CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

FAM kaji semula strategi untuk baiki ranking

15-5-2015 06:41 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1265| Komen: 0

Description: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji semula strategi pasukan kebangsaan dalam usaha meningkatkan ranking bola sepak negara, kata presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.Beliau berk ...


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji semula strategi pasukan kebangsaan dalam usaha meningkatkan ranking bola sepak negara, kata presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Beliau berkata amanat itu telah diberikan kepada dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad sebagai usaha memperbaiki ranking dunia Malaysia yang kian merudum sejak kebelakangan ini.

Malaysia kini menduduki ranking ke-166 dunia.

"Perkara yang perlu diutarakan ialah masa untuk persiapan pasukan kebangsaan dan dengan siapa kita beraksi. Kita kena rancang dengan sebaik mungkin untuk kita boleh memperbaiki ranking.

"Kita juga akan melihat beberapa cadangan mengenai struktur liga kita (Liga Malaysia), Piala FA dan Piala Malaysia yang akan diterangkan kemudian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco persatuan itu di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Tengku Abdullah, yang baru dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia untuk penggal 2015-2019, berkata pandangan daripada semua pihak yang terlibat akan diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 122 pasukan wakil daerah dijangka beraksi pada Liga Bola Sepak Rakyat untuk pemain bawah 28 tahun yang bakal dilancarkan pada 15 Ogos ini.

"Objektif liga ini adalah untuk cuba mendapatkan pemain terlibat dalam bola sepak peringkat amatur serta mendapatkan kelompok besar pengadil dan jurulatih serta pegawai perlawanan.

"Secara tidak langsung, kami berharap untuk meningkatkan infrastruktur di peringkat daerah," katanya.


sumber:www.stadiumastro.com

22

Bagus
9

Marah

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.036179 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top