirup udara yang segar. Lihat fakta menarik ini, yang bakal mengubah persepsi anda terhadap bunga! Jom hargai bunga..

1. Bunga mawar boleh dijadikan minuman yang enak. Menghidu kelopaknya setiap hari dapat membantu menguatkan ingatan, berfungsi sebagai anti-depresi dan mampu memulihkan penyakit kanser! Ini terbukti dan bukan omongan kosong, ya!

(Sumber foto: White Flower Farm)


2. Haruman pada bunga lavender mampu menenangkan minda yang berserabut, stress dan bercelaru. Jika anda ingin mendapatkan kediaman yang tenang, apa kata mendapatkan bunga ini dalam bentuk segar mahupun minyak essential. Ia sangat menyegarkan minda!

(Sumber foto: The Garden Deli)


3. Sesetengah bunga boleh dijadikan bahan masakan seperti bunga telang dan bunga kantan. Rona biru pada kelopak bunga ini menjadikan nasi kerabu anda lebih asli dan lazat. Tak perlu lagi pewarna tiruan! Manakala, bunga kantan menjadikan masakan anda lebih harum dan menyelerakan!

(Sumber foto: Jamu Nusantara)


4. Bunga dapat menjadikan penampilan anda lebih menawan dan cantik. Bunga raya misalnya membantu kesihatan rambut yang lembut, halus dan hitam berkilat!

(Sumber foto: Wikipedia)


5. Bunga menjadi rempah yang baik untuk kesihatan. Misalnya bunga Saffron dan Habatusauda mampu dijadikan rempah dan herba yang menyembuhkan pelbagai penyakit, selain dijadikan bahan masakan yang penting!

(Sumber foto: Pinterest)


Nah, sekarang anda masih membenci bunga-bungaan? Tepuk dada tanyalah selera! - CARI Infonet

14

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
14

Sedih
4

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote BelitaBela 5-7-2015 11:28 AM
Bunga is nice. Suka tapi kdg2 rasa membazir lak org beli mahal2 sbb tak tahan lama. Paling special dpt ialah blue tulips and blue roses. Spray jer pun tapi best
Quote red_cattleya 8-6-2015 01:41 AM
suka dgn roses
Quote comel91 4-6-2015 01:40 PM
suka bunga lili tapi takda bau..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.040696 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top