CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Gadis Nyaris Buta Parasit 
Kanta Lekap Masuk Mata

29-5-2015 02:28 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2203| Komen: 4

Description: Saya terkena jangkitan ini kerana meninggalkan kanta lekap dekat dengan sinki air...


Seorang pelajar wanita Britain terpaksa bersengkang mata selama seminggu bagi mengelakkan mata kirinya buta apabila seekor parasit yang memasuki organ penglihatannya itu, mula memakan korneanya.

Pelajar Universiti Nottingham, Jessica Greaney pada mulanya menyangka dia terkena jangkitan, tetapi dalam tempoh seminggu matanya bertukar menjadi merah dan tersembul sehingga menyamai saiz bola golf.

Remaja berusia 18 tahun tersebut terpaksa dimasukkan ke wad selepas doktor mendapati parasit jenis Acanthamoeba keratitis mengorek bahagian matanya dan boleh menyebabkan dia buta.

Malah, Greaney boleh maut jika parasit terbabit memakan keseluruhan mata dan saraf tunjangnya.

Disebabkan itu, Greaney perlu memasukkan ubat mata setiap 10 minit, menyebabkan dia tidak boleh tidur selama tujuh hari berturut-turut bagi memastikan parasit berkenaan dibunuh.

“Parasit tersebut terperangkap pada kanta lekap dan memasuki mata saya secara tidak sengaja.

“Kesakitannya sama seperti diseksa, dan sistem imunisasi badan saya terjejas kerana kurang tidur,” katanya seperti yang dilaporkan portal Mail Online.

Greaney memakai kanta lekap sejak dua tahun lalu dan tidak menyangka parasit berbahaya itu boleh memasuki mata melalui air biasa yang digunakan untuk membasuh peralatan tersebut.

Pemakai kanta lekap berisiko tinggi untuk terkena jangkitan bakteria di mata jika mereka menggunakan kanta berkenaan semasa berenang, mandi atau terkena air.

“Saya terkena jangkitan ini kerana meninggalkan kanta lekap dekat dengan sinki air.

“Saya mahu orang ramai sedar tentang bahaya parasit ini dan lebih berhati-hati apabila menggunakan atau menyimpan kanta lekap mereka,” ujarnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote delsmomm 9-6-2015 12:49 PM
ayakk..iols pon selalu letak lens & make ups dekat bilik air..
becos iols slalu xnak kaco hubby tido everymorning time bersiap nak gi keje..
dresser betul2 tepi katil..law bkk lampu, dah tentu2 dia tersedar..
so iols bersiap kat cermin bilik air yg besar dan lampu secerah alam..

tobat lps ni xbuat dah..tatott..
Quote aTiKah_aYuNi 31-5-2015 03:07 PM
baik la pakai cermin mata dari pakai lens.......
Quote clarizsa 30-5-2015 04:24 PM
Pemalas dan pengotor mmg berisiko...
Quote estrelle 30-5-2015 07:48 AM
ngerinya..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036019 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top