CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Anuar Manan Ketuai Tsg Ke Gp Kebangsaan

12-5-2015 10:29 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2070| Komen: 0

Description: Pelumba sensasi, Anuar Manan akan mengetuai pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) ke Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Kebangsaan di Kota Baharu, Kelantan pada 22 Mei ini. Ketua P ...


Pelumba sensasi, Anuar Manan akan mengetuai pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) ke Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Kebangsaan di Kota Baharu, Kelantan pada 22 Mei ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Farhan Abdul Wahab berkata pihaknya menyenaraikan enam pelumba termasuk Anuar Manan untuk membawa cabaran TSG pada kejohanan tiga hari itu.

"Sebenarnya tujuan kita menyertai kejohanan tersebut adalah bagi mengumpul seberapa banyak mata untuk memperbaiki ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)," katanya kepada Bernama hari ini.

Ketika ini TSG menduduki ranking ke-13 Jelajah Asia yang dikeluarkan oleh UCI pada 25 April berbanding tahun lepas berada di tangga ke-11.

Menurutnya lima lagi pelumba disenaraikan ialah Mohd Shahrul Mat Amin, Yusrizal Usoff, Mohd Nor Umardi Rosdi, Mohd Saiful Anuar Aziz dan Mohd Amirull Fakharuddin Mazuki.

Kejohanan Lumba Basikal GP Kebangsaan di Kelantan itu dianjurkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF).

Dalam pada itu, TSG menyenaraikan lima pelumbanya untuk mewakili negara pada Sukan SEA yang akan berlangsung di Singapura Jun ini.

Farhan berkata mereka ialah Anuar Manan, Muhamad Adiq Husainie Othman, Mohd Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin dan Mohd Haris Salleh.


sumber:www.stadiumastro.com

2

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.028869 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top