CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

8 Destinasi Menarik Di Asia Untuk Percutian Terhebat.

4-6-2015 05:58 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 9510| Komen: 7

Description: Kesibukan kerja dan rutin harian membuatkan kita tiada masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Jadi apa salahnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk bercuti bersama tersayang....

Oleh : Dean BZ


Kesibukan kerja dan rutin harian membuatkan kita tiada masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Jadi apa salahnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk bercuti bersama tersayang. Selain percutian bersama keluarga, tempat-tempat ini juga sesuai dijadikan destinasi berbulan madu untuk pasangan pengantin baru.

Nak kemana? Ok disini kami kongsikan destinasi menarik yang terdapat di Asia, mungkin ada yang terlepas pandang atau belum mengetahui beberapa tempat-tempat menarik ini.

Sumber foto : www.gulgasht.com


1- Koh Lanta, Thailand.
Thailand merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dan menarik. Koh Lanta pasti memberi ketenangan dengan keindahan pantai yang bersih dan hamparan pasir putih yang begitu mengujakan.


Sumber foto : lokasiwisata.info


2- Pulau Derawan, Kalimantan Timur, Indonesia.

Pulau ini terletak di kepulauan Berau,Kalimantan Timur. Disini terdapat penyu-penyu jinak dan banyak tempat untuk aktiviti scuba diving.  Kehijauan lumut dan air laut yang jernih membuatkan pulau ini memberikan satu pemandangan yang begitu indah sekali.


Sumber foto : wilmaz85.blogspot.com


3- Pulau Redang, Terengganu, Malaysia.
Pulau Redang terletak di pantai timur Malaysia dan merupakan antara pulau yang terkenal di Malaysia. Dengan keindahan pemandangan disekitar pulau serta kejernihan airnya pasti memukau para pengunjung dari dalam dan luar negara. Jadi jangan lepaskan peluang melakukan aktiviti snorkeling bagi melihat keindahan hidupan laut yang mungkin belum pernah anda lihat. Anda pasti teruja!

Sumber foto : travelling-bali.com

4- Pura Luhur Uluwatu, Bali, Indonesia.
Jika berkunjung ke Bali, Indonesia, percutian anda pasti tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Pura Luhur Uluwatu. Bagi yang inginkan pengalaman berbeza menyaksikan matahari terbenam dari tebing tinggi, ini adalah destinasi yang perlu anda kunjungi. Tetapi harus berhati-hati, kerana disini terdapat banyak kera yang sangat aggresif. Jaga barangan anda dari diragut si kera nakal!


Sumber foto : www.sinarpaginews.com

5- Danau Laut Tawar, Akengon Aceh Tengah.
Danau Laut Tawar terletak disebelah timur bandar Takengon, Aceh, Indonesia. Ia merupakan danau terbesar di kawasan itu dengan keluasan sepanjang 17km dan lebar 5.5km. Disini anda boleh menikmati keindahan"negeri diatas awan" dengan pemandangan yang begitu memukau.


Sumber foto : www.7asia.org


6- Kep, Kemboja.
Ketika penjajahan Perancis, Kep menjadi salah satu destinasi kunjungan dikalangan warga Perancis. Disini pengunjung boleh menikmati hidangan laut di restoran yang begitu indah dipersisiran pantai. Kep juga terkenal dengan hidangan ketam yang menjadi salah satu hidangan ketam yang terlazat didunia. Jadi jika anda penggemar makanan laut, tempat ini adalah destinasi yang harus anda kunjungi.


Sumber foto : 3.bp.blogspot.com

7- Sungai Mekong, Vietnam.
Sungai Mekong merupakan tempat paling unik dan pasti memukau pandangan pengunjungnya. Sungai ini juga merupakan sungai kedua belas terbesar didunia. Terdapat perkhidmatan sewaan bot dan perahu untuk pengunjung menyusuri sungai ini. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai, pengunjung berpeluang melihat ramai penjaja yang berniaga diatas bot.

Sumber foto : kbatur.com

8- Taman Laut Taka Bonerate, Makassar, Indonesia.
Taman laut ini adalah antara taman laut terbaik di Makassar dan sesuai untuk kaki snorkeling dan penggemar fotografi. Panorama sekitar dan keindahan hidupan bawah laut disini pasti menjanjikan pengalaman yang sukar untuk anda lupakan.

Senarai lokasi sudah ada, jadi apa tunggu lagi! Bincang dan tempahlah segera tiket percutian anda bersama tersayang. Selamat bercuti dan berbulan madu kami ucapkan kepada pembaca yang baru bergelar pengantin baru. - CARI Infonet.


14

Bagus
17

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote aienul 9-6-2015 07:36 PM
peningsokmo: dok sohor ane tioman.... orang gi pulau redang pulok boh
yela.. nanti tengok redang pulak.. best sungguh dop?
Quote peningsokmo 8-6-2015 12:55 PM
aienul: tioman takde dalam list kah?
dok sohor ane tioman.... orang gi pulau redang pulok boh
Quote aienul 6-6-2015 12:20 PM
tioman takde dalam list kah?
Quote Cik_Andak 5-6-2015 11:33 AM
Cantiknya......
Quote jay_07 4-6-2015 06:15 PM
pulau perhentian tak masuk ke?
Quote comel91 4-6-2015 06:13 PM
Dulu sejarah sekolah penah belajar pasai sungai mekong... best x admin bukan sungai ni sibuk dengan perniagaan ke?
Quote ian_ori 4-6-2015 06:09 PM
Koh Lanta terbaeek.. aku pegi 3 tahun lepas... kenangan

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055164 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top